Nasi beriani (disebut (/bɜːrˈjɑːni/)) merupakan sejenis hidangannasi campur yang berasal dari kalangan orang Islam diAsia Selatan. Nasi beriani terbuat daripada gabungannasi bersama-sama denganrempah ratus,sayur-sayuran dan beberapa jenisdaging sepertidaging ayam,lembu,biri-biri,kambing bahkanikan danudang.[1] Kadang-kadang, lauktelur dan potongankentang dijadikan sebagai pengganti daging.[2]
Nasi beriani merupakan salah satu hidangan paling terkenal di Asia Selatan serta diaspora dari rantau ini. Hidangan yang serupa juga disediakan di bahagian lain dunia seperti diIraq,Myanmar,Thailand, danMalaysia.[3] Selain itu juga, nasi beriani juga merupakan hidangan yang paling banyak dipesan atau ditempah dalamperkhidmatan pesanan danpenghantaran makanan ke rumah dalam talian di India, dan telah dinobatkan sebagai hidangan paling terkenal secara keseluruhannya di India.[4][5]
Dari segi sejarah, jenis beras yang paling biasa digunakan dalam penyediaan beriani adalahBeras perang tetapi kini beras beras basmati digunakan secara meluas. Rempah-rempah dan Bahan penyedap yang digunakan dalam beriani adalah minyak sapi , buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis,Daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih.[6]
Terdapat pelbagai jenis variasi nasi briyani di India .Di bawah merupakan sebilangan kecil variasi Briyani di Inida.
- Hyderabadi biryani
- Thalassery biryani
- Lucknowi biryani
- Bombay biryani
- Calcutta biryani
- Vaniyambadi biryani
- Nasi beriani gam (Malaysia dan Singapura)
- Nasi briyani (Indonesia)
- Khao mok (Thailand)
- Danbauk (Myanmar)
- Nasing biringyi (Filipina)