Negeri Sembilan (sebutan dalamloghat tempatan:Nogori Sombilan,Nismilan;Jawi: نڬري سمبيلن) juga dikenali sebagaiNegeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuahnegeri diMalaysia yang terletak di pantai baratSemenanjung Malaysia dan bersempadankanSelangor di sebelah utara,Pahang di sebelah timur,Johor di sebelah tenggara danMelaka di sebelah selatan.[2]
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeriberiklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergununganBanjaran Titiwangsa, denganGunung Besar Hantu sebagai titik tertinggi. Jajaran utama banjaran itu juga berakhir di negeri ini, lebih tepatnya diGunung Tampin yang terletak di bahagian selatan negeri.
Nama Negeri Sembilan dipercayai muncul setelah masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang bermukim di sembilanluak atau nagari membentuk sebuahkonfederasi. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorangraja yang pada awalnya mereka minta dari keturunan Yang DipertuanPagarruyung.[3]
Berbeza dengan sistem beraja di negeri-negeri Melayu yang lain, Negeri Sembilan mengamalkansistem beraja elektif dan prinsipkoregensi (pemerintahan bersama). Pemerintahnya dikenali sebagaiYang di-Pertuan Besar atau juga dikenali sebagai Yamtuan Besar dan memerintah bersama Dato'-Dato' Undang serta Tunku Besar Tampin iaitu pemerintah luak berdasarkanUndang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih dan dilantik melalui persepakatanDato'- Dato' Undang yang mentadbir empat luak terbesar iaituSungai Ujong,Jelebu,Johol, danRembau, daripada kerabat-kerabat lelaki yang sah daripada Wangsa Pagaruyung, dengan putera-putera Yamtuan terdahulu yang masih hidup didahulukan dalam pertimbangan tetapi tidak wajib untuk diundi, menjadikannya salah satu daripada sistem beraja yang lebihdemokratik. Negeri Sembilan juga mengamalkan sistemraja berperlembagaan sepertimana negeri-negeri Melayu beraja lain.
Nama Negeri Sembilan dipercayai diperoleh daripada sembilan kawasan petempatan atau "nagari" yang didiami oleh perantauMinangkabau (kini dikenali sebagai luak). Sembilan luak[4] tersebut ialah Segamat (sebahagian kawasan kini di daerah-daerahTampin danJempol, Negeri Sembilan dan daerah-daerahSegamat danTangkak diJohor),Naning (kini menjadi sebahagian dari daerah-daerahAlor Gajah danJasin,Melaka),Rembau,Sungai Ujong (kini merangkumi daerah-daerahSeremban danPort Dickson, Negeri Sembilan; sebahagian kecil kini merangkumiHulu Langat,Selangor),Johol (terdiri daripada daerah-daerahTampin,Kuala Pilah danJempol, Negeri Sembilan),Jelebu, Ulu Pahang (sebahagian kawasan daerah-daerahJelebu danJempol, Negeri Sembilan dan daerahBera,Pahang), Jelai (kini merangkumi hampir keseluruhan daerahKuala Pilah dan daerahJempol, Negeri Sembilan) dan Kelang (kini merangkumi daerahPort Dickson, Negeri Sembilan dan daerah-daerahSepang danKuala Langat,Selangor). Saiz Negeri Sembilan kini lebih kecil berbanding saiz asal Negeri Sembilan.
Sembilan[pautan mati kekal] luak yang membentuk konfederasi Negeri Sembilan yang asal semasa pemerintahan Almarhum Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Raja Melewar) pada 1773.
Sebelum kedatangan orang Minangkabau, daerah-daerah Negeri Sembilan telah mempunyai penduduk asli dari kumpulanMelayu-Proto, yang terdiri daripada orangSemelai,Semai,Jakun danSemang. Menurut cerita tempatan, penduduk awal Negeri Sembilan ialah orang asli atau juga disebut ‘orang darat’. Kegiatan seharian mereka ialah berburu, memungut hasil hutan dan bercucuk tanam khususnya padi bukit. Mereka tinggal secara berkelompok kecil dan diketuai oleh seorang ketua bergelar ‘Batin’. Mereka mengamalkan kepercayaananimisme.
