Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nord (jabatan)

Koordinat:50°23′U03°19′T / 50.383°U 3.317°T /50.383; 3.317
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaNord)
Nord
Logo Jabatan Nord yang mulai digunakan dari 2020
Logo Jabatan Nord yang mulai digunakan dari 2020
Jata Nord
Lokasi Nord di dalam peta Perancis
Lokasi Nord di dalam peta Perancis
Koordinat:50°23′U03°19′T / 50.383°U 3.317°T /50.383; 3.317
NegaraPerancisPerancis
KawasanHauts-de-France
PrefekturLille
SubprefekturAvesnes-
sur-Helpe

Cambrai
Douai
Dunkirk
Valenciennes
Pentadbiran
 • Presiden Majlis JabatanChristian Poiret
Keluasan
 • Jumlah5,742.74 km2 (2,217.28 batu persegi)
Penduduk
 (2019[1])
 • Jumlah2,608,346[1]
 • Pemeringkatan1
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Nombor jabatan59
Arrondissement6
Kanton41
Komun648
↑1 Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk muara dan tasik, kolam dan glasier yang lebih besar daripada 1 km2

Nord (Sebutan Perancis: [nɔʁ] (dengar))[2]; secara rasmiPerancis:département du Nord;Belanda:Noorderdepartement,har. Jabatan Utara), merupakanjabatan diPerancis yang terletak di kawasanHauts-de-France (DahulunyaNord-Pas-de-Calais) yang bersempadan denganBelgium. Ia tercipta daripada bahagian barat wilayah bersejarahFlanders,Hainaut danKeuskupan Cambrai. Jata bagi jabatan ini diambil daripada jataWilayah Flanders.

Nord ialah jabatan paling ramai penduduk di negara Perancis.Ia juga mengandungi wilayah metropolitan Lille (bandar utama danprefektur jabatan), kawasan bandar keempat terbesar di Perancis selepasParis,Lyon danMarseille. Di dalam jabatan itu terletak bahagian Perancis di mana dialekBahasa Belanda,Flemish Perancis telah dituturkan sebagai bahasa ibunda secara turun-temurun. Begitu juga, dialek Picard Perancis yang berbezaCh'ti dituturkan di sini.

Asal-usul nama

[sunting |sunting sumber]

Nama "Nord" mempunyai dua asal usul:

  • Ia merupakan jabatan pertama di negara Perancis yang dinamakan. Nama ini kadangkala diperdebatkan sejak penciptaannya, Ia dianggap tidak mempunyai nilai sejarah dan boleh menyebabkan kekeliruan dengan titik koordinat (Utara/Nord juga boleh dirujuk untuk semua jabatan jiran).
  • Selain itu,Nama "Nord" digunakan oleh kerana pantai jabatan itu bersempadan denganLaut Utara (Bahasa Perancis:Mer du Nord)

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Suku kaumBelgae, sepertiMenapii danNervii ialah kaum pertama yang direkodkan di kawasan itu yang kemudiannya dikenali sebagai Nord.

Sekitar abad ke-4 dan ke-5, PemerintahRom diGallia Belgica memperkukuhkan penguasaan di laluan dari pelabuhan utamaBononia (Boulogne) hingga keColonia (Cologne), dengan bekerjasama dengan bangsa Jerman di timur laut koridor ini, sepertiTungri. Sebenarnya, kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Nord menjadiisogloss (sempadan linguistik) antara bahasaGermanik danRomawi. PenjajahanSaxon di rantau ini dari abad ke-5 hingga abad ke-8 berkemungkinan mengalihkan isogloss sehingga ke selatan. Menjelang abad ke-9, kebanyakan orang di utaraLille bertutur dalam bahasaBelanda Kuno. Ini kekal jelas di dalam nama-nama tempat di rantau ini. SelepasWilayah Flanders menjadi sebahagian daripada Perancis pada abad ke-9, isogloss ini bergerak ke utara dan timur.[3]

Keluasan kawasan dialekFlemish Barat dituturkan di arrondissementDunkirk pada tahun 1874 dan 1972.

Semasa abad ke-14, kebanyakan kawasan itu berada di bawah kawalanDuchy Burgundy dan pada abad-abad berikutnya adalah sebahagian daripadaHabsburg Belanda (dari 1482) danBelanda Sepanyol (1581).

Kawasan yang kemudiannya membentuk Nord telah diserahkan kepada Perancis melalui perjanjian pada 1659, 1668, dan 1678, menjadi kawasanFlanders,Hainaut danKeuskupan Cambrai.

Pada 4 Mac 1790, semasaRevolusi Perancis, Nord menjadi salah satu daripada 83 jabatan asal yang diwujudkan untuk menggantikan sistem pentadbiran lama.

Dasar kerajaan moden menjadikan bahasa Perancis sebagai satu-satunya bahasa rasmi telah menyebabkan penurunan penggunaan dialek Flemish Barat. Pada masa ini terdapat 20,000 penutur subdialek Flemish Barat di arrondissement Dunkirk dan nampaknya subdialek tertentu ini akan pupus dalam beberapa dekad.[3]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Peta Jabatan Nord

Nord ialah sebahagian daripadakawasanHauts-de-France dan dikelilingi oleh jabatan PerancisPas-de-Calais,Somme, danAisne.Ia juga bersempadan dengan wilayahHainaut danFlanders Barat (Belgium) danLaut Utara. Keluasan jabatan ini adalah 5,742.8 km2 (2,217.3 bt2)[4].Jabatan ini adalah yang terpanjang di Perancis dengan panjang 160 km, mempunyai keluasan 5680 km². Lebarnya sedikit, terutamanya di sekitarArmentières di mana ia menjangkau 6 km.[5]

Peta topografi jabatan Nord.

Terletak di utara negara di sepanjang separuh barat sempadan Belgium, jabatan ini kelihatan sedikit panjang dan sempit.Bandar utamanya ialahLille, yang berdekatan denganRoubaix,Tourcoing danVilleneuve d'Ascq merupakan pusat kluster bandar perindustrian dan bekas perlombongan berjumlah lebih sedikit daripada satu juta penduduk. Bandar penting lain ialahValenciennes,Douai, Maubeuge danDunkirk. Sungai-sungai utama di jabatan ini adalahYser,Lys,Escaut,Scarpe,Sambre. Jabatan ini merupakan salah satu kawasan dimanaTerusan Deûle melintasi, diLille.

Bukit Mont Cassel

Jabatan ini mempunyai purata ketinggian 60 meter[5]. BukitMont Cassel dengan 176 meter sering dianggap sebagai titik tertinggi di Nord, mungkin disebabkan kedudukannya yang muncul di dataran dan berdekatan dengan Lille. Tetapi, tanggapan ini adalah salah kerana titik tertinggi sebenar Nord terletak diAnor,Avesnois, pada ketinggian 272 meter.

Jabatan ini kebanyakannya terdiri daripadadataran, kadang-kadang dilintasi oleh bukit-bukit kecil. Garis pantai terdiri daripada bukit pasir (Gumuk).[5]

Titik tertinggi jabatan Nord:

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±% setiap tahun
1801765,001—    
1806839,530+1.88%
1821905,777+0.51%
1831989,938+0.89%
18411,085,298+0.92%
18511,158,285+0.65%
18611,303,380+1.19%
18721,447,764+0.96%
18811,603,259+1.14%
18911,736,341+0.80%
19011,866,994+0.73%
19111,961,780+0.50%
19211,787,918−0.92%
19312,029,449+1.28%
19362,022,167−0.07%
19461,917,452−0.53%
19542,098,545+1.13%
19622,293,112+1.11%
19682,417,899+0.89%
19752,511,478+0.54%
19822,520,526+0.05%
19902,531,855+0.06%
19992,555,020+0.10%
20072,564,950+0.05%
20122,587,128+0.17%
20172,604,361+0.13%
20182,606,234+0.07%
source:SPLAF[6] dan INSEE[7]

Dengan populasi 2,606,234 pada 2018, Nord ialah jabatan dengan populasi terbesar.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Senarai kawasan pilihan raya di Nord

Presiden Majlis Jabatan ialahAhli politik berhaluan kanan tidak bersekutu dengan parti-parti politik utama, Christian Poiret.[8]

Christian Poiret, Presiden Majlis Jabatan Nord

Presiden pertamaRepublik Kelima Perancis (Republik semasaPerancis), JeneralCharles de Gaulle, dilahirkan diLille di jabatan itu pada 22 November 1890.[9]

PartiKerusi
Parti Republikan (Perancis) (LR)25
Parti Sosialis (Perancis) (PS)16
Politik haluan kanan pelbagai (DVD)15
Kesatuan Demokrat dan Bebas (UDI)11
Parti Komunis Perancis (PCF)10
Politik berhaluan kiri pelbagai (DVG)2
Perancis Bangkit (France Arise) (DLF)1
Pergerakan Rakyat dan Republikan (MRC)1
Parti Radikal berhaluan kiri (PRG)1

Wakil-wakil ke Dewan Negara Perancis

[sunting |sunting sumber]
KonstituensiAhli[10]Party
Konstituensi pertama NordAdrien QuatennensLa France insoumise
Konstituensi kedua NordUgo BernalicisLa France insoumise
Konstituensi ketiga NordChristophe Di PompeoLa République En Marche!
Konstituensi keempat NordBrigitte LisoLa République En Marche!
Konstituensi kelima NordSébastien HuygheParti Republikan (Perancis)
Konstituensi keenam NordCharlotte LecocqLa République En Marche!
Konstituensi ketujuh NordFrancis VercamerKesatuan Demokrat dan Bebas
Konstituensi kelapan NordCatherine OssonLa République En Marche!
Konstituensi kesembilan NordValérie PetitLa République En Marche!
Konstituensi kesepuluh NordVincent LedouxParti Republikan (Perancis)
Konstituensi kesebelas NordLaurent PietraszewskiLa République En Marche!
Konstituensi ke-12 NordAnne-Laure CattelotLa République En Marche!
Konstituensi ke-13 NordChristian HutinPergerakan Rakyat dan Republikan
Konstituensi ke-14 NordPaul ChristopheParti Republikan (Perancis)
Konstituensi ke-15 NordJennifer de TemmermanKebebasan dan Wilayah
Konstituensi ke-16 NordAlain BruneelParti Komunis Perancis
Konstituensi ke-17 NordDimitri HoubronLa République En Marche!
Konstituensi ke-18 NordGuy BricoutKesatuan Demokrat dan Bebas
Konstituensi ke-19 NordSébastien ChenuBarisan Nasional (Perancis)
Konstituensi ke-20 NordFabien RousselParti Komunis Perancis
Konstituensi ke-21 NordBéatrice DescampsKesatuan Demokrat dan Bebas

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Di permulaan industrialisasi Perancis pada awal abad ke-19, kawasan itu mengalami kesan yang teruk semasaPerang Dunia Pertama dan kini menghadapi masalah ekonomi, sosial dan alam sekitar yang berkaitan dengan kemerosotan perlombongan arang batu dengan jirannya berikutan kemerosotan awal industri tekstil Lille-Roubaix.

Sehingga baru-baru ini, jabatan ini didominasi dari segi ekonomi oleh perlombongan arang batu, yang meluas melalui dari pusat jabatan jiranArtois hingga ke tengahBelgium.

Tarikan Pelancong

[sunting |sunting sumber]

Lihat Juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Téléchargement du fichier d'ensemble des populations légales en 2019" ["Muat turun fail keseluruhan populasi rasmi pada 2019"] (dalam bahasa Perancis). 29 Disember 2021. Dicapai pada31 Mac 2022.
  2. ^Sebutan menggunakan Bahasa Perancis Metropolitan/Perancis dari Perancis (Bahasa Inggeris:French of France) mengikuti (bahasa Inggeris:Standard French/bahasa Perancis standard) dan ditranskripsi secara fonetik mengikut standardAPI.
  3. ^ab"Dutch dialect"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). (404 KB)
  4. ^[1], INSEE(Dalam bahasa Perancis)
  5. ^abcLa France pittoresque du Nord [Perancis Utara yang indah] (dalam bahasa Perancis) (ed. 3). Hachette Livre. 1896. m/s. 201.ISBN 9782012560987.
  6. ^Site sur la Population et les Limites Administratives de la France(dalam bahasa Perancis)
  7. ^Population en historique depuis 1968, INSEE(dalam bahasa Perancis)
  8. ^"Christian Poiret, élu président du conseil départemental du Nord".France Bleu (dalam bahasa Perancis). 2021-07-01. Dicapai pada2022-01-13.
  9. ^"1890: l'acte de naissance de Charles de Gaulle" [1890: Sijil Kelahiran Charles de Gaulle].Lille Municipal Archives. 4 Februari 2016.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada26 Januari 2021.
  10. ^http://www.assemblee-nationale.fr/ (dalam bahasa Perancis)
Jabatan luar negara:French Guiana ·Guadeloupe ·Martinique ·Réunion
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nord_(jabatan)&oldid=6567149"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp