Oak merujuk kepada sebarang pohon ataupokok renek dalamgenusQuercus[1] (Bahasa Latin turunan proto-Indo-Eropah*kwerkwu-.[2] ) famili Fagaceae. Terdapat sekitar 600 spesies oak di dunia yang masih wujud. Istilah "oak" juga turut muncul dalam nama-namaspesies dalam genus yang berkaitan terutamanya Lithocarpus, serta spesies yang tidak berkaitan sepertiGrevillea robusta dan Casuarinaceae. GenusQuercus ini tertumpu taburannya diHemisfera Utara di mana pohon-pohonmalar hijau hidup diiklim sederhana di luar kawasan garis lintangtropik seperti diAmerika,Asia,Eropah,Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies oak yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies diMexico, di mana 109 spesies daripadanya bersifat endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.[3]
Pokok oak mempunyaidaun-daun yang berpilin, sama ada ia mempunyai lobus yang bergerigi mahupun licin. Buah-buah dan daun pokok ini mengandungi asid tanik,[4] yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.[5]
Pengelasan terkiniQuercus ialah pembahagian kepada duasubgenus dan lapan bahagian.[6] Bahagian ini menyokong kepelbagaian evolusi oak antara dua klad yang berbeza: klad "Dunia Lama", yakni oak yang wujud terutamanya di Eurasia; dan klad "Dunia Baru", bagi pokok oak lazim di benua Amerika.[7]
Kemunculan teknik molekul dalam analisis filogenetik mengubah pemahaman tentang hubungan oak, pada mulanya dengan mendedahkan sokongan berasaskan data molekul bagi pembahagian difiletikQuercus ke dalam klad Dunia Lama dan Dunia Baru.[7] Teknik-teknik ini telah terbukti sangat berguna dalam menyelesaikan hubungan skala halus antara 2-5 spesies oak, terutamanya bagi kumpulan terhibrid, tetapi sehingga baru-baru ini, penekanan utama pada pendekatan sempit ini menghalang ahli sistematik daripada membuat penentuan berskala besar tentang sejarah oak.[8] Dengan kapasiti pensampelan merentasi spesies oak meningkat, begitu juga ketepatan pada peringkat bahagian dan spesies merentas genusQuercus.[9]
Kayu oak bersifat keras dan kuat, dan ia mempunyai ketumpatan sebanyak 0.75 g/cm3 (0.43 oz/in3). Kayu mempunyai ketahanan tinggi terhadap serangan serangga dan kulat kerana ia mengandungi kimia tanin yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai corak ira yang sangat menarik, terutamanya apabila kayu tersebut dipotong rentang.
Papan oak yang dipotong rentang sangat berharga ketika Zaman Pertengahan untuk digunakan dalam dalam pembinaan perabot yang bermutu tinggi serta panel dalaman bangunan yang megah, misalnya di ruang debat Bangunan Parlimen British diLondon. Kayu spesiesQuercus robur danQuercus petraea telah digunakan di Eropah untuk pembinaankapal terutama sekali kapal-kapal perang[10] sehingga ke abad ke-19. Ia juga digunakan dalam pembinaan bangunan berbingkai kayu di Eropah.Kayu oak masih digunakan hari ini bagi membuat perabot, rerangka bangunan kayu serta venir. Tong penyimpanan wain,sherry, dan arak-arak seperti brandy sertawiski-wiski jenis Ireland, Scotch dan Bourbon yang berumur juga dibuat daripada kayu oak yang diperolehi dari Eropah dan Amerika. Serpihan kayu oak turut digunakan bsebagai bahan bakar untuk untukpengasapan atau penyalaian ikan, daging,keju[11] dan makanan yang lain.
Keratan rentas batang Quercus suber
Kulit kayu pohon oak putih (Quercus alba) dikeringkan bagi menghasilkan ubatan tertentu. Kulit kayu oak secara amnya juga kaya dengan tanin, yang merupakan bahan penting dalam penyamakan kulit. Biji-bijinya boleh dikisar menjadi tepung ataupun dipanggang bagi menghasilkan "kopi oak".
Daun-daun dan buah pokok oak mengandungi asid tanik di mana pemakanannya yang banyak boleh menyebabkan keracunan dalam lembu,kuda,kambing biri-biri dankambing; malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal serta radang usus. Antara gejala keracunan termasuklah kurang selera makan, kemurungan, sembelit, cirit-birit (yang barangkalinya boleh berdarah), darah dalam air kencing serta kolik. Walau bagaimanapun, buah oak masih boleh selamat digunakan sekiranya ia direndam bagi mengeluarkan asid taniknya terlebih dahulu.[12]
^Hipp, Andrew (2004).Oak Trees Inside and Out. Rosen Publishing Group, Inc. m/s. 4.
^Denk, Thomas; Grimm, Guido W.; Manos, Paul S.; Deng, Min; Hipp, Andrew L. (2017), Gil-Pelegrín, Eustaquio; Peguero-Pina, José Javier; Sancho-Knapik, Domingo (penyunting), "An Updated Infrageneric Classification of the Oaks: Review of Previous Taxonomic Schemes and Synthesis of Evolutionary Patterns",Oaks Physiological Ecology. Exploring the Functional Diversity of Genus Quercus L., Springer International Publishing,7, m/s. 13–38,doi:10.1007/978-3-319-69099-5_2,ISBN978-3-319-69098-8
^abManos, Paul S.; Zhou, Zhe‐Kun; Cannon, Charles H. (2001). "Systematics of Fagaceae: Phylogenetic Tests of Reproductive Trait Evolution".International Journal of Plant Sciences (dalam bahasa Inggeris).162 (6): 1361–1379.doi:10.1086/322949.JSTOR10.1086/322949.S2CID85925622.
^Schierz, Kai Uwe (2004). "Von Bonifatius bis Beuys, oder: Vom Umgang mit heiligen Eichen". Dalam Hardy Eidam; Marina Moritz; Gerd-Rainer Riedel; Kai-Uwe Schierz (penyunting).Bonifatius: Heidenopfer, Christuskreuz, Eichenkult (dalam bahasa Jerman). Stadtverwaltung Erfurt. m/s. 139–45.
^"Oak Trees". arborday.org. Dicapai pada27 April 2010.
Byfield, Liz (1990)An oak tree, Collins book bus, London : Collins Educational,ISBN0-00-313526-80-00-313526-8
Philips, Roger. Trees of North America and Europe, Random House, Inc., New YorkISBN0-394-50259-00-394-50259-0, 1979.
Logan, William B. (2005)Oak : the frame of civilization, New York ; London : W.W. Norton,ISBN0-393-04773-30-393-04773-3
Paterson, R.T. (1993)Use of trees by livestock,5:Quercus, Chatham : Natural Resources Institute,ISBN0-85954-365-X0-85954-365-X
Royston, Angela (2000)Life cycle of an oak tree, Heinemann first library, Oxford : Heinemann Library,ISBN0-431-08391-60-431-08391-6
Savage, Stephen (1994)Oak tree, Observing nature series, Hove : Wayland,ISBN0-7502-1196-20-7502-1196-2
Tansley, Arthur G., Sir (1952)Oaks and oak woods, Field study books, London : Methuen.
Żukow-Karczewski, Marek (1988)Dąb – król polskich drzew (Oak – the king of the Polish trees), AURA (A Monthly for the protection and shaping of human environment), 9, 20-21.