MenurutR.J. Wilkinson, tempoh antara tahun 1450 hingga 1600 Masihi dikenali sebagai Zaman Sakai. Ketika itu terdapat empat negeri Sakai iaitu Klang, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol yang berada di bawah naunganKesultanan Melayu Melaka dan kemudiannyaKesultanan Johor-Riau. Menurut Sejarah Melayu, daerah Kelang mempunyai seorang penghulu bernama Tun Perak. Manakala Sungai Ujong diketuai oleh Tun Tukal[6].
Sekitar abad ke-16 Masihi, orang Minangkabau dari Sumatera datang dan mendiami di kawasan pesisir pantai di selatan Negeri Sembilan (Sungai Linggi). Orang Minangkabau membawa dan memperkenalkan amalan dan adat mereka iaitu adat Perpatih. Sejak itu mereka memperkenalkan sistem sosial, politik, ekonomi dan agama kepada masyarakat orang asal. Mereka membawa sistem adat yang berteraskan kepada jurai sebelah ibu, atau ‘matrilineal’. Dalam tempoh di antara abad ke-17, 18 dan 19 Masihi, orang Minangkabau bergerak atau merantau lebih dalam lagi ke kawasan pedalaman Negeri Sembilan[6].
Kedatangan perantau Minangkabau telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara masyarakat Minangkabau dengan orang asli[6]. Daripada percampuran ini telah mewujudkan suku Biduanda. Pembesar tempatan yang menjadi Undang dan Penghulu—ketua bagi luak-luak yang lebih kecil—akan dipilih daripada suku Biduanda. Masyarakat Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau sepertiTanah Datar danPayakumbuh.
Zaman pembentukan Negeri Sembilan dipercayai berlaku di antara tahun 1640 hingga 1760. Tempoh tersebut ialah ruang untukorang Minangkabau menyatukan sembilan negeri yang mereka kuasai. Bermula tahun 1639,kerajaan Johor menjalinkan kerjasama erat denganBelanda. Ketika itu Johor diperintah olehSultan Abdul Jalil Shah III. Kerjasama Johor-Belanda adalah bertujuan untuk menjatuhkan kekuasaanPortugis di Melaka. Kerajaan Johor mula menjalinkan hubungan baik dengan orang Minangkabau di pedalaman Melaka dan mula memasukkan Negeri Sembilan di bawah naungan mereka.
Pada tahun 1705, pembesar Minangkabau di Naning iaituPenghulu Naning menerima pengiktirafan dan gelaran dari Sultan Johor yang turut dipersetujui oleh pihak Belanda. Pada tahun yang sama, Rembau juga mendapat pengiktirafan melalui pengurniaan cap mohor dan gelaran ‘Bendahara Seri Maharaja’. Beberapa tahun selepas itu,Dato’ Bandar Sungai Ujong juga menerima pengiktirafan yang sama dari Johor. Pada tahun 1760, Penghulu Jelebu, Dato’ Moyang Salleh menerima cap mohor dan gelaran Sultan Jelebu daripada Sultan Riau, Sultan Abdul Jalil Muadzam Syah. Begitu juga Inas yang turut menerima pengiktirafan yang sama. Orang Minangkabau juga dipercayai terus mengukuhkan kedudukan mereka di Inas, Johol, Gemencheh, Terachi, Gunung Pasir, Jempol dan Ulu Muar. Kekacauan politik yang dihadapi oleh kerajaan Johor di antara tahun 1700 hingga 1760 Masihi telah menyebabkan Johor menganugerahkan cap mohor dan gelaran bagi mendapatkan sokongan daripada orang Minangkabau. Bagaimanapun, kelemahan kerajaan Johor telah menyebabkan berlakunya peningkatan populasi penghijrah Minangkabau di Negeri Sembilan[6].
