Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

New Straits Times

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "New Straits Times" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
"NST" dilencongkan di sini. Untuk syarikat induk, lihatNew Straits Times Press.
New Straits Times
JenisAkhbar harian
FormatTabloid
Diasaskan15 Julai 1996; 29 tahun yang lalu (1996-07-15)
Pemihakan politikPertengahan kanan,
penyokong kerajaan
Ibu pejabatBalai Berita,Bangsar,Kuala Lumpur,Malaysia
Edaran200,000
PemilikMedia Prima Berhad
PenerbitNew Straits Times Press
PengarangHishamuddin Aun
Laman sesawangnst.com.my

New Straits Times (NST) ialahakhbarbahasa Inggeris yang tertua diMalaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan namaThe Straits Times dan formatlebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbarBritish,The Times danThe Independent, satu percubaan versitabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini,New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya.New Straits Times kini dijual pada hargaRinggit Malaysia 1.50

New Straits Times dicetak olehNew Straits Times Press yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris,Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbarbahasa Melayu, terutamanyaBerita Harian.New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikatMedia Prima.

Ketika diasaskan sebagaiStraits Times diSingapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasanBritishMalaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertaiPersekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaituNew Straits Times, telah diasaskan, sedangkanThe Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaanpolitik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain.Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya,New Straits Times tidak dijual di Singapura.

New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaranThe Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza denganThe Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.

Pada Julai 2020, ia telah dilaporkan bahawaNew Straits Times bersama beberapa akhbar tempatan lain iaituBerita Harian,Harian Metro,Utusan Malaysia danThe Malaysian Reserve bakal memindahkan operasinya dari Kuala Lumpur keShah Alam,Selangor menjelang penghujung 2020 hingga pertengahan 2021. Pemindahan itu sebagai sebuah pelan pemulihanMedia Prima Berhad yang berdepan dengan kemelut kewangan.[1]

Penguasaan politik

[sunting |sunting sumber]

New Straits Times telah dituduh sebagai satu alatpropaganda untuk kerajaan dan pemilik proksinya,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Seorang pengkritik mendakwa bahawa akhbar ini "kini hanya merupakan sebuah Surat Berita UMNO".[2] Walaupun tersenarai dalamBursa Saham Kuala Lumpur,UMNO yang merupakan parti politik pemerintah memegang undi keemasan dan memutuskan semua dasar untuk akhbar ini. Akhbar ini juga mempunyai tradisi untuk melantik penyunting-penyunting yang menyokong kerajaan semasa. Ketua PenyuntingAbdullah Ahmad telah dipecat tidak lama sebelumpersaraannya oleh bekas Perdana MenteriMahathir Mohamad. Alasan rasmi yang diberi adalah bahawa Abdullah telah menulis sebuah rencana yang menyinggung pihak berkuasaArab Saudi, tetapi sesetengah orang mendakwa bahawa beliau telah berat sebelah menentang Mahathir, walaupun beberapa bulan sebelum peletakan jawatan Mahathir, beliau telah mencuba mengubahkan kesetiaannya dengan tiba-tiba untuk menyesuaikan dengan iklimpolitik yang baru.

Rehman Rashid, seorang ahli intelek yang terkenal kerana kebolehan berjenaka pintarnya yang pedas, telah dikembalikan jawatannya sebagai Penyunting Bersekutu, selepas dipecat pada Mei2003, akibat keengganannya untuk bertindak sebagaipenulis siluman untuk Abdullah Ahmad. Bekas Ketua Penyunting Kumpulan, Datuk Kalimullah Hassan, menegaskan bahawa pelantikan dirinya kepada jawatan tersebut akan merupakan pelantikan terakhir yang dibuat secara langsung oleh ahli-ahli politik. Walaupun Kalimullah memberi tanggapan umum sebagai seorang yang memihak kerajaan, beliau adalah seorang penyunting yang popular disebabkan beliau mengamalkanpendekatan guna tangan terhadap tugasnya, dan pernah juga menulis sesetengah rencana halaman depan. Bagaimanapun, Kalimullah telah dituduh kerana terlalu mengampu tuan-tuan politiknya dan tidak bertoleransi terhadap mereka yang tidak bersependapat dengannya. Pada akhir2005, beliau melantik pewarisnya, Datuk Hishamuddin Aun. Kini, Kalimullah masih menyertai operasiNew Straits Times sebagai penasihatnya.

Penyunting kumpulan yang terkini ialahSyed Nazri Syed Harun yang menggantikanBrendan Pereira yang meletak jawatan pada Oktober 2006.

Ruangan seksyen

[sunting |sunting sumber]

Ruangan seksyen di New Straits Times terdiri dari:

  • Business Times: Selama beberapa tahun,New Straits Times telah mengandungiBusiness Times yang mengembangkan bahagianperniagaan supaya dapat menarik hati para peniaga danusahawan.
  • Property Times: Diterbitkan buat pertama kali pada Mei1995,Property Times ialah sebuah naskhah tambahan yang boleh dikeluarkan yang diterbitkan pada setiap hari Sabtu dalamNew Straits Times. Bahagian ini menumpukan perhatian kepadapasaranharta tanah dan petua-petua untukmenghiasi rumah.
  • Tech n U: Diterbitkan setiap Isnin dan Khamis, sisipan ini menumpukan bidang teknologi maklumat dan komputer.
  • Travel:Diterbitkan setiap Selasa,Travel menampilkan panduan untuk bercuti, berita pelancongan dan journal perjalanan.
  • Premier League Plus: Menampilkan aksi sukan bola sepak antarabangsa.

Sementara seksyen mingguan pula mengandungi:

  • Sunday People,Focus,Learning Curve, danCars,Bikes & Trucks .

Nota dan rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mohamad Athir Ismail (14 Julai 2020)."Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini".Suara Merdeka.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada15 Julai 2020.
  2. ^Merican, Din & Musa, M. Bakri (2006)."Yang Berani dan Yang Dapat Diramalkan – Bertukar-tukar Pandangan dengan Din Merican". Dicapai pada 13 Mac 2006.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Akhbar
Akhbar cetak
Bahasa Melayu
Semenanjung Malaysia
Kerajaan negeri
Parti politik
Bahasa Inggeris
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Cina
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Tamil
Akhbar dalam talian / Laman web berita
Rangkaian televisyen
Rangkaian radio
Radio
Lain-lain
  • Audio+ (Aplikasi radio dan siniar)
Penerbitan akhbar
Akhbar
Percetakan
  • Prints Tower
Pendidikan
  • Full A Mark (portal pembelajaran)
  • MindCampus (laman rujukan pendidikan)
Penerbitan dan pengedaran
Pengiklanan luar
  • Big Tree Outdoor
Subsidiari
  • Kurnia
  • Gotcha
  • UPD
  • The Right Channel
  • Big Tree Seni Jaya
Digital
Portal
  • Thelaki (Melayu)
  • Lunaria (Melayu)
  • Dhia (Melayu)
  • Donna (Melayu)
  • Likely (Inggeris)
  • Chapters (Cina)
  • Wakeke (Cina)
Penstriman
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=New_Straits_Times&oldid=6625649"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp