Pernikahan dimulai dengan lafaz persetujuan oleh pengantin lelaki di hadapan saksi pihak pengantin perempuan. Majlis ini biasanya disertai oleh kaum kerabat terdekat kedua belah pihakmempelai. Pengesahan suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis (sijil nikah) yang mencatatkan pernikahan ditandatangani.Upacara pernikahan biasanya merupakan acara yang dilangsungkan berdasarkan adat-istiadat setempat, dan kesempatan itu diraikannya bersamarakan-rakan danahli keluarga.Wanita danlelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacara itu selesai, mereka dinamakansuami danisteri dalam sebuah ikatanperkahwinan.
Pernikahan merupakan kata benda dari kata dasarnikah; kata itu berasal daribahasa Arab iatu katanikkah (Arab:النكاح) yang bererti perjanjianperkahwinan; berikutnya kata itu berasal dari kata lain dalam bahasa Arab iatu katanikah (Arab:نكاح) yang berertipercantuman, penyatuan.[1][2]
Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorangmuslim dapat memikul amanat tanggung jawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta menjaga ketenteramanjiwa.
Pernikahan memiliki tujuan yang sangat mulia iatu membentuk suatu keluarga yang bahagia, kekal abadi dan dirahmati tuhan. Sesuai dengan rumusan itu, pernikahan tidak cukup dengan ikatan lahir atau batin saja tetapi harus kedua-duanya. Dengan adanya ikatan lahir dan batin inilah perkahwinan merupakan satu fitrah manusia serta dituntut oleh agama untuk mengelakkan perbuatan mungkar.
DalamIslam, syarat sah pernikahan penting terutama untuk menentukan pasangan lelaki dan wanita itu dihalalkan melakukanhubungan seksual sehingga terbebas dariperzinaan. Agama Islam mempunyai tradisi perkahwinan yang sederhana, memudahkan dan ringkas dengan tujuan agar seseorang tidak terjerumus ke dalam perzinaan.
Perkahwinan sudah sah apabila telah memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Adapun yang termasuk dalam rukun perkahwinan adalah seperti berikut:
Pihak-pihak yang melaksanakan akad nikah iaitu mempelai lelaki dan wanita.
Adanyaakad (sighat) iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya (ijab) dan diterima oleh pihak laki-laki atau wakilnya (kabul).
Adanya wali dari calon isteri.
Adanya dua orang saksi.
Apabila salah satu syarat itu tidak dipenuhi maka perkahwinan tersebut dianggap tidak sah, dan dianggap tidak pernah ada perkahwinan. Oleh kerana itu diharamkan baginya yang tidak memenuhi rukun tersebut untuk mengadakan hubungan seksual mahupun segala larangan agama dalam pergaulan. Dengan demikian apabila keempat rukun itu sudah dipenuhi maka perkahwinan yang dilakukan sudah dianggap sah.