Ekoran kemeruduman zamankesultanan Johor-Riau pada kurun ke-18, yang diserang Bugis, memaksa masyarakat Minangkabau mencari perlindungan daripadatanah air mereka. Pemerintah Minangkabau, Sultan Abdul Jalil Pagaruyung menghantar puteranya,Raja Mahmud untuk memimpin masyarakat. Apabila baginda tiba, baginda mendapati seorang lagi kerabat, Raja Khatib telah terlebih dahulu mengisytiharkan diri sebagai pemerintah. Raja Mahmud kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Raja Khatib dan kemudiannya menjadi pemerintah bagi Negeri Sembilan, memakai gelaran Raja Melewar. Sultan Johor mengesahkan kedudukan Raja Melewar sebagai pemerintah dengan memberikan gelaran Yamtuan Seri Menanti pada 1773.
Setelah kemangkatan Raja Melewar, berlakunya siri pertelingkahan dalam proses mendapatkan pengganti. Untuk tempoh yang lama, pembesar tempatan menjemput pemerintah Minangkabau di Sumatera sebagai Yamtuan Besar. Walau bagaimanapun, persaingan kepentingan dalam menyokong calon berbeza kadangkala menyebabkan ketidakstabilan dan perang dingin. Yamtuan Besar hanya berkuasa di kawasan Seri Menanti dan luak-luak yang di sekitarnya sahaja, manakala luak-luak yang besar dipimpin oleh Undang yang membentuk kerajaan sendiri.
Pada 1874, British mula mencampur tangan dalam pertikaian kepimpinan di Sungai Ujong bagi menjaga kepentingan ekonomi British, dan meletakkan kepimpinan di bawah kawalan Residen British. Selepas Sungai Ujong, ia diikuti olehJelebu pada 1883 dan Rembau pada 1887. Kehadiran British telah mewujudkan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan dan mencetuskan beberapa siri peperangan.
Pada 1875, British diiringi tentera upahan Arab danGurkha telah menyerang pasukan Melayu diParoi. 37 maut dan cedera di pihak British manakala lebih 35 maut di pihak pasukan Melayu. Kubu pasukan Melayu juga berjaya ditawan British.[7] Selepas pertempuran Paroi, British telah menunggu bantuan tentera Gurkha yang tiba pada 10 Disember 1875. Orang Melayu telah mengukuhkan kedudukan mereka diBukit Putus. Pertempuran mula tercetus di Bukit Putus setelah serangan British terhadap orang Melayu. Pasukan British dibantu Gurkha akhirnya menawan kubu orang Melayu. Penduduk di lembah Terachi juga telah melarikan diri, manakala kampung mereka dibakar. IstanaYamtuan Antah di Seri Menanti juga telah dimusnahkan.[8]
Pembentukan Negeri Sembilan moden bermula pada 1889, apabila kepimpinan Seri Menanti di bawahTuanku Muhammad ibni Tuanku Antah bergabung dengan kepimpinan dari Tampin dan Rembau bagi membentuk Konfederasi Seri Menanti sebagai sebuah entiti tunggal. Pemimpin dari Sungai Ujong dan Jelebu turut menyertai persekutuan ini pada 1895, akhirnya membentuk Negeri Sembilan dengan sempadan yang baharu sebagaimana sekarang.[9]Martin Lister dilantik menjadi Residen British pertama dan Negeri Sembilan menyertai pentadbiranNegeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun yang sama.
Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban,Port Dickson,Jelebu,Rembau,Tampin,Kuala Pilah, danJempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Negeri ini terdiri daripada lembah-lembah rata yang diapit kawasan pergunungan dan berbukit disebabkan oleh kerana lokasinya terletak di unjuran penghujung selatanBanjaran Titiwangsa, denganGunung Besar Hantu (1,462 m) sebagai puncak tertinggi. Dengan keseluruhan jajaran utama banjaran ini berakhir diTampin, ia bertindak sebagai sempadan semula jadi antara Negeri Sembilan barat (Port Dickson, Seremban dan Rembau) dan Negeri Sembilan timur (Kuala Pilah, Jempol, Tampin, dan Jelebu),[10]selain menjadilegeh bagi empat lembangan sungai, iaitu lembanganSungai Langat danSungai Linggi di sebelah barat; danSungai Muar danSungai Pahang di sebelah timur. Sungai Linggi dan Sungai Muar merupakan dua sungai utama yang menjadi sumber air utama penduduk Negeri Sembilan.[11] Berhampiran dengan Gunung Besar Hantu ialahGunung Nuang yang berketinggian 1,494 meter, menandakan titik paling utara negeri ini, berdekatan dengan titik pertemuan antaraSelangor danPahang.
Seperti negeri pantai barat yang lain, Negeri Sembilan juga mempunyai persisiran pantai sepanjang 65 kilometer yang menghadapSelat Melaka kilometer. Hanya satu daerah di negeri ini yang bertemu dengan laut iaitu Port Dickson. Terdapat 13 pulau kecil tidak berpenghuni yang berada di persisiran pantai negeri ini.
Negeri Sembilan mengalami iklim khatulistiwa, yang bercirikan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Ribut petir sering berlaku semasa tempoh peralihan monsun yang berlaku dua kali setahun.
Musim kemarau kebiasaannya bermula setelah peralihan monsun pertama dan berlangsung sehingga Ogos atau September. Hal ini didorong oleh kelembapan yang dibawa monsun Indo-Australia barat daya disekat olehBanjaran Barisan diSumatera. Negeri Sembilan juga merupakan antara negeri yang terjejas oleh kejadian lonjakan monsun yang membawa hujan lebat.
Perlembagaan atauUndang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan telah berkuat kuasa pada 26 Mac 1959. Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Perlembagaan ini menyatakan bahawa bentuk pemerintahan negeri ini ialahRaja Berperlembagaan dan satu-satunya raja yang dilantik melalui pemilihan. Sistem ini sebahagiannya menjadi asas bagi sistem beraja di peringkat persekutuan Malaysia.
Perlembagaan negeri menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Sungei Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tunku Besar Tampin diberi kuasa eksekutif negeri, menjadi ketua kepada agama Islam dan sumber kepada segala kehormatan dan kedaulatan negeri. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang terkini ialahTuanku Muhriz.
Tidak seperti pemerintah diraja negeri-negeri diMalaysia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih oleh ketua luak yang digelar Undang. Hanya empat Undang yang mempunyai hak untuk memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Undang bagi luak Sungei Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau.
Perlembagaan Negeri telah membolehkan terbentuknya badan eksekutif ataumajlis mesyuarat kerajaan negeri. Fungsinya sama sebagaimana kabinet Persekutuan.Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan terdiri daripada Menteri Besar sebagai pengerusi dan sembilan orang anggota yang lain. Menteri Besar dan anggota yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan anggota Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada ahli parti yang memegang majoriti.Menteri Besar yang terkini ialahAminuddin Harun.
Dewan Undangan Negeri Sembilan merupakan badan perundangan negeri ini. Dewan ini mempunyai anggota seramai 36 orang yang digelarAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri yang berada di Seremban. Ahli Dewan ini dipilih dari 36 kawasan melalui pilihan raya negeri yang diadakan setiap lima tahun dan kebiasaannya serentak dengan pilihan raya umum.
Daerah-daerah terkini yang terdapat di Negeri Sembilan Darul Khusus, iaitu 1. Seremban; 2. Port Dickson; 3. Rembau; 4. Jelebu; 5. Kuala Pilah; 6. Jempol; dan 7. Tampin.
Setiap pihak berkuasa tempatan diketuai oleh seorang Datuk Bandar bagi Bandaraya, atau Yang Dipertua bagi yang bukan bertaraf bandar raya. Ketua-ketua ini dilantik untuk tempoh dua tahun, manakala ahli majlis pula dilantik untuk setahun tempoh perkhidmatan.[13] Tiada pilihan raya bagi kerajaan tempatan di Negeri Sembilan sejak kali terakhir diadakan pada 1965.
Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada tujuh daerah pentadbiran, iaituJelebu (جلبو),Jempol (جمڨول),Seremban (سرمبن),Kuala Pilah (كوالا ڨيله),Rembau (رمباو),Port Dickson (ڨورت ديكسون), danTampin (تمڨين). Setiap daerah diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang merupakan penjawat awam. Pentadbiran daerah melibatkan pentadbiran tanah di daerah-daerah, berbeza dengan pihak berkuasa tempatan yang menyelenggara pembangunan dan kemajuan bandar dan pekan.[14]
Luak Beradat pula ialah luak-luak kecil yang mempunyai ketua masing-masing iaituGemencheh, Air Kuning danLinggi. Luak Gemencheh yang diketuai Dato’ Penghulu Pesaka Gemencheh dan Luak Air Kuning yang diketuai Dato’ Penghulu Pesaka Air Kuning bernaung di bawahUndang Luak Johol, manakala Linggi yang diketuai olehDato' Muda Linggi, bernaung di bawahUndang Luak Sungai Ujong.
Mahkamah tertinggi di Malaysia ialahMahkamah Persekutuan diikuti denganMahkamah Rayuan,Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Di Negeri Sembilan, selama 72 tahun Mahkamah Tinggi mendiami pejabat lama yang terletak diJalan Dato' Hamzah dan Mahkamah Sesyen dan Majistret terletak diJalan Campbell iaitu sejak tahun 1932 hingga tahun 2004[16].
Ketika awal penubuhanMahkamah Negeri Sembilan, Tanah Melayu masih lagi diperintah oleh kerajaan British sehinggalah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hampir keseluruhan Pegawai Perundangan ialah pegawai berketurunan Inggeris, dan hanya selepas tahun 1950-an barulah seorang dua pegawai dari Tanah Melayu dilantik sebagai Presiden (Hakim)[16].
Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2 telah dibina dan mula digunakan pada tahun 2005. Ia menempatkan semula Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Seremban. Reka bentuk kompleks ini berasaskan ciri-ciriMinangkabau. Kompleks tersebut kini menjadi pusat mahkamah di Negeri Sembilan dan bertukar nama kepada Mahkamah Negeri Sembilan mulai tahun 2011. Bangunan mahkamah lama di Jalan Campbell telah diambil alih menjadi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, manakala bangunan mahkamah di Jalan Dato' Hamzah pula diambil alih olehJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan[16].
Negeri Sembilan tidak mempunyai konsulat khusus yang ditempat di negeri tersebut. Disebabkan faktor sejarah adat dan kebudayaan, Seremban telah menjadi bandar kembar kepadaBukittinggi. Indonesia[17][18] sejak 6 Disember 1986. Hubungan ini meningkatkan pesefahaman budaya dan menjadi tarikan pelancongan antara kedua-dua pihak.
Anggaran jumlah penduduk di Negeri Sembilan pada tahun 2020[20] adalah sebanyak 1,199,974 orang dengan kepadatan penduduk 180 orang perkilometer persegi. 94.4 peratus dari jumlah penduduk merupakan warganegara Malaysia.
Dari segi komposisi kaum, masyarakat berbangsaMelayu merupakan kelompok terbesar di negeri ini iaitu seramai 693,271 orang (57.8%). Sebahagian besar masyarakat berbangsa Melayu di Negeri Sembilan berketurunanMinangkabau. MasyarakatCina merupakan kelompok kedua terbesar, seramai 248,456 orang (20.7%) diikuti orangIndia seramai 161,633 orang (13.5%). Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang merekodkan peratusan masyarakat India tertinggi di Malaysia. Selebihnya 2.4 peratus merupakan kaum lain seperti orang Asli dan Bumiputera selain Melayu.[1]
Daerah Seremban merupakan daerah paling ramai penduduk di Negeri Sembilan, dengan 57.7 peratus daripada jumlah penduduk tinggal di daerah ini. Hampir 70 peratus penduduk tinggal di bandar.
Mengikut bancian tahun 2020, majoriti penduduk negeri Negeri Sembilan beragamaIslam iaitu sebanyak 63 peratus dari jumlah penduduk. Sebahagian besar antara mereka merupakan masyarakat Melayu yang kesemuanya beragama Islam mengikut Perlembagaan. Agama kedua terbesar di negeri ini ialah agamaBuddha, dengan peratusan lebih 19 peratus. Penganut agama Buddha di negeri ini majoritinya merupakan masyarakat berbangsa Cina. Penganut agamaHindu pula membentuk 13 peratus daripada jumlah populasi negeri, majoritinya merupakan masyarakat India. Terdapat juga beberapa agama minoriti lain yang dianuti sepertiKristian,Sikh,Taoisme,Konfusianisme danagama tradisional.[19]
Negeri Sembilan mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan bangsa, di mana setiap kaum menggunakan bahasa dan dialek masing-masing.Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam kalangan penduduk di negeri ini. Namun, penduduk berbangsa Melayu terutamanya yang berketurunan Minang turut menggunakan dialek Bahasa Melayunya yang tersendiri iaituBahasa Melayu Negeri Sembilan yang dipengaruhi dan lebih mirip denganBahasa Minangkabau yang dituturkan masyarakat diSumatera. Masyarakat Orang Asli seperti etnikTemuan juga mempunyaibahasa tersendiri yang dituturkan dalam kalangan mereka.
Penduduk berbangsa Cina di negeri ini juga bertutur dalamBahasa Cina dan beberapa variasi dialek Cina.Bahasa Tamil merupakan bahasa utama dalam kalangan penduduk berbangsa India, dan terdapat juga bahasa minoriti lain sepertiTelugu,Malayalam danPunjabi.
Sektor pembuatan menyumbang hampir separuh daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Negeri Sembilan, diikuti sektor perkhidmatan dan pelancongan (40.3%), pertanian (6%), pembinaan (2.2%) dan perlombongan (0.3%). Aktiviti pembuatan termasuk elektrik dan elektronik, tekstil, perabot, bahan kimia, jentera, kerja-kerja logam dan produk getah. Kawasan perindustrian utama ialahBandar Enstek,Nilai,Bandar Sri Sendayan,Senawang danSungai Gadut diSeremban, Tanah Merah diPort Dickson danChembong diRembau. Beberapa syarikat ternama juga mempunyai kilang-kilang di Negeri Sembilan, sepertiKellogg's,Dutch Lady,Ajinomoto danCoca-Cola di Bandar Enstek;Hino di Bandar Sri Sendayan;Yakult di Seremban 2;Samsung, Onsemi dan NXP Semiconductors di Senawang danNestlé di Chembong. Kilang Nestlé Chembong juga merupakan pengeluarMilo yang terbesar di dunia, dan juga pusat kecemerlangan global terbesar syarikat tersebut.
Negeri Sembilan secara umumnya merupakan sebuah negeri berasaskan pertanian. Walau bagaimanapun, penubuhan beberapa kawasan industri meningkatkan sektor perkilangan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri. Tambahan lagi, daerah Seremban dan Port Dickson merupakan sebahagian daripadaLembah Wawasan Malaysia (MVV), sebuah koridor pertumbuhan baharu yang dipelopori melalui kerjasama antaraSime Darby dengan kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun 2015. Berkeluasan sekitar 1530 km², MVV adalah sebahagian daripada Agenda Pembangunan Nasional, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 yang bertujuan untuk melengkapkan pembangunan yang sedia ada di kawasanLembah Klang, memberi ruang kepada perluasan kawasan Kuala Lumpur Raya di sebelah selatan dan untuk mengubah Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri maju pada tahun 2045. Setakat tahun ini, MVV kini dikenali sebagai MVV2.0. dan masih dalam proses pembangunan. Sementara itu, daerah-daerah di timur MVV, iaitu daerah-daerah Rembau, Kuala Pilah, Tampin dan Jempol bakal dibangunkan sebagai sebuah agropolis untuk meningkatkan pengeluaran bekalan makanan pada peringkat negeri dan juga nasional.
Aktiviti pertanian di negeri ini termasuklahgetah dankelapa sawit, perladangan, penternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kawasan berkeluasan 3,099 kilometer persegi digunakan untuk aktiviti getah dan kelapa sawit.
Sebuah upacara adat perpatih yang diadakan di Kuala Pilah.
Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politik yang unik. Seni kebudayaannya kebanyakannya dipengaruhi dengan pengaruh Minangkabau dan adat Perpatih telah wujud di negeri ini sejak abad ke-14. Adat perpatih ini sangat jelas diamalkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susur galur keturunan seseorang itu ialah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".
Keunikan adat Perpatih ialah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakatorang Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu ialah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya.Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh masyarakat Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan semasa ke semasa. Ini boleh dilihat daripada segi politik di mana sistemYamtuan Besar dan Dato'-dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak. Daripada aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan. Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik. Adat ini diamalkan oleh sebahagian negeri iaitu Kuala Pilah termasukLuak Tanah Mengandung dan Rembau.
Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagaisuku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakatAdat Perpatih, terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu Biduanda (Dondo), Batu Hampar (Tompa), Mungkal (Mungka), Sri Lemak (Solomak), Payakumbuh, Tiga Nenek (Tigo Nenek, Tigo Niniak), Sri Melenggang (Somolenggang), Batu Belang (Batu Bolang), Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka (Anak Melako) dan Tiga Batu (Tigo Batu).[22]
Setiap suku tersebut diketuai seorang ketua yang dikenali sebagai Lembaga. Setiap suku turut dipecahkan kepada beberapa Perut, yang diketuai seorang Buapak atau Ibu Soko. Kedua-dua Buapak dan Ibu Soko memainkan peranan dalam menjadi rujukan berkenaan adat dan hal agama dalam kalangan ahli Perut yang dikenali sebagai Anak Buah. Perkahwinan sesama suku turut dilarang di negeri ini, di mana satu suku dianggap sebagai sebuah keluarga yang sama.
Ayam salai masak lomak lado api, hidangan ikonik Negeri SembilanApam johol
Masakan tradisional Negeri Sembilan terkenal dengan tahap kepedasannya yang tinggi, dengan salah satu daripada bahan-bahan yang digunakan ialah lado api (cili padi), antara jeniscili yang sangat pedas. Selain itu, masakan Negeri Sembilan juga banyak menggunakan kaedahpenyalaian, terutamanya pada ayam, daging, dan ikan. Antara hidangan-hidangan yang terkenal termasuklahmasak lomak lado api (daging, ikan atau sayur yang dimasak dengan santan yang direncah dengan kunyit dan cili padi),rendang (di mana setiap daerah mempunyai variasinya yang tersendiri, misalnya rendangmaman dariGemencheh diDaerah Tampin),lemang danapam johol.[23] Kepedasan itu boleh diredakan denganJando Pulang, iaitu minuman tradisi yang terdiri daripada air kelapa muda, isi kelapa dan air gula melaka.
Negeri Sembilan terkenal dengan beberapa seni pertunjukan dan musik tradisional sepertiCaklempong,Randai,Bongai, Dikir Rebana danTumbuk kalang. Antara seni tarian yang terdapat di Negeri Sembilan pula ialahTarian Piring danTarian Lilin. Kebanyakan seni kebudayaan di negeri ini merupakan warisan adat dan budaya masyarakat Minangkabau yang dibawa perantau Minang ke Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan mempunyai beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kebanyakan pusat institusi pengajian tinggi lebih tertumpu di bandar-bandar utama di Negeri Sembilan. Berikut merupakan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta:
Persimpangan Pedas-Linggi di Lebuhraya Utara–Selatan
Dari segi fasiliti pengangkutan, Negeri Sembilan mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang kira-kira 3,000 kilometer. PembinaanLebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan (PLUS),Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS),Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) danLebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) telah banyak memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya merentasi negeri termasuk ke Negeri Sembilan. Selain itu, sektor pengangkutan awam yang semakin pesat membangun memberi kesan yang positif terhadap masyarakat tempatan terutamanya dalam memberi keselesaan sewaktu melakukan perjalanan. Selain itu, terdapat juga kemudahan rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan bandar-bandar di dalam Negeri Sembilan dengan negeri-negeri di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Negeri Sembilan merupakan salah satu daripada dua buah negeri di Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan lapangan terbang selain dari negeriPerlis. Walau bagaimanapun, kedudukanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya terletak sejauh 30 minit perjalanan dari bandar Seremban melalui Lebuhraya Utara–Selatan dan Lebuhraya ELITE.
Di ibu negeri, Seremban merupakan hab pengangkutan awam bagi Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam boleh didapati di pusat bandar serta terdapat banyak pemilikan kenderaan persendirian seperti bas dan kereta api.
Seremban mempunyai sebuah stesen bas utama iaitu Terminal One yang menghubungkan Seremban dengan bandar-bandar utama di Negeri Sembilan sepertiKuala Pilah,Bahau,Rembau dan Malaysia sepertiAlor Setar,Ipoh danMelaka. Semua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas berpusat di sini.
Stesen KTM KomuterSeremban ialah salah sebuah stesen komuter untukLaluan KTM Komuter Seremban.[27] Dahulunya menjadi stesen penamat untuk perkhidmatanKTM Komuter tetapi jajaran aliran telah dipanjangkan menjangkau hingga stesen komuterPulau Sebang/Tampin. Stesen ini menjadi nadi kepada penduduk Seremban yang bekerja dalam pelbagai sektor diLembah Klang yang menjadikan komuter sebagai alternatif mengelakkan kesesakan di lebuh raya sekitar Kuala Lumpur pada waktu puncak. Terdapat juga penduduk yang bukan berasal dari kawasan Negeri Sembilan menetap diSeremban namun bekerja di kawasanLembah Klang seperti dariSelangor danKuala Lumpur. Selain itu juga, terdapat lapan buah stesen kereta api yang lain di Negeri Sembilan iaituBatang Benar,Nilai,Labu,Tiroi,Senawang,Sungai Gadut, danRembau. Semua nama stesen yang disebutkan merupakan sebahagian dari perkhidmatan Laluan Seremban.[28]
Senawang yang mempunyai kemudahanpengangkutan rel juga dikenali sebagaiSenawang halt, merupakan sebuahstesen kereta api yang menyediakan perkhidmatan sebagai perhentian di laluan komuterBatu Caves–Pulau Sebang. Stesen tersebut memulakan perkhidmatannya sejak 14 Mei 2011.
Stesen bas Terminal One diSeremban merupakan pusat tumpuan bas utama di Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres harian ke semua bandar dan bandaraya utama diSemenanjung Malaysia danSingapura. Terminal One juga menyediakan perkhidmatan bas perbandaran biasa kePort Dickson,Tampin,Kuala Pilah,Bahau dan bandar-bandar lain di negeri tersebut.
Teksi juga mudah diperolehi di Stesen Teksi Seremban di Jalan Tuanku Munawir. Dengan mengenakan tambang yang munasabah, seseorang boleh menggunakan perkhidmatanteksi untuk ke bandar-bandar utama di Negeri Sembilan dan juga keKuala Lumpur,Melaka danJohor Bahru.
Seremban dihubungkan keKuala Lumpur melalui perkhidmatan trenkomuter pantas yang begitu selesa dan berlepas setiap 15 minit (Waktu puncak) dan 45 minit (Luar Waktu Puncak). Seremban juga mudah dihubungkan melalui rangkaian jalan keretapi utama diSemenanjung Malaysia yang menghubungkannya dengan kebanyakan bandar-bandar utama.
Kereta sewa boleh didapati diLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk membolehkan seseorang memandu ke seluruh pelosok Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berada di Negeri Sembilan, urusan sewaankereta boleh dijalankan melalui beberapa agen pelancongan.
Sesetengah agen pelancongan utama mempunyai pejabat tersendiri di bandarSeremban. Lawatan ke seluruh negeri boleh diuruskan melaluihotel-hotel utama.[29]
Saluran televisyen di Negeri Sembilan sebagaimanasaluran televisyen di Malaysia yang mempunyai siaran percuma dan siaran berbayar. Siaran percuma disediakan melaluimyFreeview dan mempunyai 31 saluran. Perkhidmatan siaran berbayar pula ditawarkan olehAstro danUnifi TV. Terdapat pemancar televisyen diGunung Telapak Buruk untuk meliputi Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, manakala Rembau, Tampin dan Jempol menerima siaran dariGunung Ledang.