Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Negara Palestin

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaNegeri Palestin)

Palestin
فلسطين (Arab)
Dawlat Filasṭīn
Bendera Palestin
Jata Palestin
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"فدائي"
"Fida'i"[1]
"Wira Fidayin"
Tunjukkan kawasan penuh
Tunjukkan kawasan dimiliki
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2]
Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair)
StatusNegara separa diiktiraf,Negara pemerhati PBB
Diiktiraf 145 negara anggota PBB
Ibu negaraBaitulmaqdis
Pusat pentadbiranRamallah
Bandar terbesarKota Gaza (sekarangRafah)
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublikKesatuanSepara Presiden[3]
Mahmud Abbasa
Mohammad Mustafa
Aziz Dweik
Badan perundanganMajlis Kebangsaan (Parlimen)
Pembentukan
15 November 1988
29 November 2012
Sedang berlangsungb[iii][4][5]
Keluasan
• Jumlah
6,020[6] km2 (2,320 bt2) (163rd)
• Perairan (%)
3.5[7]
5,655 km2
365 km2[8]
Populasi
• Perkiraan 2020
5,051,953[9] (121st)
731/km2 (1,893.3/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$26.479 billion[10]
$5,795[11]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$14.616 billion[12]
$3,199[13]
Gini (2009)35.5[14]
sederhana
HDI (2022) 0.715[15]
tinggi · 119th
Mata wang
Zon waktuUTC+2 (Waktu Piawai Palestin)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (Waktu musim panas Palestin)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memandukanan
Kod panggilan+970
Kod ISO 3166PS
DPT internet.ps
  1. Juga merupakan pemerintahan negara
Liga ArabNegara Anggota Liga Arab
Ikon portalPortal Negara Palestin
Qubbah Al-Sakhrah di Baitulmaqddis, Ibu Kota Palestin.
Wang dinar Palestin.
Pengiktirafan antarabangsa yang menyokong Palestin.
Peta Palestin pada tahun 1900 dalambahasa Rusia.
Pelan Pembahagian PBB untuk Negara Palestin tahun 1947

Negara Palestin (Arab:دولة فلسطين,rumi: Dawlah filasṭin), atau hanyaPalestin (Arab:فلسطين,rumi: Filasṭin) ialah sebuah negara yang berdaulat[17] diTimur Tengah di antaraLaut Tengah danSungai Jordan, merangkumiTebing Barat danGenting Gaza[2] denganBaitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak diRamallah. Perkataan Palestin berasal daripada bahasaYunani kuno (Philistia), tetapi bahasaMesir kuno,Asyur, danIbrani juga menyertakan kata-kata yang serupa bunyi untuk menggambarkan wilayah atau penduduknya. AgamaYahudi,Kristian, danIslam sangat terikat dengan rantau ini, dan menjejaki asal-usul ke tanah itu sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, olehMesir,Jordan dan Israel selepasPerang Enam Hari pada tahun 1967.

SelepasPerang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untukMandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan KotaBaitulmaqdis[18]. Pelan pembahagian ini diterima oleh masyarakat Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh masyarakat Arab. Beberapa siri pemberontakan dan peperangan mula berlaku di sekitar Palestin. Setelah penubuhan negara Israel pada 14 Mei 1948, negara Arab yang berjiran di sekitarnya mula menduduki semula kawasan Palestin dan menyerang tentera Israel dalamPerang Arab-Israel 1948.

Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan olehLiga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbirNegara Naungan Seluruh Palestin dalam kawasan kawalan Mesir di Genting Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecualiTransjordan. Walaupun bidang kuasa kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalamPerang Enam Hari.

Pada 15 November 1988 diAlgiers,Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B di Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya olehHamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.

Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota diPerhimpunan Agung PBB[19][20]. Palestin merupakan negara anggota bagiLiga Arab,Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),Kumpulan 77,Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.

Sejarah

Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggotaOIC,Liga Arab,NAM, danASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. WilayahPalestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu wilayah yang diduduki pemerintahan Israel danPihak Berkuasa Palestin.Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 diAlgiers olehPertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).[21][22] .

Sidang KemuncakLiga Arab 1974 merujuk PLO sebagai "wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang terdesak." Pada November 1974, PLO telah mendapat statuspemerhati diPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai "entiti bukan-negara". Selepas Deklarasi Kemerdekaan 1988, Perhimpunan Agung PBB secara rasmi "mengakui" proklamasi tersebut dan memilih untuk menggunakan sebutan "Palestin" daripada "Organisasi Pembebasan Palestin" ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara Palestin.

Pada tahun 1993, dalamPersetujuan Oslo,Israel mengakui PLO sebagai "perwakilan rakyat Palestin", dan PLO mengakui hak Israel untuk wujud, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap "kekerasan dan keganasan". Sementara Israel menduduki wilayah Palestin, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara:Pihak Berkuasa Palestin (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagianTebing Barat danGenting Gaza . Pengambilalihan pemerintahan Genting Gaza olehHamas telah membahagikan wilayah Palestin secara politik, denganFatah yang dipimpin olehMahmud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang rasmi, sementara Hamas telah menjamin kekuasaannya atas Genting Gaza. Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih tergantung sehinggalah sebuah kerajaan gabungan terbentuk pada 2 Jun 2014.

Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara Palestin. Banyak negara yang tidak mengakui Negara Palestin tetap mengakui PLO sebagai "wakil rakyat Palestin". Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara Palestin[23]

Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir olehPihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialahMahmud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepasYasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialahde-facto Dr. Salam Fayyad manakalaIsmail HaniyehPerdana MenteriGaza. Ini membuktikan bahawa Palestin mempunyai 2 perdana menteri.

Geografi

Lihat juga:Geografi Palestin

Wilayah yang dituntut NegaraPalestin terletak diNegeri Syam atau regionLevant.Genting Gaza bersempadan dengan Laut Tengah di sebelah barat, Mesir di sebelah selatan, dan Israel di sebelah utara dan timur.Tebing Barat bersempadan dengan Jordan di sebelah timur dan Israel di sebelah utara, barat, dan selatan. Selanjutnya, kawasan yang membentuk Negara Palestin ini tidak memiliki sempadan geografik satu sama lain, sebab ia terpisahkan oleh Israel. Negara Palestin ini menduduki peringkat ke-163 dari segi keluasan tanah.[6][24][25]

Negara Palestin mempunyai beberapa masalah alam sekitar. Kes-kes yang dihadapi Genting Gaza, misalnya, meliputipenggurunan,garam air tawar danrawatan kumbahan,penyakit bawaan air,tercemarnya dan berkurangnya sumber air yang ada di bawah tanah. Di Tebing Barat, berlaku masalah yang sama. Walau terdapat limpahan air tawar, akses terhadap air terhad kerana perkara politik yang berterusan.[26]

Tiga zon ekologi daratan telah ditemui di rantau ini, yakni:hutan konifer sklerofilus daun lebar Mediterranean Timur,gurun Arab, dangurun belukar Mesopotamia.[27]

Bukit Palestin seperti yang terlihat dariRamallah.

Pemerintah dan politik

Laman utama:Pemerintah Palestin,Pilihan raya di Palestin, danParti politik di Palestin
Bangunan Majlis Perundangan Palestin yang musnah di Kota Gaza, Konflik Gaza-Israel, September 2009.

Palestin ditadbir oleh sebuah pihak berkuasa bernama Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin atauPihak Berkuasa Palestin (PNA). PNA mempunyai beberapa kaitan dengan entiti lain seperti Presiden, Majlis Perundangan Palestin dan Kabinet Palestin.

Dokumen penubuhan negara Palestin ialahPengisytiharan Kemerdekaan Palestin, dan ia perlu dibezakan dengan[3] Piagam Negara Palestin milik PLO dan Undang-undang Asas Palestin yang digubal untuk bidang tugas PNA.

Badan pemerintah

Pihak Berkuasa Palestin (PNA) ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo 1994. Ia bertanggungjawab untuk keselamatan dan hal ehwal masyarakat di pusat penduduk Palestin. Presiden PNA (atau juga Presiden Palestin) juga merupakan PengerusiPertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar. PNA juga mempunyai Perdana Menteri, yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian pemerintah dan berkhidmat di bawah arahan Presiden.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diiktiraf sebagai wakil rakyat Palestin di peringkat antarabangsa dan diurus oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif[28][29]. Jawatankuasa Eksekutif PLO terdiri daripada 16 orang anggota[30] yang dipilih olehMajlis Kebangsaan Palestin (PNC). PLO mempunyai beberapa buah jabatan iaitu Jabatan Hal Ehwal Rundingan, Jabatan Ekonomi, Jabatan Diplomasi dan Dasar Awam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Buruh dan Perancangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Antipemisahan Kaum dan Aparteid, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Hal Ehwal Ekspatriat, Jabatan Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Sivil, Jabatan Hal Ehwal Baitulmaqdis, Jabatan Politik, Jabatan Ketenteraan dan Keselamatan, Jabatan Pembelajaran dan Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Arab dan Parlimen, Tabung Negara Palestin, Jabatan Hal Ehwal Pelarian, Jabatan Pertubuhan Rakyat, Jabatan Kebudayaan dan Penerangan, dan Jabatan Hal Ehwal Masyarakat.

Senarai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin[30]

BilJawatanNamaPartiCatatan
1.PengerusiMahmud AbbasFatah
2.SetiausahaHussein al-SheikhFatah
3.Ahli JawatankuasaAzzam Al-AhmadFatah
4Ahli JawatankuasaZiad Abu AmrBebas
5Ahli JawatankuasaAhmed MajdalaniPPSF
6Ahli JawatankuasaWasel Abu Yousef
7Ahli JawatankuasaAhmed Saeed Bayoud Al-TamimiBebas
8Ahli JawatankuasaAli Zaidan Abu ZuhriBebas
9Ahli JawatankuasaFaisal Kamel ArankiALF
10Ahli JawatankuasaBassam Salhi
11.Ahli JawatankuasaSaleh Raafat Saeed SalehFIDA
12Ahli JawatankuasaAdnan Al-HusseiniBebas
13Ahli JawatankuasaAhmad Abu Houli
14Ahli JawatankuasaRamzi Rabah
15Ahli JawatankuasaMohammad Mustafa
16Ahli JawatankuasaRamzi Khoury

Badan perundangan

Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) merupakan badan perundangan di bawah PLO yang mempunyai 669 perwakilan daripada kumpulan politik di Palestin, terdiri daripada 88 orang anggotaMajlis Perundangan Palestin (PLC), 98 orang wakil penduduk di Tebing Barat dan Gaza dan selebihnya wakil penduduk Palestin di luar negara. Yang Dipertua PNC kini ialahRawhi Fattouh.

Majlis Perundangan Palestin (PLC) pula merupakan sebuah badan perundangan (sama seperti Parlimen) di Palestin. Ia terdiri daripada 132 anggota yang dipilih melalui pilihan raya di 16 wilayah mengundi di Tebing Barat dan Gaza, Palestin.

Statistik mengenai keanggotaan PLC[31]

BilPerkaraJumlahCatatan
1Jumlah Anggota132Tebing Barat (84), Gaza (48)
2Perwakilan Wanita17Tebing Barat (10), Gaza (7)
3Bilangan Menjadi Tahanan10Semua dari Tebing Barat
4Bilangan yang telah meninggal dunia4Tebing Barat (2), Gaza (2)
5Jumlah Anggota Semasa128Tebing Barat

Perwakilan politik dalam kalangan anggota PLC[31]

BilNama blok politikJumlah perwakilan di Tebing BaratJumlah perwakilan di Genting GazaJumlah perwakilan keseluruhan
Perwakilan partiPerwakilan kawasanPerwakilan partiPerwakilan kawasanAsalSemasa
1Hamas (Gerakan Ubah dan Reformasi)17 (3)30 (-1)12 (3)1574 (6) (-1)73
47 (3) (-1)27 (3)
2Fatah18 (5) (-1)11 (-2)10 (3)645 (8) (-3)42
29 (5) (-3)16 (3)
3PFLP - senarai Abu Ali Mustafa213 (1)3
4Gabungan Alternatif (Al-Badeel)

-DFLP,PRP,PDU dan Bebas

2022
6Palestin Merdeka

-PNI dan Bebas

1 (1)12 (1)2
5Hala Ketiga2 (1)02 (1)2
7Bebas1344
Jumlah Keseluruhan84 (10) (-4)48 (6)132 (17) (-4)128

Nota: Nombor dalam Kurungan ialah jumlah perwakilan wanita. Nombor negatif dalam kurungan ialah jumlah perwakilan yang telah meninggal dunia.

Presiden

Presiden Palestin[32] merupakan Pengerusi bagi PLO. Ia dilantik oleh Majlis Pusat Palestin (PCC)[33] yang merupakan institusi di bawah PLO. Keanggotaan PCC pula dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif PLO.[34]

Perdana Menteri

Perdana Menteri Palestin dilantik oleh Presiden. Anggota Kabinet Palestin yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian PNA.

Anggota Kabinet Palestin sejak 2019.

Rencana utama:Pemerintah Palestin pada April 2019
BilNamaJawatan
1Dr. Mohammad Ibrahim Mohammad ShtayyehPerdana Menteri

Menteri Dalam Negeri

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama

2Dr. Ziad Mohammed Husein Abu AmrTimbalan Perdana Menteri
3Nabil George Audah Abu RudeinehTimbalan Perdana Menteri

Menteri Penerangan

4Dr Riyadh Al-MalikiMenteri Ekspatriat dan Hal Ehwal Luar Negara
5Shukri BisharahMenteri Kewangan
6Dr Mohammad Fahhad Sabri Abdulrahman Al-ShalaldehMenteri Kehakiman
7Dr Ahmad Abdulsalam Hassan MajdalaniMenteri Pembangunan Sosial
8Rula MaayahMenteri Pelancongan dan Baharian
9Fadi Arafat Salim Al-HadmiMenteri Hal Ehwal Baitulmaqdis
10Ir. Ishaq Muhammad Syarif Abdulhayy SidrMenteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat
11Amal Taufiq Abdulhadi HamadMenteri Hal Ehwal Wanita
12Khalid Zuheir Khalid Al-EsseilyMenteri Ekonomi Negara
13Riyadh Mohammed Yusuf AttariMenteri Pertanian
14Assem Ghalib Hafiz SalemMenteri Pengangkutan dan Perhubungan
15Dr Atef Talal Ibrahim Abu SaifMenteri Kebudayaan
16Ir Majdi Hafiz Abdullah Al-SalehMenteri Kerajaan Tempatan
17Dr. Mohamed Mohamed Salim ZiarahMenteri Kerja Raya dan Perumahan
18Dr Mahmud Musa Ahmad Abu MuwaisMenteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan
19Dr Marwan Mas'ud Mohammad AwartaniMenteri Pendidikan
20Dr Mai Salem Hana Al-KailahMenteri Kesihatan
21Nasri Khalil Salem Abu JaishMenteri Pekerja
22Osama Hassan Saad Al-SaadawiMenteri Negeri bagi Pemberdayaan dan Keusahawanan
Dr. Amjed Mahmud Mohammad GhanimSetiausaha Majlis Kabinet
Ibrahim MulhimJurucakap Kerajaan

Pembahagian pentadbiran

Lihat juga:Kegabenoran di Palestin danISO 3166-2:PS

Negara Palestin dibahagi ke dalam enam belas bahagian pentadbiran yang disebut sebagai Kegabenoran.

KegabenoranKeluasan (km²)[35]Jumlah pendudukKepadatan penduduk (orang/km²)PusatMuhafazah/Pusat Bandar
Jenin/جنين583311,231533.8Jenin
Tubas/طوباس40264,719161.0Tubas
Tulkarem/طولكرم246182,053740.0Tulkarem
Nablus/نابلس605380,961629.7Nablus
Qalqilyah/قلقيلية166110,800667.5Qalqilyah
Salfit/سلفيت20470,727346.7Salfit
Ramallah dan al-Bireh/رام الله والبيرة855348,110407.1Ramallah
Jericho dan al-Aghwar/أريحا والأغوار59352,15487.9Jericho
Baitulmaqdis/القدس345419,108[36]1214.8[36]Baitulmaqdis (lihat lagiKedudukan Baitulmaqdis)
Betlehem/بيت لحم659216,114927.9Betlehem
al-Khalil/الخليل997706,508708.6Hebron
Gaza Utara/شمال غزة61362,7725947.1Jabalia
Gaza/غزة74625,8248457.1Gaza
Deir al-Balah/دير البلح58264,4554559.6Deir al-Balah
Khan Yunis/خان يونس108341,3933161.0Khan Yunis
Rafah/رفح64225,5383524.0Rafah

Demografi

Rencana utama:Demografi Negara Palestin
Penduduk di Palestin[37][38]
TahunDalam juta
19500.9
20003.2
20184.9

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, Negara Palestin mempunyai penduduk sebanyak 4,420,549 orang pada 2013.[39] Dalam kawasan seluas 6,020 kilometer persegi (2,320 batu persegi), kepadatan penduduk adalah bernilai sekitar 827 orang per kilometer persegi.[25]

Bahasa

Rencana utama:Bahasa di Palestin

Tertakluk kepada Perkara IVKanun Asasi Palestin,bahasa Arab menjadi bahasa rasmi Palestin.[40] Subset daripadabahasa Arab Syam, yaknibahasa Arab Palestin, dituturkan di Negara Palestin.

Agama

Laman utama:Agama di Palestin danIslam di Palestin

Agama di Palestin (anggaran 2014)

  Islam (93%)
  Kristian (6%)
  Duruzi &Samariyun (1%)

93% orang Palestin beragama Islam,[41] dengan sebahagian besar penduduknya bermazhabkanAhli Sunah Waljamaah,[42] sebahagian kecil penduduknya memiliki mazhabAhmadiyyah,[43] dan 15% di antaranya merupakanmuslim tanpa mazhab.[44]Kristian Palestin menjadi minoriti signifikan sebanyak 6%, diikutiagama yang lebih kecil lagi sepertiDuruzi[perlu rujukan] danSamaritanisme.[45]

Penjagaan kesihatan

Rencana utama:Penjagaan kesihatan di Palestin

MenurutKementerian Kesihatan Palestin, setakat tahun2017, terdapat 743 pusat penjagaan kesihatan utama di Palestin (583 di Tebing Barat dan 160 di Genting Gaza), dan 81 hospital (51 di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan 30 di Gaza).[46]

Pendidikan

Rencana utama:Pendidikan di Palestin

Kadar celik huruf di Palestin mencapai 96.3% menurut laporan 2014Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terdapat perbezaan jantina dalam populasi yang berumur lebih dari 15 tahun, dengan 5.9% wanita dianggap buta huruf berbanding 1.6% lelaki.[47] Buta huruf di kalangan wanita menurun dari 20.3 peratus pada tahun 1997 kepada kurang dari 6 peratus pada tahun 2014.[47]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^"Palestine"(includes audio).nationalanthems.info.Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  2. ^ab"Ban sends Palestinian application for UN membership to Security Council".United Nations News Centre. 23 September 2011.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2015. Dicapai pada11 September 2015.
  3. ^ab"Declaration of Independence (1988) (UN Doc)".State of Palestine Permanent Observer Mission to the United Nations. United Nations. 18 November 1988. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  4. ^Miskin, Maayana (5 December 2012)."PA Weighs 'State of Palestine' Passport".israelnationalnews.com. Arutz Sheva.Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2012. Dicapai pada8 June 2014.A senior PA official revealed the plans in an interview withAl-Quds newspaper. The change to 'state' status is important because it shows that 'the state of Palestine is occupied,' he said.
  5. ^"State of Palestine name change shows limitations". AP. 17 January 2013. Diarkibkan daripadayang asal pada 10 January 2013.Israel remains in charge of territories the world says should one day make up that state.
  6. ^ab"Table 3, Population by sex, annual rate of population increase, surface area and density".Demographic Yearbook.United Nations Statistics Division. 2012.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada28 Januari 2018.Unknown parameter|chapterurl= ignored (bantuan)
  7. ^"The World Factbook: Middle East: West Bank".cia.gov. Central Intelligence Agency. 7 April 2014.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  8. ^"The World Factbook: Middle East: Gaza Strip".cia.gov. Central Intelligence Agency. 12 May 2014.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  9. ^"State of Palestine Population".Worldometers. Worldometers. Dicapai pada1 February 2020.
  10. ^"World Bank, International Comparison Program database: GDP, PPP (current international $)"(PDF).Data World Bank. Dicapai pada29 July 2020.
  11. ^"GDP per capita, PPP (current international $) - West Bank and Gaza | Data".data.worldbank.org. Dicapai pada2020-07-29.
  12. ^"GDP (current US$) - West Bank and Gaza east bank [[:Templat:7]] Data".data.worldbank.org. Dicapai pada2020-07-29.URL–wikilink conflict (bantuan)
  13. ^"GDP per capita (current US$) - West Bank and Gaza | Data".data.worldbank.org. Dicapai pada2020-07-29.
  14. ^"GINI Index: West Bank and Gaza".The World Bank: Data.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  15. ^"Human Development Report 2019"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2017-03-22. Dicapai pada10 December 2019.
  16. ^According toArticle 4 of the 1994 Paris ProtocolDiarkibkan 1 Oktober 2016 diWayback Machine. The Protocol allows the Palestinian Authority to adopt multiple currencies. In theWest Bank, the Israeli new sheqel and Jordanian dinar are widely accepted; while in theGaza Strip, the Israeli new sheqel and Egyptian pound are widely accepted.
  17. ^Falk, Palma (30 November 2012)."Is Palestine now a state?".CBS News.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2016. Dicapai pada29 Julai 2016.
  18. ^"Resolution 181 (II). Future government of Palestine". United Nations. 29 November 1947.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada21 Mac 2017.
  19. ^Charbonneau, Louis (29 November 2012)."Palestinians win implicit U.N. recognition of sovereign state".Reuters.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2014. Dicapai pada8 June 2014.
  20. ^Lederer, Edith M (30 November 2012)."Live Stream: Palestine asks United Nations for a 'birth certificate' ahead of vote".www.3news.com. New Zealand: MediaWorks TV. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada8 Jun 2014.
  21. ^ Baroud in Page, 2004, hal. 161.
  22. ^ Bissio, 1995, hal. 433.
  23. ^Sayigh, Yezid (1999).Armed Struggle and the Search for State: The Palestinian National Movement, 1949-1993 (ed. illustrated).Oxford University Press. m/s. 624.ISBN 0198296436, 9780198296430 Check|isbn= value: invalid character (bantuan).Unknown parameter|kata-kata tambahan= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) "the Palestinian National Council also empowered the central council to form a government-in-exile when appropriate, and the executive committee to perform the functions of government until such such time as a government-in-exile was established. "
  24. ^"UNdata | country profile | State of Palestine".data.un.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 9 Januari 2022.
  25. ^ab"State of Palestine Population (2020) – Worldometer".www.worldometers.info. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 Februari 2022.
  26. ^"Search".www.alhaq.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 Februari 2022.
  27. ^Dinerstein, Eric; dll. (2017)."An Ecoregion-Based Approach to Protecting Half the Terrestrial Realm".BioScience.67 (6): 534–545.doi:10.1093/biosci/bix014.ISSN 0006-3568.PMC 5451287.PMID 28608869.
  28. ^Executive Board ofUNESCO (12 Mei 1989)."Hundred and Thirty-First Session – Item 9.4 of the Provisional Agenda – Request for the Admission of the State of Palestine to UNESCO as a Member State"(PDF).UNESCO. m/s. 18, Annex II.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 28 Julai 2011. Dicapai pada28 September 2011.A government-in-exile, having no effective control in the territory and not having had previous control, ... .
  29. ^"Palestinian National Council (PNC)".European Institute for Research on Mediterranean and Euro-Arab Cooperation. Medea Institute. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 August 2011. Dicapai pada16 June 2014.The Palestinian National Council (PNC), Parliament in exile of the Palestinian people, is the most important institution of the Palestinian Liberation Organisation (PLO). The PNC elects the Executive Committee of the organization which makes up the leadership between sessions.
  30. ^ab"Palestinian Central Council fills vacant posts for the PLO's Executive Committee".
  31. ^ab"PLC Members".Palestinian Legislative Council.
  32. ^Government of the Dominican Republic (15 July 2009)."Comunicado Conjunto para Establecimiento Relaciones Diplomaticas entre la Republica Dominican y el Estado de Palestina" [Joint Communique on the Establishment of Diplomatic Relations between the Dominican Republic and the State of Palestine](PDF) (dalam bahasa Spanish, English, dan Arabic).Dominican Republic Ministry of Foreign Affairs. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 15 August 2011. Dicapai pada15 June 2014.Presidente del Estado de Palestina [President of the State of Palestine].CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^PLO Body Elects Abbas 'President of Palestine'Diarkibkan 1 September 2017 diWayback Machine 25 November 2008.Agence France-Presse (viaMIFTAH). Retrieved 12 August 2017. "'I announce that the PLO Central Council has elected Mahmud Abbas president of the State of Palestine. He takes on this role from this day, November 23, 2008,' the body's chairman Salem al-Zaanun told reporters."
  34. ^"أعضاء اللجنة التنفيذية لمنظمة التحرير".Palestine National Council.
  35. ^"Palestine".GeoHive. Johan van der Heyden. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada3 Oktober 2015.
  36. ^abData dari Baitulmaqdis mengandungi Baitulmaqdis Timur dengan populasi peneroka Israel
  37. ^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  38. ^"World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100"(XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.
  39. ^"Palestinian Central Bureau of Statistics". State of Palestine.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada22 September 2014.
  40. ^(Arab)القانون الأساسي الفلسطيني, Aljazeera.Diarkibkan 29 Oktober 2021 diWayback Machine
  41. ^"Are all Palestinians Muslim?".Institute for Middle East Understanding. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada16 April 2014.
  42. ^Lybarger, 2007, p. 114.
  43. ^"PA's Moderate Muslims Face Threats".Israel National News. 31 Mei 2010.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2014. Dicapai pada26 April 2014.
  44. ^"Religious Identity Among Muslims".Pewforum.org. 9 Ogos 2012.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2016. Dicapai pada6 Julai 2016.
  45. ^Louis J. Salome (2010).Violence, Veils and Bloodlines: Reporting from War Zones. McFarland. m/s. 77.ISBN 978-0-7864-5584-3. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 Januari 2022.
  46. ^"Overview of Public Health in Palestine". Palestinian National Institute of Public Health. 2018. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 Ogos 2020. Dicapai pada24 November 2019.
  47. ^ab"Education (2014)"(PDF).Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 11 Mac 2017. Dicapai pada30 Januari 2017.
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Liga Arab – جامعة الدول العربية
Ahli
Pemerhati
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negara_Palestin&oldid=6773759"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp