| Nyepi هاري راي ڽڤي | |
|---|---|
Ogoh-ogoh diarakkan ketika berlangsungnya upacarangrupuk pada hari sebelum Nyepi. | |
Diraikan oleh/di | Penganut agamaHindu diBali,Indonesia |
| Upacara | Berdiam diri dalam rumah, menjauhi kegiatan pekerjaan atau hiburan |
| Tarikh | sekitar bulan Mac dan April |
Nyepi ialahperayaanHindu yang diraikan pada setiaphari tahun baru di Bali dalamtakwim Saka. Nyepi berasal daripada perkataan "sepi" (sunyi, senyap). Nyepi sebenarnya merupakan perayaanTahun Baru Hindu berdasarkan takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 Masihi. Tidak seperti perayaan tahun baru Masihi, Tahun Baru Saka di Bali dimulakan dengan menyepi. Oleh itu, kegiatan seharian adalah dilarang sama sekali pada hari ini termasuk perkhidmatan awam termasuk sekali penerbangan, tetapi khidmat perubatan seperti hospital dikecualikan.
Tujuan utama sambutan Nyepi ialah memohon kepada tuhan agar menyucikanBuwana Alit (alam manusia) danBuwana Agung/macrocosmos (alam semesta). Sebelum Hari Raya Nyepi, terdapat beberapa upacara yang diadakan oleh penganut Hindu khususnya di pulau Bali.
Dua hingga empat hari sebelum Nyepi, upacaraMelasti dianjurkan oleh pihakpura (kuil) dengan membawa segala kelengkapan suci dari kuil ke pantai atau danau kerana air laut atau danau merupakan sumber air suci (tirta amerta) yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam.
Pada sehari sebelum Nyepi, diadakan upacaraButa Yadnya yang terdiri daripada dua bahagian iaitumecaru danngrupuk. Penganut agama Hindu di Bali memulakan upacara ini dengan menyediakan sesajiancaru atautawur sebagai sembahan kepada puaka Buta Kala dengan memohon agar ia tidak mengganggu para penganut. Caru ini biasanya terdiri daripada nasimanca warna (lima warna) dalam sembilantanding (bungkus), beserta lauk-pauk seperti ayambrumbun (berwarna-warni) disertaitetabuhan (arak atau tuak). Disusulinya pula olehngrupuk yang dilaksanakan dengan menyebarkan nasi tawur di merata perkampungan, memasang obor dan menyemburgaram mesiu di keliling rumah serta membuat suasana riuh-rendah untuk menjauhkan gangguan Buta Kala. Di Bali, acarangrupuk dikenali dengan patungogoh-ogoh yang berwajah serba mengerikan, iaitu lambang puaka dan kejahatan, yang diarakkan di seluruh kampung lalu akhirnya dibakar.
Hari Nyepi disambut dari pukul enam pagi hingga enam pagi hari berikutnya untuk tujuanrefleksi kendiri sahaja. Kebanyakan kegiatan seharian serta segala bentuk riadah dan hiburan adalah dilarang sama sekali pada hari kebesaran ini berpandukanCatur Brata Penyepian (Empat Rukun Penyepian) yang membimbing para penganut Hindu untuk menghindari kegiatan duniawi untuk seketika. Empat rukun tersebut adalah seperti berikut:
Peraturan Catur Brata Penyepian ini dikuat kuasa oleh pegawai seakan-akan polis agama yang dikenali sebagaipecalang yang meronda di sekitar kawasan penempatan penganut untuk memastikan agar peraturan ini dipatuhi dan dihormati oleh semua termasuk penduduk bukan Hindu dan pelancong asing. Segala penghindaran diri ini ialah tanda membuka lembaran baru yang serba kosong, suci dan bersih daripada segala pencemaran diri sempena tahun baru. Untuk mengisi masa, penganut Hindu yang warak melakukan kegiatanpertapaan atauyoga.
Pada hari kedua tahun baru Bali, setelah selesainya kewajipan menyepi, perayaan Nyepi diakhiri oleh kegiatanNgembak Geni yang mana kaum keluarga, sanak-saudara dan jiran tetangga bermaaf-maafan sesama sendiri atas kesalahan dan keterlanjuran yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun yang lalu.