Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
3 Februari 2024 inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Nori" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Nori

Nori (海苔, のり,Cina tradisional:海苔pinyin:hǎitái,Korea:,rumi: gim) ialah bahan makanan berupa helaianrumpai laut kering yang digunakan sebagai hiasan dan penyedap pelbagai macammasakan Jepun, lauk sewaktu makan nasi, dan bahanmakanan ringan sepertisenbei. Bahan asasnya ialah alga jenisPorphyra sepertiP.yezoensis danP. tenera.

Walaupun warna tidak dapat dijadikan penilaian kualiti, helaian nori berkualiti tinggi umumnya berwarna hitam kehijauan, sedangkan nori berkualiti lebih rendah berwarna hijau hingga hijau muda.

Jenis-jenis

[sunting |sunting sumber]
Udon dihiasikizaminori
Okonomiyaki dengan penyedapaonori

Di Jepun

[sunting |sunting sumber]

Ukuran piawai sehelai nori di Jepun ialah 21 cm x 19 cm yang kemudian dipotong-potong bergantung kepada keperluannya. Dilihat pada ukuran besarnya, nori terdiri daripada beberapa jenis:

  • Yakinori jenis setengah – sehelai nori ukuran piawai dibahagi dua, digunakan untuk membungkus seluruh bahagianonigiri.
  • Yakinori jenis sepertiga – sehelai nori dibahagi tiga, dilekatkan di bahagian dasaronigiri sehingga mudah dipegang dengan tangan.
  • Ajitsuke nori atauokazunori – sshelai nori piawai yang sudah diberi garam, kicap, gula ataumirin dipotong menjadi 8 atau 12 potongan kecil. Pada umumnya, dimakan sebagai ulam nasi sewaktu sarapan pagi atau dimakan begitu saja sebagai makanan ringan.
  • Mominoriajitsuke nori yang sudah diberi garam, kicap, gula ataumirin dan dicarik-carik hingga menjadi potongan berukuran kecil yang tidak seragam. Digunakan sebagai hiasan pada makanan Jepun sepertidonburi atauchirashizushi
  • Kizaminoriyakinori yang dipotong halus-halus dengan ukuran seragam, berfungsi sebagai hiasan sepertimominori.
  • Aonori – nori berwarna hijau berbentuk serbuk kasar berukuran 2-3 mm yang ditabur di atasokonomiyaki,takoyaki, danyakisoba. Berbeza dengan bahan asas untuk nori piawai,aonori menggunakan alga berwarna hijau jenisMonostroma danEnteromorpha yang banyak diladangkan di Teluk Ise,Wilayah Mie sebagai bahan asas.

Di Korea

[sunting |sunting sumber]

Korea terkenal dengan nori berasaminyak bijan, cili, dan butiran garam agak kasar sehingga berbau lain dan terasa agak pedas.

Industri rumput laut

[sunting |sunting sumber]
Makanan ringan Nori senbei

Padamusim gugur di saat suhu air laut sekitar 20°C, sangkutan rumput laut yang berbentuk jala dipasang di dekat muara sungai menghampiri laut.Spora rumput laut melekat pada jala dan berkembang biak dengan cepat. Tuaian sudah dapat dilakukan dimusim sejuk tahun yang sama ketika tanaman berumur sekitar 45 hari. Setelah tuaian pertama, rumpai laut masih boleh dituai berulang kali dengan masa rehat 10 hari.

Cara tradisional pembuatan nori:

  • Rumput laut hasil tuaian ditumbuk sampai menjadi bubur
  • Bubur rumput laut dilebarkan seperti kertas di atas papan
  • Nori dijemur di bawah sinar matahari hingga kering

Nori dibungkus dalam bungkusan beg plastik, botol plastik atau tin kedap udara kerana sifat nori yang mudah kehilangan rasa rangup dan mudah menjadi lembab.Ajitsuke nori (okazu nori) lebih mudah menjadi lembab dibandingkan nori biasa. Oleh sebab itu,ajitsuke nori biasanya dibungkus dalam bungkusan-bungkusan kecil yang hanya berisi beberapa helai nori ukuran mini. Walaupun bungkusan nori banyak menggunakangel silika dan bahan-bahan lain sebagai penyerap kelembaban, nori yang sudah dibuka bungkusannya sebaiknya segera dihabiskan secepat mungkin sebelum menjadi lembab dan tidak enak.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nori&oldid=6104567"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp