Sebahagian naskhah sutera dariMawangdui, abad ke-2SM.
Naskhah (serapanArab:نُسخَة,rumi: nuskhat "salinan" daripada kata kerjaنَسَِخnasikha "menyalin")[1][2] ataumanuskrip ialah sebuah dokumen yangditulis dengan tangan[3] berbanding dengan dokumen yangtercetak ataupun terhasil dengan kaedah lain. Semua dokumen berbentuk naskhah sebelum penciptaan mesin cetak. Dalam konteks penerbitan dan ilmiah, naskhah merupakan teks yang dilanjutkan kepada penerbit atau pencetak untuk penerbitan, tidak kira apa jua formatnya.
Naskhah-naskhah tidak ditetapkan oleh isi kandungan, yang mungkin mencampurkan tulisan dengan kiraan matematik, peta, gambar rajah ataupun lukisan. Naskhah terdapat dalam bentukbuku,skrol, atau bentukkodeks.
Ketika giatnya persuratanMelayu lama,naskhah sesebuah hikayat atau sejarah difahamkan dan dikaitkan kuat dengan sumber asal kandungannya yang tidak boleh ditokok tambah, bahkan suatu cetakan berkulit menyalin isi sebuah naskhah dikira sebagai suatupekerjaan.[2]
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 358.ISBN967-65-7321-3.