Nicholas William Peter Nick Clegg atauNick Clegg[1]dilahirkan pada7 Januari1967. Beliau merupakan ahli politik British. Beliau juga merupakan mantanTimbalan Perdana Menteri dalam kerajaan campuranKonservatif-Demokrat Liberal dari tahun 2010 sehingga 2015.
Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di kawasan Sheffield Hallam. Beliau juga mantan Ahli Parlimen Eropah dari tahun 1999 hingga 2004. Kali pertama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen ialah pada tahun 2005 atas tiket Parti Liberal-Demokrat. Pada tahun 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin parti tersebut. Pada pilihan raya umum 2010, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinanDavid Cameron. Kerajaan campuran dibentuk selepas Parti Konservatif dan Parti Liberal-Demokrat memenangi banyak kerusi ketika itu. Pada pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya tersebut.
Clegg mendirikan rumahtangga denganMiriam González Durántez pada tahun 2000 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki. Isterinya, Durantez seorang penganut kristian katolik dari Sepanyol. Ketiga-tiga orang anaknya dibesarkan dalam anutan kristian katolik. Manakala Clegg adalah seorangatheis.
Keluarga Clegg mempunyai campuran pelbagai bangsa dan etnik. Nenek disebelah bapanya berasal dari Russia. Ibunya seorang warga Belanda telah dipenjarakan oleh tentera Jepun pada era perang dunia kedua. Clegg mampu menguasai pelbagai bahasa antaranya bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Beliau juga menegaskan kerana pengaruh dari kalangan ahli keluarganya menyebabkan beliau lebih menumpukan kepada aliran liberal.[2]
Clegg dilahirkan di Buckinghamshire, England. Beliau mendapat pendidikan rendah di Caldicott dan menyambung ke peringkat menengah di Westminster. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai jurulatih ski di Austria sebelum menyambung semula pelajarannya di Kolej Universiti Robinson, Cambridge, England. Beliau memperoleh Ijazah sarjana muda dalam bidang Anthropology. Selepas tamat dalam pendidikan sarjana muda, beliau dianugerahkan biasisiwa untuk menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Selepas berjaya dalam bidang pendidikan, beliau diterima bekerja dengan Christopher Hitchens di kota New York, Amerika Syarikat kemudian beliau berhijrah keBrussels untuk berkhidmat di Kesatuan Eropah sebagai pelatih urusetia. Beliau kemudian meneruskan pelajaran Sarjana keduanya di Kolej Eropah, Bruges dimana disitu beliau berkenalan dengan Durantez.Dari tahun 1994 hingga 1998, beliau berkhidmat di pejabat Pesuruhjaya Eropah untuk meneruskan rundingan diplomatik dengan kerajaan Russia dan China.
Clegg memenangi pilihan raya umum 2005 dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Sheffield Hallam pada Mei 2005. Dalam kempen pilihan raya tersebut, beliau membawa manifesto untuk menggubal dasar sistem pemenjaraan bagi warga imigran asing agar pihak kerajaan tidak memberi kebebasan yang meluas kepada mereka yang bekerja disini walaupun digelar sebagai pengganas. Beliau juga menggelarkan perang di Iraq adalah satu jenayah perang dan salah di sisi undang-undang sivil. Pada bulan Disember 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Liberal-Demokrat di United Kingdom.
Pada pilihan raya umum 2010, parti beliau telah membawa manifesto mengenai potongan cukai sebanyak 800 Pound Sterling, menyediakan bajet 2.5 bilion Pound Sterling bagi dana pendidikan, meluluskan umdang-undang perkahwinan bagi pasangan gay, memperkenalkan cuti baharu bagi pasangan ibu bapa dalam menguruskan anak yang masih kecil dan lain-lain.
Beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom pada 11 Mei 2010 hingga 8 Mei 2015. Ekoran kekalahan teruk parti pimpinan beliau dalam pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan dan jawatan tersebut dikosongkan oleh Perdana Menteri David Cameron yang kemudiannya diikuti olehTheresa May sehingga kini.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.