Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

O Canada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

O Canada ("Wahai Kanada",Perancis:Ô Canada) ialahlagu kebangsaan negaraKanada.

Lagu ini pada asalnya dalam bahasa Perancis di mana ia wujud sebagai lagu tema sambutanhari keraiansanto penaungQuebec,Saint-Jean-Baptiste, atas permintaan Leftenan Gabenor jajahan tersebut: muziknya digubah olehCalixa Lavallée sementara liriknya dinukilkanAdolphe-Basile Routhier. Terjemahan rasmi lirik lagu ini dalambahasa Inggeris disediakan Robert Stanley Weir, seorang hakim dari Quebec pada tahun 1908.[1]

Lirik

[sunting |sunting sumber]

Lirikbahasa Inggeris

O Canada!
Our home and native land!
True patriot love in all of us command.
With glowing hearts we see thee rise,
The True North strong and free!
From far and wide,
O Canada, we stand on guard for thee.
God keep our land glorious and free!
O Canada, we stand on guard for thee.
O Canada, we stand on guard for thee.

Terjemahan lirik bahasa Inggeris

Wahai Kanada,
rumah dan tanah air kita,
meminta cinta negara dari kami semua.
Dengan hati yang berseri
kami melihat engkau bangkit
(menjadi) Sang Utara Sebenar yang kuat dan bebas!
Dari jauh dan dekat, Wahai Kanada,
kami berjaga sedia untukmu.
Tuhan peliharakan bumi kita
gemilang dan bebas!
Wahai Kanada,
kami berjaga sedia mempertahankanmu.
Wahai Kanada,
kami berjaga sedia mempertahankanmu.

Lirikbahasa Perancis (yang asal)
Ô Canada!
Terre de nos aïeux,
Ton front est ceint de fleurons glorieux!
Car ton bras sait porter l'épée,
Il sait porter la croix!
Ton histoire est une épopée
Des plus brillants exploits.
Et ta valeur, de foi trempée,
Protégera nos foyers et nos droits.
Protégera nos foyers et nos droits.

Terjemahan lirik bahasa Perancis
Wahai Kanada!
Tanah nenek moyang kita,
Wajahmu dihiasi permata gemilang!
Kerana tanganmu tahu menghunuspedang[fn 1]
Lenganmu tahu memikulsalib [mempertahankan agama]![fn 2]
Sejarah engkaulah yang terhebat
dari segala usaha cerdas.
Dan keberanianmu, bersih dalam iman
akan menjaga tanah dan hak kita,
akan menjaga tanah dan hak kita.

Nota kaki
  1. ^Dalam konteks asal penukilan lirik, ia merujuk kepada imejQuebec yang mempertahankan identiti budaya ia.
  2. ^AgamaKatolik Rom yang dimaksudkan, lagi-lagi dengan tujuan lagu ini digubah sempena hari seorangsanto.


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Full history of 'O Canada'".Department of Canadian Heritage. Dicapai pada25 September 2019.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=O_Canada&oldid=6034826"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp