| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | |
| ISIN | US64120L1044 |
| Industri | Peranti penyimpanan data |
| Ditubuhkan | 1992; 34 tahun yang lalu (1992) |
| Pengasas | David Hitz James Lau Michael Malcolm |
| Ibu pejabat | Sunnyvale,California, United States |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Tokoh penting | George Kurian (CEO) Mike Nevens (Pengerusi Lembaga) |
| Keluaran | Perkakasan dan perisian penyimpanan data |
| Hasil | ▼$5.54 bilion (2016)[1] |
| Pendapatan kendalian | ▼ $348 juta (2016)[1] |
| Pendapatan bersih | ▼ $229 juta (2016)[1] |
| Jumlah aset | ▲ $10.03 bilion (2016)[1] |
| Jumlah ekuiti | ▼ $2.88 bilion (2016)[1] |
| Bilangan kakitangan | 10,100[2] (2017) |
| Tapak web | www |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
NetApp, Inc. ialah syarikat perkhidmatan data awan hibrid dan pengurusan data Amerika yang beribu pejabat diSunnyvale, California. Ia telah menduduki ranking dalamFortune 500 sejak 2012.[3] Ditubuhkan pada tahun 1992[4] dengan IPO pada 1995,[5] NetApp menawarkan perkhidmatan data awan hibrid untuk pengurusan aplikasi dan data di seluruh awan dan persekitaran di premis.
NetApp ditubuhkan pada tahun1992 oleh David Hitz, James Lau[6] dan Michael Malcolm, yang dikenali sebagaiNetwork Appliance, Inc.. Pada ketika itu, pesaing utama mereka ialah Auspex Systems, yang memasarkan produk berasaskan tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS) pertama[7]. Pada tahun1994, NetApp menerima sejumlah danamodal teroka dari syarikat Sequoia Capital[8]. Pada21 November1995, NetApp tersenarai sebagaisyarikat awam melalui penawaran saham terbitan awam (IPO) yang diterbitkan diNasdaq pada kadar $13.50 sesaham[9].
Pendapatan tahunan NetApp melonjak sehingga $1 bilion sewaktu tempoh pertengahan 1990-an sehingga 2001, yang dikenali sebagai tempohGelembung dot-com[10]. Selepas tempoh gelembung tersebut pecah, pendapatan NetApp menurun secara mendadak kepada $800 juta selepas tahun fiskal 2002[10]. Namun begitu, pendapatan syarikat ini mula meningkat sejak dari itu. Pada tahun2003, syarikat Auspex Systems dibubarkan dan NetApp mengambilalih kesemuapaten milik syarikat terbabit[7].
Dalam usaha membangunkan teknologi reka bentuk gridstoran yang menggabungkan pelbagai jenis pelayan storan dalam satu sistem, NetApp mengumumkan pengambilalihan syarikat Spinnaker Networks pada bulan Jun 2003[11]. Syarikat Spinnaker, yang mula ditubuhkan pada tahun1999, memiliki beberapa teknologi penting yang diperlukan NetApp dalam membangunkan kerangka grid storan, menggabungkan sehingga 512 pelayan storan pelbagai jenis dalam satu sistem[12]. Pada ketika itu, sistem operasi ONTAP yang dibangunkan NetApp hanya membolehkan dua pelayan storan NAS digabungkan bersama[13].
Pada tahun2006, NetApp menjual barisan produk NetCache kepada syarikat Blue Coat Systems yang membeli dengan harga sebanyak $23.9 juta serta $6 juta dalam bentuk saham[14]. Menurut NetApp, penjualan barisan produk ini merupakan langkah strategik pelan pertumbuhan syarikat dalam jangka masa panjang[14]. Walaupun begitu, NetApp masih lagi menggunakan teknologi NetCache pada barisan produk pelayan storan model FAS[15]. NetCache merupakan sistem cache untuk pengehosan laman web yang banyak digunakan pada lewat 1990-an sehingga awal 2000-an bertujuan untuk menjimatkan kosbandwidth dan meningkatkan kadar muat turun kandungan web[16].
Pada bulan Mac2008, syarikat Network Appliance, Inc. secara rasminya bertukar nama kepadaNetApp, Inc, serta menggunakanlogo baharu[17]. Mereka juga memperkenalkan slogan baharu "Go further, faster"[18]. Menurut David Hitz, penjenamaan semula NetApp adalah bertujuan untuk menembusi seberapa banyak pasaran di seluruh dunia. Selain itu, beliau mendedahkan ramai pengguna NetApp memanggil nama syarikat ini dengan nama yang berbeza-beza seperti Network Appliance, NetApp, NetApps, Network Applications dan Network Associates[19].
