Nu metal (kadangkala digayakan sebagainü-metal) merupakan sub-genre bagimetal alternatif yang menggabungkan unsur muzikgrunge,[1]rock alternatif,funk metal,hip hop, danindustrial serta pelbagai genreheavy metal lain sepertigroove danthrash.[2]
Istilah "nu metal" mula digunakan dalam satu reviu bagi konsert Coal Chamber pada pertengahan Oktober 1995 dalam majalah Spin sebagai satu bentuk "muzik metal baharu"(new metal).
Sebagaimana kumpulan pemuzik pendahulunya iaitu funk metal, kebanyakan kumpulan nu metal berasal dariCalifornia. Kumpulan sepertiP.O.D.,Deftones danKorn kesemuanya adalah kumpulan nu metal yang berasal dari California dan mula aktif pada awal 90an.[3]
Nu metal secara amnya bermula dengan pita demo Korn,Neidermeyer's Mind, dilancarkan pada tahun 1992. Muzik "trademark" Korn terhasil daripada cubaan untuk menghasilkan kod yang digunakan oleh pemain gitarMr. Bungle,Trey Spruance, yang dirujuk sebagai "kod Bungle mudah alih". Mereka juga memetik kumpulan lain yang disertai Mike Patton iaituFaith No More bagi Video Terhebat Sepanjang Zaman 2006 oleh majalahKerrang!, menyatakan bahawa Korn dipengaruhi kumpulan-kumpulan tersebut kerana mereka melakukan sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah kumpulan metal. Kumpulan nu metal juga sering melakukan aksi konvensional metal sebagai satu pengaruh, terutamanya olehBlack Sabbath.[4] Korn menggunakangitar 7 tali berbanding gitar tradisional 6 tali yang lebih lazim.Steve Vai asalnya memperkenalkannya ke pasaran khusus untuk pemain gitar teknikal. Munky, gitaris Korn, bukanlah pemain teknikal tetapi dia mengambil keputusan untuk membawa gitar 7 tali ke satu arah yang berbeza.[5]
PenerbitRoss Robinson dilabilkan oleh sesetengah pihak sebagai "Dewa Nu Metal" kerana banyak menerbitkan album-album nu metal yang berjaya sepertialbum sulungKorn dan albumThree Dollar Bill, Yall olehLimp Bizkit.