Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nefertem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nefertem
Dewa Nefertem dari Memphis dengan hiasan kepala teratai sebagai simbol keharuman dan kecantikan.
Nama dalamhieroglif
F35I9
D21
X1
U15
A40
[1]
Pusat kultus utamaMemphis
Simbolteratai, singa (kadangkala)
Ibu bapaPtah danSekhmet atauBastet

Nefertem (/ˈnɛfərˌtɛm/; mungkin bermaksud "sang cantik yang menutup" atau "yang tidak menutup"; juga diejaNefertum atauNefer-temu) pada asalnya ialah sekuntum bunga teratai di penciptaan dunia, dalam mitologi Mesir purba, yang muncul daripada perairan azali.[2] Nefertem mewakili cahaya matahari pertama dan bau harum bunga teratai biru Mesir, kerana dia dipercayai timbul daripada perairan azali itu dalam teratai air biru Mesir,Nymphaea caerulea. Beberapa gelaran Nefertem ialah "Dia yang Cantik" dan "Teratai Matahari", dan satu versiKitab Orang Mati berkata:

Terbitlah seperti Nefertem dari teratai biru, ke rongga hidung Ra (pencipta dan dewa matahari), dan datanglah di ufuk setiap hari.

Nefertem atau Nefertum digambarkan sebagai lelaki berkepala singa (kiri) atau pemuda yang cantik (kanan)

Nefertem dipercayai ialah anak kepada dewa penciptaPtah, dan dewiSekhmet danBastet kadangkala dikatakan ibunya. Dalamseni, Nefertem biasanya digambarkan sebagai seorang lelaki muda yang cantik dengan bunga teratai biru di kepalanya. Sebagai anak kepada Bastet, dia juga kadang-kadang berkepalasinga atau menjelma sebagai singa atau kucing berbaring. Orang Mesir purba sering membawa patung kecil dia sebagai azimat tuah.

Salah satu gambaran Nefertem yang paling terkenal ialah Kepala Nefertem, patung kayu menggambarkan raja mudaTutankhamun sebagai Nefertem dengan kepalanya muncul daripada bunga teratai.

Sebahagian daripadasiri
AgamaMesir Purba
Eye of Horus
Ogdoad
Ennead
A

B

D

E

H

I

K

M

N

P

Q

R

S

T

U

W

Ikon portalPortal Mesir Purba

Galeri

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Hart, George (2005).The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Routledge. p. 99
  2. ^Nefertem page atAncient Egypt: the Mythology retrieved June 21, 2008.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Morenz, Siegfried; Schubert, Johannes (1954).Der Gott auf der Blume: Eine ägyptische Kosmogonie und ihre weltweite Bildwirkung (dalam bahasa German). Verlag Artibus Asiæ.CS1 maint: unrecognized language (link)
Kepercayaan
Upacara
Dewa-dewi
Ogdoad
Ennead
Makhluk
Watak
Lokasi
Simbol
dan Benda
Tulisan
Agama berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nefertem&oldid=6085579"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp