Noh Omar | |
---|---|
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
AhliParlimen Malaysia bagi P95Tanjong Karang,Selangor | |
Dalam jawatan 7 Jun 1995 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,970 (PRU-14) 4,394 (PRU-13) 3,820 (PRU-12) 9,008 (PRU-11) 2,075 (PRU-10) 15,818 (PRU-9) |
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad | |
Dalam jawatan 19 Jun 2020 – 29 Jun 2021 | |
Didahului oleh | Datuk Hazimah Zainuddin |
Digantikan oleh | Ahmad Nazlan Idris |
Pengerusi Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad | |
Dalam jawatan 1 Jun 2020 – 18 Jun 2020 | |
Didahului oleh | Ab. Halim Mohyiddin |
Digantikan oleh | Abu Huraira Abu Yazid |
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 2016–2018 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | |
Dalam jawatan 10 April2009 – 5 Mei 2013 | |
Timbalan | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Pendidikan I | |
Dalam jawatan 14 Februari 2006 – 18 Mac 2008 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 14 Februari 2006 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1958-02-23)23 Februari 1958 (umur 67) Sungai Burong,Tanjung Karang,Selangor |
Parti politik | ![]() ![]() (1995–2023) ![]() ![]() (2024-kini) |
Pasangan | Prof. Puan Sri Dr. Aishah Salleh Puan Sri Nooraisha Farizan |
Pekerjaan | ![]() |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Tan SriHajiNoh bin Omar (lahir 23 Februari 1958) ialah ahli politikMalaysia berketurunanMelayu. Beliau merupakan mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2021-2022 dan 2008-2009), mantan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2013-2018), mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013) dan mantan Ahli ParlimenTanjong Karang selama lima penggal (1995-2022).
Noh dilahirkan pada 23 Februari 1958 diSungai Burong,Tanjung Karang,Selangor.
Noh mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Burong pada tahun 1965. Selepas menamatkan pengajian sekolah menengah diSekolah Menengah Aminuddin Baki pada1977, beliau memasukiMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim bagi mengikuti kursus latihan asas perguruan. Beliau juga menyambung pelajarannya ke Thames University.
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorangguru diSekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah,Kulaa Selangor pada tahun 1983. Setelah pulang dari Thames University, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perundangan diMajlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1988 sebelum membuka firma guaman, Ahmad Famy & Noh.
Beliau memulakan arena politiknya setelah menyertaiUMNO di cawangan Parit 2,Sungai Burong ,Selangor. Beliau pernah memikul tugas banyak jawatan dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO BahagianTanjung Karang, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2004. Beliau juga pernah dipilih sebagai Pengerusi, Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negeri serta Presiden Kelab UMNO diUnited Kingdom danEire.
Pada tahun1995, beliau memenangi kerusi ParlimenTanjung Karang dan mempertahankan pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008, Noh Bin Omar bertanding menggunakan tiketBarisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasanparlimenTanjong Karang , negeriSelangor. Noh Bin Omar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16073.
Calon lawan ialah peguamMohamed Hanipa Maidin dariPAS mendapat 12,253 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Undi rosak sebanyak 674.
Pada 2005, semasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Noh membuat berita antarabangsa untuk peranannya dalam kontroversiSquatgate mengenai dakwaan salah laku seorang wanita etnik Cina oleh polis Malaysia. Sebagai tindak balas kepada wahyu penindasan dan protes oleh kerajaan China, Noh menyatakan "jika orang asing berfikir bahawa polis Malaysia adalah kejam, sila kembali ke negara masing-masing dan tidak tinggal di sini".[1] Noh ditegur oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi,[2] dan Noh mengeluarkan permintaan maaf atas komennya bahawaBBC News digambarkan sebagai 'dendam yang terbaik'.[3]
Pada 9 Ogos 2012, Noh Omar menjelaskan bahawa beliau cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd dan tidak terlibat mengusahakan projek udang.[4][5][6][7] Sebelum ini, AdunSekinchan,Ng Suee Lim mendedahkan surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang disewa adalah bukti Noh Omar terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya. Perkataan 'usahasama' bermaksud bersama-sama mengusahakan projek. Dakwanya, tentulah berlaku konflik kepentingan. Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck memaklumkan bahawa Noh hanyalah pemilik sebahagian tanah 100 ekar dalam projek udang itu. Syarikat Pristine yang beralamat di Bandar Sunway,Petaling Jaya bertindak sebagai penyewa tanah selama 10 tahun. Akhbar CinaSin Chew Daily melaporkan Noh mengaku memiliki tanah seluas 30 ekar diBagan Tengkorak,Tanjung Karang yang dimiliki sebelum menjadi menteri pertanian.[8][9][10] Tanah 30 ekar itu menyamai 15 padang bola sepak.[11] Dokumen terungkap juga menunjukkan bahawa Noh memasuki kaveat swasta yang dicari oleh Pristine Agrofood untuk tidak menjual tanah itu selama 10 tahun, mulai tahun 2011 untuk mengekalkan ladang itu.[11][12]
Ng Sue Lim membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan. Pada tahun 1995, Noh telah membeli tanah itu di Lot 26426 di Bagan Tengkorak. Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.[13]
Pada 3 April 2019, dia membuat satu siri ucapan kontroversi, menyatakan bahawa "Mencuri adalah tidak salah, hanya apabila anda ditangkap ia menjadi salah. Menunggang motosikal tanpa topi keledar adalah tidak salah; hanya apabila pihak polis menangkap anda, ia menjadi salah."[14] Noh Omar memberikan analogi apabila dia cuba meminta rawatan yang sama dan saksama untuk semua ahli politik yang memasuki sekolah, sebagai prinsipal yang membenarkan dia memasuki premis mereka telah diberi amaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri, mengikut peraturan sedia ada mengenai ahli politik yang memerlukan kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri sebelum mana-mana lawatan sekolah. Noh mendakwa bahawa peraturan ini tidak dikuatkuasakan oleh kerajaanBarisan Nasional sebelum ini, manakalaRSN Rayer dariParti Tindakan Demokratik membantah tuntutan di Parlimen dan menegaskan bahawa Anggota Parlimen Pembangkang Malaysia sebelum ini ditolak kemasukan ke sekolah-sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing di bawah pemerintahanBarisan Nasional terdahulu.
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P87Tanjong Karang, Selangor | Noh Omar (UMNO) | 20,962 | 76.48% | Nordin Abdul Latif (S46) | 5,144 | 18.77% | 27,410 | 15,818 | 66.59% | ||
1999 | Noh Omar (UMNO) | 15,841 | 51.98% | Md Yusoff Abd Wahab (PAS) | 13,766 | 45.17% | 30,478 | 2,075 | 72.37% | |||
2004 | P95 Tanjong Karang, Selangor | Noh Omar (UMNO) | 17,750 | 65.27% | Abdul Ghani Samsudin (PAS) | 8,742 | 32.14% | 27,196 | 9,008 | 75.93% | ||
2008 | Noh Omar (UMNO) | 16,073 | 55.32% | Mohd Hanipa Maidin (PAS) | 12,253 | 42.18% | 29,052 | 3,820 | 79.83% | |||
2013 | Noh Omar (UMNO) | 20,548 | 54.40% | Mohd Rashidi Deraman (PAS) | 16,154 | 42.77% | 37,768 | 4,394 | 89.22% | |||
Masrun Tamsi (IND) | 340 | 0.90% | ||||||||||
2018 | Noh Omar (UMNO) | 17,596 | 43.45% | Zulkafperi Hanapi (PPBM) | 15,626 | 38.58% | 41,184 | 1,970 | 87.26% | |||
Nor Az Azlan Ahmad (PAS) | 7,276 | 17.97% |
|dead-url=
ignored (bantuan) Includes2004 election results. Results from earlier elections not available.