Pada1 Jun2015, NetApp mengumumkan George Kurian sebagaiKetua Pegawai Eksekutif baharu bagi menggantikan Tom Georgens yang mengosongkan jawatan itu[20]. Prestasikewangan yang tidak mengukuh serta proses pemberhentian pekerja secara besar-besaran untuk tiga tahun berturut-turut dikatakan antara menjadi punca kepada penamatan jawatan yang disandangnya[21]. Sebelum Tom melepaskan jawatan, beliau pernah menghantaremel yang berbentuk amaran kepada para pekerja mengenai proses pemberhentian secara paksa yang akan dilakukan bagi mencapai sasaran kewangan syarikat[22]. Dianggarkan seramai 500 pekerja berpotensi terkesan dengan proses penamatan itu atau 4% daripada jumlah keseluruhan pekerja NetApp di seluruh dunia[23].
Pada bulan Mei 2018, NetApp mengumumkan barisan produk berasaskan tatasusunan storan NVMe pertama mereka yang dikenali sebagaiAll Flash FAS A800 semasa pengumuman pengeluaran sistem perisian ONTAP 9.4[24]. NetApp mengatakan bahawa produk ini mampu mencapai lebih dari 1.3 juta IOPS pada kadar 500 mikrosaat untuk setiap pasanganhigh-availability[24][25]. Selain itu, model A800 juga diintegrasikan bersama pelayan yang dikuasakan oleh mikropemprosesNVIDIA DGX-1 dan cip mikropemproses grafik melalui infrastruktur hiper-sepadu (hyperconverged)[26].
George Kurian ialah Ketua Pegawai Eksekutif NetApp dan salah seorang ahliLembaga Pengarah syarikat. Beliau memulakan kariernya di NetApp pada tahun2011 sebagai Naib Presiden SeniorStorage Solution Group dan kemudian dilantik sebagai Naib Presiden SeniorData ONTAP Group pada bulan Disember 2011[27].
César Cernuda ialah Presiden NetApp, di mana beliau bertanggungjawab memacu syarikat di peringkat global dalam bidang pemasaran, perkhidmatan, sokongan dan kejayaan pengguna[28]. Beliau menyandang jawatan ini sejak kali pertama menyertai NetApp pada bulan Julai 2020[28]. Sebelum menyertai NetApp, César memiliki sejarah karier yang panjang diMicrosoft di mana jawatan terakhir yang disandangnya ialah Presiden MicrosoftAmerika Latin[29].
| Tahun | Syarikat | Nilai keseluruhan | Manfaat yang diperoleh |
|---|---|---|---|
| 1997 | Internet Middleware Corp. (IMC) | $10.5 juta[30] | Aplikasi proksi web cache dibangunkan IMC diintegrasikan kepada barisan produk NetCache[30] |
| 2000 | Orca Systems, Inc. | $71 juta | Pembangun RDMA (Remote Direct Memory Access), membawa kepada pembangunanDirect Access File System |
| 2004 | Spinnaker Networks | $300 juta | Versi pertama Data ONTAP GX dilepaskan pada tahun 2006 yang kemudian dikenali sebagaiClustered Data ONTAP |
| 2005 | Alacritus | $11 juta[31] | Teknologi pemayaan pita Alacritus diintegrasikan kepada barisan produk NetApp NearStoreVirtual Tape Library (VTL)[31] |
| 2005 | Decru | $272 juta[32] | Akses kepada teknologi sistem keselamatan storan dan pengurusan kekunci, serta barisan produk DataFort[32]. |
| 2006 | Topio Inc. | $160 juta[33] | Teknologi replikasi, pemulihan dan perlindungan data dari pelbagai jenis infrastruktur pelayan dan storan kemudian dikenali sebagai ReplicatorX (Open System SnapVault)[33] |

Pada1 Mac2021, NetApp mengumumkan perjanjian kerjasama bersama pasukanAston Martin[34] yang kembali menyertai sukanFormula Satu, selepas kali terakhir mereka sertainya lebih 60 tahun yang lalu[34]. Bentuk kerjasama yang dimeterai ini melibatkan penggunaan infrastruktur hibrid NetApp dalam memperlihatkan data secara masa nyata yang diperoleh pada sebelum, semasa dan selepas setiap perlumbaan dan menyesuaikan keadaan jika diperlukan[35]. Selain itu, pasukan Aston Martin berupaya mengekstrak lebih banyak data daripada jentera Formula Satu mereka dalam mengenalpasti prestasi dan strategi yang diperlukan[35].
Jalinan kerjasama ini telah membawa kepada pembukaan rasmi bangunan Kampus Teknologi Perlumbaan Aston Martin (AMRTC) diSilverstone,England[36] dan solusipusat data FlexPod yang direka oleh NetApp danCisco digunakan khusus untuk pasukan[37]. Antara teknologi yang digunakan NetApp dalam memproses data yang diperolehi ialah sokongan terhadap penggunaan antaramukaNVMe secara menyeluruh dalam persekitaranpangkalan data Oracle[38]. Pada bulan Februari 2024, NetApp mengumumkan sambungan terhadap tempoh kerjasama mereka bersama pasukan Formula Satu Aston Martin[37]