Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nas Adila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nas Adila
Nama lahirNas Adila binti Mohd. Dan
Kelahiran (1986-09-20)20 September 1986 (umur 39)
Johor Bahru,Johor,Malaysia
WarganegaraMalaysiaSunting nilai ini di Wikidata
Genre
  • Etnik Kreatif
  • Balada
  • Pop
  • Pop Dance
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Alat muzikVokal
Tahun aktif2004–kini
DiskografiLihat:Nas Adila discography(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Pautan lainFacebook: NasAdilaTwitter: NasAdilaInstagram: nasadilaDiscogs: 8109787Sunting ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nas Adila Mohd. Dan (lahir 20 September 1986) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanitaMalaysia. Beliau juga merupakan antara 14 orang pelajar yang terpilih untuk menyertaiAkademi Fantasia Musim 7 pada tahun 2009.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Adila pernah bertunangan dengan seorang jejaka berkerabat diraja Kedah bernama Putera Megat Azizul Azree Datuk Baharin pada 2008, namun pertunangan tersebut berakhir pada 2009 diatas sebab-sebab peribadi. Sekitar tahun 2010, Adila mula dikhabarkan sudah menemui pengganti apabila beliau mulai rapat dengan seorang lagi bekas bintang kelahiranAkademi Fantasia Musim 6, iaituAliff Razali. Setelah hampir lima tahun bercinta, mereka akhirnya berkahwin pada 12 Disember 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.[2]

Kerjaya muzik

[sunting |sunting sumber]

Kerjaya Nas Adila adalah bermula dengan menjadi penyanyi etnik kreatif setelah beliau merakamkan tiga album rakaman yang berjudulKekasih Kerinduan,Istana Janji danCinta. Namun kesemua album tersebut gagal menaikkan namanya sebagai penyanyi baru pada ketika itu.

Pada awal 2009, Adila kemudian membuat keputusan untuk menyertaiAkademi Fantasia Musim 7 dengan harapan namanya bakal kembali menyinar. Namun perjuangan beliau terhenti apabila telah tersingkir di konsert minggu kedua menjadikan beliau merupakan pelajar pertama yang tersingkir dalam musim ketujuh program realiti popular tersebut.[3]

Pada tahun 2010, Adila kemudian menerbitkan album mini yang berjudulBidadari Syurga dimana sewaktu pelancaran album tersebut beliau muncul dengan imej baru yang serba hitam.[4] Perubahan imej tersebut adalah disebabkan beliau ingin menukarkan imej lama dirinya yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi etnik kreatif kepada penyanyi bergenrepop dance sebagai mengikuti peredaran perubahan genre muzik zaman sekarang. Beliau juga sanggup belajar menari dengan mengikuti kelas tarian dibawah bimbinganLinda Jasmine, iaitu bekas guru tari program realitiAkademi Fantasia demi menjayakan pelancaran album mini tersebut. Beberapa bulan selepas album tersebut dilancarkan, beliau kemudian berangkat ke negara jiran, iaituIndonesia bagi menjalani proses penggambaran muzik video untuk singleBidadari Syurga. Beliau telah memilih dan menggunakan khidmat pelakon terkenal kelahiranMalaysia yang mencipta nama di negara jiran tersebut,Keith Foo sebagai model lelaki dalam muzik video tersebut.[5]

Akademi Fantasia 7

[sunting |sunting sumber]
KonsertTemaLaguKed.
Minggu 1Bebas"Di Bawah Pohon Asmara" nyanyianJaclyn Victor13
Minggu 2Medley"Merawat Luka Terpendam" nyanyianLiza Hanim / "Asyik" nyanyianAmelinaTersingkir

Filemografi

[sunting |sunting sumber]

Filem

[sunting |sunting sumber]

Drama

[sunting |sunting sumber]

Televisyen

[sunting |sunting sumber]

Teater

[sunting |sunting sumber]
  • Kita (2010)

Diskografi

[sunting |sunting sumber]

Album studio

[sunting |sunting sumber]

EP

[sunting |sunting sumber]

Single

[sunting |sunting sumber]
TahunLaguAlbum
2004"Kekasih Kerinduan"Kekasih Kerinduan
"Disebut Jangan Dikenang Jangan"
2005"Endang Ya Maulai"
"Seri Sedili"
2006"Istana Janji"Istana Janji
"Akademi Cinta"
2008"Cinta Kita"Cinta
2009"I Love You"Bidadari Syurga
2010"Bidadari Syurga"
2011"Maaf"

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Budiey (Admin) (8 Mac 2009).[1]Budiey (Admin). Dicapai pada 8 Mac 2009.
  2. ^Amri Hassan (31 Julai 2018).Hamil dua bulan, Nas Adila dan Aliff Razali bakal timang cahaya mata keduaAstro Gempak. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  3. ^Ehfan Shah (29 Mac 2009).[2]mStar Online. Dicapai pada 29 Mac 2009.
  4. ^Budiey (Admin) (28 Januari 2010).[3]Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Januari 2010.
  5. ^Budiey (Admin) (23 Mac 2010).[4]Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Mac 2010.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Juara
Naib juara
Alumni terkenal
Lagu juara
  • "Tak Ingin Kehilanganmu"
  • "Milikku"
  • "Aduh Saliha"
  • "Lihatlah"
  • "Persis Mutiara"
  • "Aku Stacy"
  • "Masih Jelas"
  • "Kebahagian Dalam Perpisahan"
  • "Cinta Teragung"
  • "Sepasang Sayap"
  • "Di Pintumu"
  • "Kisah Dua Muka"
Rencana berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nas_Adila&oldid=6706174"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp