Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Negara maju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

[[Fail:IMF advanced UN least developed.svg|thumb|250px|{{legend|#0000ff|Advanced economies|250px|thumb|Negara maju ditandai warna biru (IMF, 2008).]]Istilahnegara maju digunakan untuk menghuraikannegara-negara yang dikira menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran-ukuran tertentu. Ukuran yang mana dan negara mana yang digolongkan sebagai maju masih menjadi titik perbalahan dan perbahasan yang hangat, tetapi perdebatan sebegini selalunya dikuasai oleh ukuran ekonomi. Salah satu ukurannya ialah pendapatan per kapita, iaitu negara yang tinggikeluaran dalam negara kasar (KDNK) per capitanya boleh diterima sebagai negara maju. Satu lagi ukuran ekonomi ialahpengindustrian, iaitu negara-negara yang ekonominya dikuasai oleh sektortertier dankuaterner boleh diterima sebagai negara maju. Baru-baru ini, wujudnya satu lagi ukuran yang semakin penting iaituIndeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuranekonomi,pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan dan sebagainya. Ukuran ini menentukan negara yang berkadar IPM amat tinggi sebagai negara maju. Walau bagaimanapun kaedahnya untuk dalam usaha menentukan taraf "maju" dengan mana-mana cara yang digunakan.

Negara-negara yang tidak memenuhi ciri-ciri negara maju digolongkan sebagainegara membangun.

Takrifan

[sunting |sunting sumber]

Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB, menakrifkan negara maju seperti berikut. "Negara maju ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman."[1] MengikutBahagian Statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pula,

Tiadanya konvensyen tetap yang menentukan negara atau kawasan yang "maju" dan "membangun" dalam sistemPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2]

Jelasnya,

Gelaran "maju" dan "membangun" adalah untuk tujuan kemudahan statistik, dan tidak semestinya menyatakan perkiraan mengenai tahap mana yang dicapai negara atau rantau tertentu dalam proses pembangunan.[3]

Tambahnya lagi,

Secara lazimnya, Jepun di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di Amerika Utara, Australia dan New Zealand diOceania, dan Eropah dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju". Mengikut statistik perdagangan antarabangsa,Kesatuan Kastam Afrika Selatan juga dikira sebagai kawasan maju dan jugaIsrael sebagai negara maju; negara-negara yang bangkit dari bekasYugoslavia dikira sebagai negara membangun; dan negara-negaraEropah Timur danKomanwel Negara-Negara Merdeka (kod 172) di Eropah tidak terkira sebagai rantau maju mahupun membangun.[2]

Mengikut pengelasanTabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum April 2004, semua negaraEropah Timur (termasuk negara Eropah Tengah yang masih tergolong dalam "Kelompok Eropah Timur" dalam institusi PBB) dan juga negara-negara bekasKesatuan Soviet di Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan) danMongolia, belum juga disenaraikan sebagai kawasan maju atau membangun, sebaliknya disebut "negara dalam peralihan" (countries in transition); namun demikian negara-negara tersebut dianggap ramai (dalam laporan antarabangsa) sebagai "negara membangun".Pada abad ke-21,Empat Harimau Asia yang asli, iaituHong Kong,Taiwan,Singapura danKorea Selatan[4][5][6], dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju", besertaCyprus,[7]Israel,[7] danSlovenia,[7] yang dianggap sebagai "negara maju baru".

Indeks Pembangunan Manusia

[sunting |sunting sumber]
Peta dunia yang menandakan Indeks Pembangunan Manusia (berasaskan data 2007, terbitan 5 Oktober 2009)[perlu rujukan]
  0.950 and Over
  0.900–0.949
  0.850–0.899
  0.800–0.849
  0.750–0.799
  0.700–0.749
  0.650–0.699
  0.600–0.649
  0.550–0.599
  0.500–0.549
  0.450–0.499
  0.400–0.449
  0.350–0.399
  under 0.350
  not available
(Peta mesra buta warna) Untuk yang mengalami masalah penglihatan warna merah hijau.
Laman utama:Indeks Pembangunan Manusia danSenarai negara mengikut Indeks Pembangunan Manusia

Indeks Pembangunan Manusia PBB ialah sejenis kaedah pengukuran statistik yang mengukur tahap pembangunan insan sesebuah negara. Walaupun nyata ada hubung kait yang kukuh antara bermarkah IPM tinggi dan kemakmuran ekonomi, namun PBB menjelaskan bahawa IPM vbukan sekadar mengambil kira pendapatan dan daya pengeluaran. Berbeza dengan KDNK per kapita atau pendapatan per kapita, IPM mengambil kira bagaimana pendapatan itu "membuka peluang pendidikan dan kesihatan; dengan itu mencapai tahap pembangunan manusia yang lebih tinggi." Contohnya, walaupun Itali dan Amerika Syarikat jauh berbeza KDNK per kapitanya, namun kedua-dua negara agak sama kedudukannya dari segi pembangunan insan secara keseluruhan.[8]

Sejak tahun 1980,Norway (2001-2006 dan 2009),Jepun (1990-91 dan 1993),Kanada (1992 dan 1994-2000) danIceland (2007-08) mencapai markah IPM tertinggi. Negara yang bermarkah lebih 0.800 dianggap ada pembangunan insan bertaraf "tinggi". 38 negara teratas mencatat markah 0.902 inMalta hingga 0.971 danNorway.[9]

Kebanyakan negara yang disenaraikan oleh IMF atau[10] CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009), mencatat IPM melebihi 0.9 (pada tahun 2007). Kebanyakan negara[11] yang mencatat IPM 0.9 ke atas (pada tahun 2007), juga disenaraikan oleh IMF atau CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009). Oleh yang demikian, kebanyakan "ekonomi maju" (pada tahun 2009) dicirikan dengan markah HDI 0.9 ke atas (pada tahun 2007).

Indeks terkini dikeluarkan pada 5 Oktober 2009, meliputi tempoh sehingga tahun 2007. Berikut ialah 38 negara yang dikelaskan sebagai memiliki "Pembangunan manusia amat tinggi" dengan IPM pada 0.900 atau lebih.[12]

  1.  Norway 0.971 ()
  2.  Australia 0.970 ()
  3.  Iceland 0.969 ()
  4.  Kanada 0.966 ()
  5.  Republik Ireland 0.965 ()
  6.  Belanda 0.964 ( 1)
  7.  Sweden 0.963 ( 1)
  8.  Perancis 0.961 ( 3)
  9.  Jepun 0.960 ()
  10.   Switzerland 0.960 ()
  11.  Luxembourg 0.960 ( 3)
  12.  Finland 0.959 ( 1)
  13.  Amerika Syarikat 0.956 ( 1)

  1.  Austria 0.955 ( 2)
  2.  Sepanyol 0.955 ()
  3.  Denmark 0.955 ( 2)
  4.  Belgium 0.953 ()
  5.  Itali 0.951 ( 1)
  6.  Liechtenstein 0.951 ( 1)
  7.  New Zealand 0.950 ()
  8.  United Kingdom 0.947 ()
  9.  Jerman 0.947 ()
  10.  Singapura 0.944 ( 1)
  11.  Hong Kong 0.944 ( 1)
  12.  Greece 0.942 ()
  13.  Korea Selatan 0.937 ()

  1.  Israel 0.935 ( 1)
  2.  Andorra 0.934 ( 1)
  3.  Slovenia 0.929 ()
  4.  Brunei 0.920 ()
  5.  Kuwait 0.916 ()
  6.  Cyprus 0.914 ()
  7.  Qatar 0.910 ( 1)
  8.  Portugal 0.909 ( 1)
  9.  Emiriah Arab Bersatu 0.903 ( 2)
  10.  Republik Czech 0.903 ()
  11.  Barbados 0.903 ( 2)
  12.  Malta 0.902 ( 3)

Senarai Negara Maju lain

[sunting |sunting sumber]

Hanya terdapat tiga pertubuhan yang mengeluarkan senarai "negara maju", iaitu PBB (senarai ditunjukkan di atas), CIA[13] dan FTSE Group (senarainya tidak dimasukkan kerana mengaitkan negara maju dengan negara berpendapatan tinggi dan berpasaran maju yang tidak dianggap relevan secara langsung di sini.[14] Namun demikian, terdapat banyak lagi pertubuhan lain yang mengeluarkan senarai seumpamanya yang dijadikan bahan rujukan untuk sesiapa yang membincangkan negara maju.IMF mengenal pasti 34 "ekonomi maju",[7]OECD yang terkenal dengan jolokan 'kelab negara maju'[15][16][17] dianggotai oleh 30 negara.Bank Dunia mengenal pasti 66 "negara berpendapatan tinggi". Pantauan kualiti hidup Economist Intelligence Unit dan senarai negara yang berkerajaan kebajikan juga dinyatakan dalam rencana ini. Ukuran-ukuaran bagi penggunaan senarai ini serta penyertaan negara dalam senarai berkenaan selalunya tidak dinyatakan dengan jelas, apalagi sesetengah senarai ini menggunakan data yang agak lama.

Ekonomi maju IMF

[sunting |sunting sumber]
  Negara-negara yang ditakrifkan sebagai Ekonomi Maju oleh IMF.

Menurut IMF, 34 negara berikut digolongkan sebagai "negara maju":[7]

CIA telah mengubah suai satu versi lama senarai Ekonomi Maju IMF. CIA menjelaskan bahawa senarai Ekonomi Maju IMF "mungkin juga meliputi"[13] beberapa negara kecil, iaitu:

Senarai CIA tidak memasukkanCyprus,Republik Czech,Malta,Slovakia danSlovenia yang kelima-limanya dimasukkan dalam senarai IMF semenjak senarai CIA membuat andaian sendiri mengenai senarai IMF, tetapi ada mengambilTurki.

Ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan

[sunting |sunting sumber]
Ahli-ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan OECD.

Terdapat 25 ahli (24 negara anggotaOECD terpilih danSuruhanjaya Eropah) dalamJawatankuasa Bantuan Pembangunan (Development Assistance Committee, DAC),[19] ialah sekumpulan negara penderma utama dunia yang membincangkan isu-isu berkenaanbantuan pembangunan danpembasmian kemiskinana dinegara-negara membangun.[20]Pada tahun 2010, negara anggota OECD berikut ialah ahli DAC:

Keahlian DAC terkecuali anggota OECD berikut:Republik Czech,Hungary,Mexico,Poland,Slovakia danTurki.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://www.unescap.org/unis/press/G_05_00.htm
  2. ^ab"Composition of macro geographical (continental) regions, geographical sub-regions, and selected economic and other groupings (footnote C)".United Nations Statistics Division. revised 17 October 2008. Dicapai pada2008-12-30.Check date values in:|date= (bantuan)
  3. ^http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49.htm
  4. ^http://www.businesspme.com/uk/articles/economics/78/East-Asian-Tigers-.html
  5. ^http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1018.html
  6. ^http://www.ft.com/cms/s/0/98c62f1c-850f-11dd-b148-0000779fd18c.html
  7. ^abcdeIMF Advanced Economies List. World Economic Outlook, Database—WEO Groups and Aggregates Information, Oktober 2009.
  8. ^"UN. (2006). Human Development Report". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada2007-07-07.
  9. ^"UN. (2008). Human Development Index: A Statistical Update". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-06-25. Dicapai pada2008-12-22.
  10. ^Pengelasan rasmi "negara maju" (advanced countries) mula-mula dicipta olehTabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Senarai IMF tidak membincangkan negara bukan anggota IMF.CIA hendak mengikut senarai IMF dengan menambah beberapa negara yang tidak diuruskan oleh IMF gara-gara bukan negara anggota. Pada Mei 2001,senarai negara maju CIA lebih menyeluruh berbanding senarai IMF. Namun begitu, sejak Mei 2001, tiga negara baru (Cyprus, Malta dan Slovenia) dimasukkan dalam senarai asli IMF, maka senarai CIA tidak terkemaskini.
  11. ^Iaitu negara berdaulat, tidak termasuk Makau: Pada tahun 2003, kerajaan Makau menghitung IPM-nya pada 0.909 (PBB tidak mengira IPM Makau); Pada Januari 2007, akhbarPeople's Daily melaporkan (dariLaporan Pemodenan China 2007): "Pada tahun 2004...Makau...telah mencapai tahap negara maju". Bagaimanapun, Makau tidak diiktiraf oleh mana-mana pertubuhan antarabangsa sebagai wilayah yang maju, sementara pertubuhanUNCTADDiarkibkan 2007-07-10 diWayback Machine (diPBB), dan jugaCIA, mengelaskan Makau sebagai wilayah "membangun". TheBank Dunia mengelaskan Makau sebagai ekonomi berpendapatan tinggi (bersama ekonomi maju yang lain serta sebilangan kecil negara membangun).
  12. ^[1]
  13. ^abCIA (2008)."Appendix B. International Organizations and Groups. [[World Factbook]]". Dicapai pada2008-04-10.URL–wikilink conflict (bantuan)
  14. ^http://www.ftse.com/Indices/Country_Classification/Downloads/FTSE_Country_Classification_Sept_09_update.pdfDiarkibkan 2014-07-12 diWayback Machine Menurut Developed Countries Glossary: "The following countries are classified by FTSE as developed countries: Australia, Austria, Belgium/Luxembourg, Canada, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Ireland, Israel, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, Norway, Portugal, South Korea, Singapore, Spain, Sweden, Switzerland, United Kingdom and the United States."
  15. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-02-17. Dicapai pada2010-03-24.
  16. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-01-27. Dicapai pada2010-03-24.
  17. ^http://www.esri.go.jp/en/forum1/minute/minute26-e.html
  18. ^World Economic Outlook,International Monetary Fund, Oktober 2009, perenggan kedua, baris 9–10.
  19. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-10-23. Dicapai pada2010-03-24.
  20. ^DAC website >> "The DAC in Dates", On the DAC's self-description, see the introductory letter. On other events, refer to the relevant section by date.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Klasifikasi ekonomi negara
Three-World Model
Keluaran dalam negara kasar (KDNK)
Nominal
Pembelian kuasa pariti (PPP)
Pendapatan negara kasar (PNK)
Gaji
kekayaan
Lainakaun negara
Pembangunan manusia
Jurang digital
Kedudukan pelaburan
antarabangsa bersih
(NIIP)
Nominal
PKB
Pertumbuhan
PNK
Negara mengikut kawasan
Afrika (nominal ·PKB) · Amerika Latin (nominal ·PKB) · Amerika Utara (nominal ·PKB) · Amerika Selatan (nominal ·PKB) ·Liga Arab · Asia & Pasifik (nominal ·nominal per kapita ·PKB) ·CIS · Eropah (nominal ·nominal per kapita ·PKB) ·Oseania
Bahagian subnasional
Umum
Ekonomi
Alam Sekitar
Health
Sosial/Politik
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negara_maju&oldid=6379123"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp