Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nasir Al-Din Al-Tusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir Al-Din Al-Tusi

Nasir Al-Din Al-Tusi (12011274) adalah ahli sainsIslamSyiah berkebangsaanIran yang dikenali sebagai ahlifalsafah,matematik,astronomi,teologi, serta pakarperubatan danpenulis, iaitu beliau adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang.

Biografi

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan diTous,Khorasan, Iran, Nasir memulakan pendidikannya pada masa awal lagi. Di Tous, beliau mengajial-Quran,Hadis, dan jurisprudens Syiah, serta belajarbahasa Arab,logik,falsafah,matematik,perubatan, danastronomi.[1] Ketika masih muda, beliau berpindah keNishapur untuk belajar falsafah di bawahFarid al-Din Damad, dan matematik di bawahMuhammad Hasib.[2]

Apabila tenteraGenghis Khan menyerang tanah airnya, Nasir melarikan diri untuk menyertai orang-orangIsmaili dan membuat sumbangannya yang terpenting dalam bidang sains pada masa itu, ketika berpindah-pindah dari satu kubu ke kubu yang lain. Akhirnya, beliau menyertaiHulagu Khan, anak Genghis Khan, selepas serangan kota kubuAlamut milik puakHashshashin oleh angkatan tentera Mongol.

Hulagu Khan, pemerintah Mongol, membina sebuahbalai cerap untuk Nasir diMaragheh, sebuah kota di barat laut Iran. Nasir dianggap sebagai ahli astronomi pertama daripada Pusat Pengajian Maragheh yang membuat sumbangan yang penting kepada bidang astronomi. Antara ahli-ahli Pusat Pengajian ini yang terkenal ialahMu’ayyad al-Din al-’Urdi danQutb al-Din al-Shirazi.

Pencapaian

[sunting |sunting sumber]

Nasir mencipta jadual-jadual pergerakanplanet yang persis, seperti yang digambarkan dalam bukunya,Zij-i ilkhani (Jadual-jadual Ilkhani). Buku ini mengandungi nama-namabintang, serta jadual astronomi untuk menghitung kedudukan planet.Sistem planetnya merupakan sistem yang paling maju pada zamannya dan digunakan secara meluas sehingga perkembangan model heliosentrik pada zamanCopernicus. AntaraPtolemy dan Copernicus, Nasir dianggap sebagai ahli astronomi yang paling unggul pada masanya.

Nasir Al-Din Al-Tusi
Nasir Al-Din Al-Tusi

Nasir merupakan orang pertama untuk mengolahkantrigonometri sebagai satu bidang matematik yang berasingan. Dalam bukunya,Karya mengenai Sisi Empat, beliau merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza bagi segi tiga sudut tegak dalamtrigonometri sfera. Nasir mereka teknik geometri yang dipanggilGandingan Tusi untuk model-model planetnya yang menjanakan gerakan linear daripada jumlah dua gerakan bulat. Beliau juga menghitung nilai sebanyak 51" untuk liukan tahunanekuinoks dan menyumbang kepada sebilangan pembinaan dan penggunaan alat astronomi, termasukastrolab. Nasir memberikan penjelasan pertama tentang seluruh sistemtrigonometri sfera dan satah yang masih wujud pada hari ini. Beliau juga banyak menulis tentangbiologi dan merupakan salah satu perintis untuk sejenisevolusionisme dalam pemikiran saintifik.[1]

Sebuahkawah berdiameter 60kilometer yang terletak di hemisfera selatanbulan dinamakan sempenanya sebagai "Nasireddin".

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Dabashi, Hamid. "Khwajah Nasir al-Din al-Tusi: The philosopher/vizier and the intellectual climate of his times". Routledge History of World Philosophies. Vol I. History of Islamic Philosophy. Seyyed Hossein Nasr and Oliver Leaman (eds.) London: Routledge. 1996. p. 529
  2. ^Siddiqi, Bakhtyar Husain. "Nasir al-Din Tusi". A History of Islamic Philosophy. Vol 1. M. M. Sharif (ed.). Wiesbaden:: Otto Harrossowitz. 1963. p. 565

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nasir_Al-Din_Al-Tusi&oldid=6361203"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp