Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Oberst

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai pangkatOberstOF-5 di negara yang bertutur bahasa Jerman. Untuk persamaan pangkat di negara berbahasa Inggeris, sila lihatKolonel.


Oberst (Sebutan bahasa Jerman: [ˈoːbɐst]) ialahpangkatpegawai medan paling kanan dalam beberapa negara yang bertuturBahasa Jerman danScandinavia, setaraf denganKolonel. Ia kini digunakan oleh kedua-duatentera darat dantentera udaraAustria,Jerman,Switzerland,Denmark, danNorway. PangkatöversteSweden adalah terjemahan langsung, begitu juga dengan pangkateverstiFinlanddan pangkatofurstiIceland. DiBelanda pangkatoverste digunakan sebagai sinonim untukLeftenan Kolonel.

Asal-usul dan sejarah

[sunting |sunting sumber]

Oberst ialah perkataan Jerman. Dieja dengan huruf besar O, "Oberst" ialah kata nama dan menandakan pangkat tentera kolonel atauGrup Kapten. Dieja dengan huruf kecil o, atau "oberst", ia adalah kata sifat, bermakna "pegawai atasan, teratas, paling tinggi, paling atas, tertinggi, ketua, kepala, yang pertama, terutama, atau terbesar". Kedua-dua penggunaan berasal daripadabentuk superlatifober(e), "teratas" atau "paling atas".[perlu rujukan]

Sebagainama famili,Oberst adalah perkataan biasa di barat daya Jerman, di kawasan yang dikenali sebagai Black Forest (Schwarzwald). Nama itu juga tertumpu di daerah utara-tengah Switzerland (Aargau &Zürich). Disini versi SwissOberst diejaObrist. Nama itu mula-mula muncul pada abad ke-13 di kawasan sempadan Jerman-Swiss, dan bentuk awalnya ialahZoberist danOberist. Nama itu kemungkinan besar merujuk kepada "suku kaum yang hidup di gunung paling tinggi" atau "famili yang tinggal di kampung paling tinggi".[perlu rujukan]

Diterjemah sebagai "pegawai atasan" atau "tertinggi", pangkatOberst boleh dijejaki asal-usulnya dariZaman Pertengahan dimana istilah itu kemungkinan besar membayangkan seorangkesatria kanan di medan pertempuran atau kapten kanan dalam sebuah rejimen. Dengan kemunculan pasukan tentera profesional pada abad ke-16 dan ke-17,Oberst menjadi komander formasi saizrejimen ataubatalion.[perlu rujukan]

Menjelang abad ke-18,Obersten lazimnya diberikanpembantu atauleftenan, sering digelarOberstleutnant. Ini membawa kepada pembentukan pangkat moden Jerman dengan nama yang sama, diterjemah sebagaiLeftenan Kolonel.[perlu rujukan]

Austria

[sunting |sunting sumber]

Oberst ialah pangkat kelima tertinggi dalamAngkatan Tentera Austria.

  • Insignia pangkat bagioberst
  • Tentera Darat
    Tentera Darat

Denmark

[sunting |sunting sumber]
Kolonel
Oberst

Epaulet bahu
Tentera Darat
Lencana lengan
Tentera Udara
Negara Denmark
Cabang perkhidmatanBendera Tentera Darat Denmark Tentera Darat Denmark
Bendera Tentera Udara Denmark Tentera Udara Denmark
SingkatanOb
Kumpulan pangkatPegawai kanan
Diperkenalkan1563
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigadegeneral

Pangkat rendah seterusnya

Oberstløjtnant

Persamaan pangkatKommandør

Pangkatoberst Denmark berdasarkan istilah Jerman.[1] Ditakrif OF-5 dalam NATO dan ditetapkan gred gaji M402,[2] ia digunakan dalamTentera Darat Diraja Denmark danTentera Udara Diraja Denmark.

Pangkat ini boleh dijejaki asal-usulnya dari tahun 1563, apabila CountGünther dari Schwarzburg-Arnstadt dilantikfeltøverste (kolonel medan) pasukan tentera Denmark semasaPerang Utara Pertama.[3]Pada tahun 1586,Steen Maltesen Sehested [da] dilantikRigets oberst (kolonel kerajaan).[4]

Pada 25 Mei 1671, pangkat ini telah dikodkan, olehKing Christian V, dengan penerbitansusunan keutamaan pembesar Denmark. Disini terdapat dua jenisoberst. KolonelPasukan Pengawal diletakkan dibawahmajor general, dan di atas kolonel infantri dan kavalri, yang kemudiannya diletakkan atas pangkatLeftenan Kolonel Pasukan Pengawal.[5]

Sebagai sebahagian daripada Reformasi Tentera 1867, pangkat Major, Lieutenant colonel telah dikeluarkan, menjadikanoberst satu-satunyapegawai kanan.[6]

Jerman

[sunting |sunting sumber]
Kolonel
Oberst
Pelapik gorjet Tentera Darat (ungu gelap)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatanTentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
SingkatanO
Kumpulan pangkatPegawai medan
Diperkenalkan1956 (moden)
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya

Brigadegeneral

Pangkat rendah seterusnya

Oberstleutnant

Persamaan pangkatKapitän zur See

Oberst (singkatan:O) ialah pangkat pegawai staf tertinggi dalamTentera Darat Jerman (Heer),Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).

Oberst dalamBundeswehr

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Pangkat Bundeswehr Jerman danLencana pangkat Bundeswehr Jerman

Pangkat ini ditakrifkanOF-5 dalamNATO, dan ditetapkan gred A16 atau B3 dalam sistem gajiKementerian Pertahanan Persekutuan. Ia bersamaan dengan:

Pada epaulet (Heer, Luftwaffe) terdapat tiga paku (bintang) perak dalam kalungan daun oak berwarna perak.

HeerLuftwaffe
  • Oberst i.G. (Staf am)
    Oberst i.G.
    (Staf am)
  • Oberst (Pasukan logistik)
    Oberst
    (Pasukan logistik)
  • Oberst a.D. (Infantri mekanise bersara)
    Oberst a.D.
    (Infantri mekanise bersara)
  • Oberst (sut tempur)
    Oberst
    (sut tempur)
  • Oberst (Flecktarn)
    Oberst
    (Flecktarn)
Pangkat junior
Oberstleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst

Pangkat senior
Brigadegeneral

Oberst di Jerman Timur

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pangkat tentera Jerman Timur

Oberst adalahorgan bersenjata GDR (Jerman:Bewaffnete Organe der DDR), yang diwakili olehKementerian Pertahanan Negara, danKementerian bagi Keselamatan Negara, merupakan pangkatpegawai medan tertinggi, setanding dengankolonel dalam banyak angkatan tentera NATO(Kod pangkat OF-5). Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan selaras dengan angkatan tenteraPakatan Warsaw lain.

CabangStasiTentera DaratTentera UdaraPasukan SempadanVolksmarine
Bahu
Nama
pangkat
Oberst
Kapitän zur See
pangkat junior
Oberstleutnant

Pangkat Tentera Rakyat Nasional
Oberst
(Kapitän zur See)
pangkat senior
Generalmajor

Oberst dalamWehrmacht

[sunting |sunting sumber]

Oberst ialah pangkatpegawai medan paling kanan dalamReich Jerman danJerman Nazi, setanding dengan pangkatOF-5 dalam banyak angkatan tentera NATO. Ia bersamaan denganKapitän zur See dalamKriegsmarine, danSS-Standartenführer dalamWaffen-SS sehingga tahun 1945.

CabangTentera Darat JermanLuftwaffeWaffen-SSKriegsmarine
KolarTiada
Bahu
Lengan
Nama
pangkat
Oberst
Standartenführer
der Waffen-SS
Kapitän zur See
pangkat junior:
Oberstleutnant

(Pangkat pegawai Jerman)
Oberst
(Kapitän zur See)

pangkat senior:
Generalmajor

PangkatOberst adalah setara dengan Kolonel dalam tentera yang bertuturbahasa Inggeris, walaupun makna yang lebih tepat "tertinggi" merujuk kepada fakta bahawaOberst adalah pegawai berpangkat tertinggi dibawahpegawai jeneral.

Oberst telah digunakan dalam angkatan tentera Jerman dan Austria semasa kedua-duaPerang Dunia.Oberst juga digunakan sebagai awalanpangkat SS bagiOberstgruppenführer. PangkatSSStandartenführer adalah setaraf denganOberst. Kolonel Jeneral semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua telah dipanggilGeneraloberst. Sekali lagi, bukannya secara literal yang bermaksud Kolonel Jeneral, penterjemahan yang lebih tepat adalah "jeneral tertinggi" kerana ia biasanya pangkat tertinggi tentera di masa aman.

Norway

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini memerlukan pengembangan.Anda boleh menolong denganmembaiki seksyen itu.(April 2021)

Pangkatoberst telah diperkenalkan pada masa yang sama denganDenmark, kerana Norway pada masa itu adalah sebahagian daripadaDenmark–Norway.[7]

  • Insignia pangkat bagioberst
  • Tentera Darat
    Tentera Darat
  • Tentera Udara
    Tentera Udara

Sweden

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Överste

Varianöverste Sweden, ialah pangkatpegawai medan paling kanan dalamTentera Darat Sweden danTentera Udara Sweden, berada di atasleftenan kolonel dan dibawahbrigedier jeneral. Ia bersamaan dengan pangkat tentera lautkepten dalamTentera Laut Sweden.[8]

  • Insignia pangkat bagi överste
  • Tentera Darat
    Tentera Darat
  • Kor Amfibia
    Kor Amfibia
  • Tentera Udara
    Tentera Udara

Switzerland

[sunting |sunting sumber]
Section initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki section ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Oberst" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(November 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Lihat juga:Pangkat tentera Switzerland danPengawal Swiss § Lencana pangkat
Brigedier (SAF)
Kolonel
Oberst

Lencana lengan
Pengawal Swiss
Epaulet bahu
Pengawal Swiss
Negara  Switzerland
Vatican
Cabang perkhidmatanAngkatan Tentera Swiss(SAF)
Pengawal Swiss(SG)
Kumpulan pangkatPegawai kanan
Pangkat rendah seterusnya

Oberstleutnant (SAF & SG)


Dalam Tentera Darat Swiss, pangkat Oberst berada dibatas leftenan kolonel ("Oberstleutnant") dan dibawah brigedier jeneral ("Brigedier"). Pada masa aman, ia merupakan pangkat pegawai keempat tertinggi.

Pangkat Oberst ialah komander sebuah Kommando (Gren Kdo, Flpl Kdo), staf jurutera tentera darat, atau sebuah kluster anti pesawat  (Flab). Formasi ini setaraf dengan rejimen. Selaku pegawai staf, Oberst menjalankan pelbagai fungsi khusus dalam staf Tentera Darat, Tentera Udara, dan kewilayahan. Dalam briged, Oberst (dalam staf am - "Oberst i Gst") melaksanakan peranan timbalan panglima dan/atau ketua staf. Dalam sistem kehakiman tentera, presiden mahkamah tentera memegang pangkat Oberst.

Budaya popular

[sunting |sunting sumber]

The rank ofOberst is known inAmericancinema, since several popular movies (such asThe Great Escape,Stalag 17,The Eagle Has Landed,Hart's War,Raiders of the Lost Ark, andLive Free or Die Hard) have featured characters holding the rank.LuftwaffeColonel Klink of thetelevision seriesHogan's Heroes was acaricature of such a character.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Danske Soldater 1935, m/s. 3. sfn error: no target: CITEREFDanske_Soldater1935 (help)
  2. ^Ministry of Defence 2017. sfn error: no target: CITEREFMinistry_of_Defence2017 (help)
  3. ^Madsen 1904, m/s. 217. sfn error: no target: CITEREFMadsen1904 (help)
  4. ^Madsen 1904, m/s. 215. sfn error: no target: CITEREFMadsen1904 (help)
  5. ^danmarkshistorien.dk 2017. sfn error: no target: CITEREFdanmarkshistorien.dk2017 (help)
  6. ^Klint 1965, m/s. 8. sfn error: no target: CITEREFKlint1965 (help)
  7. ^Petersen 2014, m/s. 493. sfn error: no target: CITEREFPetersen2014 (help)
  8. ^"Förordning om ändring i officersförordningen (1994:882)"(PDF) (dalam bahasa Sweden).Swedish Code of Statutes. 26 June 2000. m/s. 2. Dicapai pada7 October 2020.
Pegawai
Tentera Darat & Tentera Udara
Tentera Laut
Lain-lain pangkat
Tentera Darat & Tentera Udara
Tentera Laut
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Oberst&oldid=6460888"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp