Neutrino adalah suatuzarah keunsuran. Neutrino mempunyaispin 1/2 maka merupakanfermion. Jisimnya sangat kecil, walaupun eksperimen yang terbaru menunjukkan bahawa jisimnya ternyata bukan sifar. Neutrino hanya bertindakbalas padadaya lemah dangraviti, tak satu pun boleh tindak balas dengankuat atau dayaelektromagnetik.
Disebabkan dalam proses interaksi lemah, neutrino dapat bergerak antara bahan hampir tanpa halangan. Untuk neutrino-neutrino tipikal yang dihasilkan di dalamMatahari (dengan tenaga beberapaMeV) diperlukan kira-kira satutahun cahaya (~1016m) untuk memblok setengah dari jumlahnya.
Neutrino kali pertama dipostulatkan pada bulan Disember1930 olehWolfgang Pauli untuk menjelaskan spektrum tenaga daripereputan beta, iaitu pereputan neutron menjadiproton danelektron. Pauli membina teori bahawa sebuah zarah yang tidak dapat dikesan menjadi penyebab perbezaan antaratenaga danmomentum sudut dari zarah-zarah di awal dan di akhir pereputan. Disebabkan sifat "halimunannya", uji kaji pengesanan pertama neutrino harus menunggu hingga 25 tahun sejak pertama kali dibincangkan. Pada1956,Clyde Cowan,Frederick Reines, F. B. Harrison, H. W. Kruse, dan A. D. McGuire menerbitkan rencana "Detection of the Free Neutrino: a Confirmation" dalam jurnalScience, sebuah hasil yang dianugerahiHadiah Nobel 1995.