Kawasan terangkum dalam Nigeria ini pernah mempunyai banyak kerajaan lama sejak alaf pertama. Lembaga politik yang membentk negara moden Nigeria terhasil daripada penggabungan negeri-negeriNigeria Utara dan Nigeria Selatan tahun 1914 olehLord Frederick Lugard. Ia merdeka dari penjajahan British pada 1 Oktober 1960.
Nama Nigeria berasal daripadaSungai Niger yang mengalir sepanjang negara tersebut. Nama Niger pula mungkin berasal daripada istilahTuareg,egerew n-igerewen yang digunakan di kawasan tengah sungai itu diTimbuktu sebelum zaman penjajahan British pada abad ke-19.[6]
Budaya Nok di utara Nigeria mula muncul pada 1500 SM hingga 200 M dan terkenal dengan ukiranterracotta bersaiz hidup dan merupakan ukiran-ukiran terawal di Afrika Sub-Sahara.[7][8]
Kerajaan Nri pula diasaskan olehorang Igbo pada abad ke-10 dan bertahan hingga zaman penjajahan British.[9][10] KerajaanIfe danOyo oleh masyarakatYoruba pula muncul pada abad ke-12 dan abad ke-14 masing-masing.[11][12]Kerajaan Benin pula diasaskan pada akhir abad ke-12 dengan raja pertama, Eweka I ditabalkan pada tahun 1180.[13]
Pada abad ke-16, pihak Portugis mula menjalankan perdagangan dengan penduduk tempatan dan memulakan perdagangan hamba Atlantik.[14] Lama-kelamaan, perdagangan ini berkembang dengan penglibatan negara-negara seperti British, Belanda dan negara-negara Afrika serta pihak swasta.
Seiring dengan sentimen antiperhambaan di negara asal serta perkembangan ekonomi semasa, British bertindak mengharamkan perdagangan hamba pada 1807. Sebagai usaha menghentikan perdagangan ini, British menyerang Lagos pada 1851 dan menggantikan Oba Kosoko yang menyokong perdagangan hamba dengan ObaAkitoye. Kemudian, pada Ogos 1861, Lagos diserahkan kepada British dan menjadiJajahan Lagos dengan tarafjajahan mahkota.
Jajahan Lagos memiliki kawalan olehSyarikat Diraja Niger. Sepanjang kewujudannya, pihak Jajahan Lagos mengalahkan empayar-empayar kejiranannya untuk meluaskan kuasa dan pada 1 Januari 1901, tampuk pemerintahan diserahkan kepada kerajaan British dan menjadi tanahnaungan dengan namaNegeri Naungan Nigeria Selatan, selaras dengan pembubaran Syarikat Diraja Niger pada tahun sebelumnya. Khalifah Sokoto pula dikalahkan oleh pihak British pada 1903 dan di situ,Negeri Naungan Nigeria Utara pula diasaskan.
Pada 1914, kedua-dua negeri naungan tersebut digabungkan menjadi satu negeri,Jajahan dan Naungan Nigeria. Berikutan kejadian penyahjajahan di Afrika pada pertengahan abad ke-20, Nigeria memperoleh kemerdekaan pada 1 Oktober 1960.
Nigeria merdeka dan muncul sebagaiPersekutuan Nigeria, denganRatu Nigeria (Elizabeth II) ditabalkan sebagai ketua negara.Nnamdi Azikiwe menjadi ketua kerajaan Nigeria pada November 1960, menggantikan sistemGabenor Jeneral yang diguna pakai sebelum ini. Pada 1963, Nigeria bertukar menjadi sebuah republik persekutuan, dengan Azikiwe sebagaiPresiden Nigeria pertama.
Tanggapan tentang korupsi dan ketidakseimbangan dalam pilihan raya menyebabkan Nigeria mengalami beberapa cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera. Cubaan pertama berlaku pada Januari 1966 apabila puak tentera yang kebanyakannya daripada kaum Igbo berjaya membunuh Perdana Menteri,Abubakar Tafawa Balewa. Namun begitu, pihak tentera kurang berjaya dalam membina sebuah kerajaan pusat yang kukuh. Presiden pada masa itu,Nwafor Orizu menyerahkan jawatannya kepada pihak tentera. Selepas itu, pada tahun yang sama, sebuah rampasan balas balik dilaksanakan oleh golongan tentera dari kawasan utara, menyebabkanYakubu Gowon dijadikan sebagai ketua negara.
Pada Mei 1967, masyarakat di kawasan selatan Nigeria mengisytiharkan kemerdekaannya sendiri sebagaiRepublik Biafra di bawah kuasaEmeka Ojukwu.[15] Pada 6 Julai 1967, kerajaan Nigeria melancarkan serangan terhadap Biafra lalu memulakanPerang Saudara Nigeria yang berlarutan hingga Januari 1970.[16]
Pada 1979, kerajaan Nigeria cuba untuk berpatah balik kepada demokrasi apabilaOlusegun Obasanjo menyerahkan jawatannya sebagai Presiden kepadaShehu Shagari, tetapi kerajaannya dipandang sebagai kerajaan berkorupsi. Pada 31 Disember 1983, sebuah kudeta tentera dilaksanakan olehMuhammadu Buhari, tetapi digulingkan oleh sebuah lagi kudeta pada 1985, menjadikanIbrahim Babangida sebagai Presiden baharu.[17]
Babaginda menjanjikan peralihan kepada kerajaan demokrasi pada 1990, tetapi ditunda hingga 1992. Pilihan raya yang bebas dijalankan pada 12 Jun 1993, danMoshood Kashimawo Olawale Abiola memenangi pilihan raya presiden. Babaginda sebaliknya membatalkan keputusan pilihan raya itu lalu membawa kepada rusuhan rakyat besar-besaran. Akhirnya, Babaginda meletak jawatan dan melantikErnest Shonekan sebagai Presiden. Kerajaan Babaginda disifatkan sebagai kerajaan yang korup dan dikatakan melahirkan suatu budaya korupsi di Nigeria.
Ernest Shonekan hanya menjadi Presiden selama kira-kira tiga bulan sebelum digulingkan oleh JeneralSani Abacha pada November 1993. Abacha memerintah hingga 1998 sebelum meninggal dunia, dan digantikan denganAbdulsalami Abubakar. Beliau menggubal sebuah perlembagaan baharu pada 5 Mei 1999 yang membenarkan pilihan raya pelbagai parti. Beliau menyerahkan jawatannya kepada Obasanjo, kini bersara daripada tentera pada 29 Mei 1999. Sejak zaman ini, pemerinatah Nigeria berubah daripada pemerintahan kuasa tentera ke arah demokrasi.
Obasanjo mengekalkan jawatannya sebagai Presiden melalui kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada 1999 dan 2003, tetapi pilihan-pilihan raya tersebut disifatkan sebagai tidak adil. Pilihan raya presiden pada 2007 menyaksikanUmaru Yar'Adua daripadaParti Demokratik Rakyat dipilih sebagai Presiden, tetapi ditentang oleh pihak pemerhati antarabangsa kerana mereka menyifatkan pilihan raya sebagai tidak adil.[18] Beliau memerintah Nigeria hingga meninggal dunia pada 5 Mei 2010, dan jawatan Presiden diserahkan kepada Dr.Goodluck Jonathan pada hari keesokannya.[19] Pada April 2011, beliau memenangi pilihan raya presiden dengan mengalahkanMuhammadu Buhari. Pilihan raya ini disifatkan sebagai pilihan raya yang adil tanpa masalah keganasan yang ketara.[20] Pada Mac 2015, Buhari pula mengalahkan Jonathan dengan majoriti kira-kira dua juta undian.[21]
Nigeria terletak diAfrika Barat, dan bersempadan denganTeluk Guinea. Negara ini memiliki keluasan sebesar 923,768 km2,[22] menjadikan negara ini sebagai negara ke-32 terbesar dunia.Chappal Waddi ialah titik tertinggi Nigeria dengan ketinggian 2,419 m. Sungai-sungai utama Nigeria termasuklahSungai Niger danSungai Benue yang bercantum diDelta Niger, salah satu delta sungai terbesar dunia.
Kawasan hujung selatan Nigeria memilikiiklim hutan hujan tropika dengan taburan hujan sebanyak 1,500 ke 2,000 mm setahun.[23] Kawasan tengah Nigeria ialah kawasansavana, dan kawasan utara ialah kawasan kontang, tempat permulaanGurun Sahara.Tasik Chad terletak di timur laut negara, dan dikongsi dengan negara-negara jiran,Chad,Niger danCameroon.
Isu-isu alam sekitar utama Nigeria termasuk masalahtumpahan minyak di pesisir Nigeria, masalah pencemaran sisa dan keracunan akibat logam berat. Kadarpenyahhutanan Nigeria adalah yang tertinggi di dunia menurutPertubuhan Makanan dan Pertanian pada 2005.[24] Antara 1990 dan 2005, Nigeria kehilangan 35.7% jumlah keluasan hutan, yakni kira-kira 6,145,000 hektar.[25]
Menurutperlembagaan negara, Nigeria dikelaskan sebagainegara sekular demokratik.[26] Sistem pemerintahan Nigeria adalah berdasarkan sistem persekutuan republik Amerika Syarikat dengan kuasa eksekutif dipegang olehPresiden.[27] Presiden Nigeria memegang jawatan hingga maksimum dua penggal empat tahun.[28]
Perhimpunan Kebangsaan ialah badan perundangan Nigeria yang terbahagi kepada dua buah dewan, iaituSenat danDewan Perwakilan. Senat Nigeria terdiri daripada 109 buah kerusi, dan ahli-ahli Senat dipilih berdasarkan undian popular dengan tempoh jawatan selama empat tahun. Dewan Perwakilan terdiri daripada 360 buah kerusi, dan ahli-ahli dewan juga memiliki tempoh jawatan empat tahun.[29]
Nigeria terbahagi kepada 36 buahnegeri serta sebuah Wilayah Ibu Kota Persekutuan yang menempatkan ibu negara,Abuja dan seterusnya terbahagi kepada 774 buah Kawasan Kerajaan Tempatan. Lagos ialah bandar terbesar di Nigeria dengan jumlah penduduk melebihi 12 juta orang.[31] Senarai negeri di Nigeria adalah seperti di bawah:
Angkatan Tentera Nigeria memiliki cabang tentera darat, laut dan udara. Angkatan ini bertanggungjawab untuk memelihara keamanan Nigeria, serta membantu misi pengaman, terutamanya di Afrika Barat seperti diLiberia,Côte d'Ivoire danSierra Leone pada 90-an.[32]
Pada 2019, anggaran nilaikeluaran dalam negara dasar (KDNK) nominal Nigeria ialah AS$446.543 bilion (ke-27 terbesar dunia) manakala anggaran nilai KDNK berdasarkanpariti kuasa beli negara pula ialah AS$1.217 trillion (ke-22 terbesar dunia).[33] Nigeria dianggap sebagai negara kelas pertengahan bawahan olehBank Dunia.[34] Masalah ekonomi utama Nigeria termasuk kerasuahan dan inflasi tinggi.
Majoriti penduduk pula menceburi pertanian. Bidang pertanian pada masa dahulu ialah bidang utama Nigeria, dan kira-kira 30% jumlah buruh negara terlibat dalam bidang pertanian.[35] Hasil-hasil pertanian utama termasukkacang,jagung,kelapa sawit,minyak soya danberas.[36] Masalah peningkatan jumlah penduduk negara yang mendadak menyebabkan Nigeria terpaksa mengimport hasil pertanian dari luar negara.[36]
Nigeria terlibat secara aktif dalam pengeluaran minyak. Nigeria memiliki 159 buahmedan minyak serta 1,481 buah telaga minyak dalam operasi.[37] Kerajaan mendapat 70% pendapatan daripada penjualan minyak. Bidang pelancongan di Nigeria banyak berdasarkan kegiatan acara disebabkan oleh kepelbagaian etnik di negara, danekopelancongan.[38] Nigeria juga menjadi tumpuan identiti masyarakatkulit hitam dan Afrika.[39]
Nigeria dianggarkan memiliki 195,874,685 orang penduduk menurutPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018,[40][41] dan dikatakan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan memiliki salah satu daripadakadar-kadar kelahiran tertinggi dunia; kadar kelahiran ialah 35.2 per 1000 orang dan kadar kesuburan ialah 5.07 orang anak per wanita.[42] Jumlah penduduk sebegini menjadikan Nigeria sebagai negara dengan populasi ketujuh terbesar dunia.
Pada 1950, Nigeria dianggarkan hanya memiliki kira-kira 33 juta orang.[43] Populasi Nigeria meningkat sebanyak 57 juta orang dalam tempoh 1990 ke 2008, peningkatan 60% jumlah penduduk dalam masa kurang dari dua dekad.[44] Jumlah penduduk negara dijangkakan bertambah mencecah 505 juta ke 1.03 bilion orang pada 2100.[45]
Nigeria memiliki lebih daripada 250 buah suku etnik dengan tiga etnik terbesar ialah sukuHausa,Yoruba danIgbo, bersama-sama merangkumi 70% jumlah penduduk negara.[46]
Bahasa rasmi Nigeria ialahbahasa Inggeris, dan digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti bidang pendidikan. Masyarakat Nigeria, lazimnya di kawasan Delta Niger,[47] bertutur dalam sebuahbahasa pijin Inggeris,Bahasa Pijin Nigeria.
Bilangan penduduk beranutan di Nigeria (est. 2018)[48]
Pendidikan Nigeria diuruskan olehKementerian Pendidikan Nigeria. Selain itu, pengajian tinggi juga banyak dikawal oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan Nigeria memberikan pendidikan percuma yang disokong oleh kerajaan, tetapi tidak mewajibkan pendidikan dalam mana-mana tahap. Kadarcelik huruf di Nigeria ialah 68% dengan peratusan lelaki (75.7%) adalah lebih tinggi daripada peratusan perempuan (60.6%).[50]
Secara umumnya, sistem pendidikan Nigeria terdiri daripada enam tahun di sekolah rendah, enam tahun di sekolah menengah (tiga tahun di peringkat bawah dan atas masing-masing) dan beberapa tahun di peringkat tinggi.[50]
Sasterawan-sasterawan masyhur Nigeria termasukWole Soyinka, pemenangHadiah Nobel dalam Kesusasteraan pertama dari Afrika, danChinua Achebe, penulis novelThings Fall Apart (1958) yang disifatkan sebagai novel terlaris dalam sejarah Afrika, dan diterjemahkan kepada lebih 40 bahasa.[51]
^"Background Paper on Nigeria and Biafra, Declassified Documents reference System.
^"Nigeria stays calms as leader toppled in bloodless coup",The Globe and Mail, 28 Ogos 1985. Dicapai pada22 Februari 2007.
^"Final Report"(PDF). EU Election Observation Mission Nigeria 2007. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 16 Februari 2008. Dicapai pada24 Januari 2008.
^"Labour Force Statistics, 2010" (dalam bahasa Inggeris). Nigerian Bureau of Statistics. 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 April 2015. Dicapai pada22 Jun 2015.
^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.