Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Naruhito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Naruhito
徳仁
Naruhito pada Jun 2023
Maharaja Jepun
Pemerintahan1 Mei 2019 – kini
Didahului olehAkihito
Pewaris takhtaFumihito
Perdana MenteriShinzo Abe
Yoshihide Suga
Fumio Kishida
Shigeru Ishiba
KeputeraanNaruhito (徳仁)
(1960-02-23)23 Februari 1960 (umur 65)
Hospital Agensi Rumah Tangga Maharaja,Istana Maharaja Tokyo,Tokyo, Jepun
PasanganMaharani Masako (k. 1993)
AnakandaPuteri Aiko dari Toshi
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaAkihito
BondaMichiko
AgamaShinto
Imperial Coat of Arms
Imperial Coat of Arms
Kerabat diraja Jepun

YTA Maharaja Jepun
YTA Maharani Jepun

YTM Puteri Mahkota Jepun
YTM Puteri Akishino

YTM Putera Hitachi

YTM Puteri Hitachi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia[1]Maharaja Naruhito (徳仁, diputerakan 23 Februari 1960) ialahMaharaja Jepun yang sedang bertakhta. Baginda naikTakhta Bunga Kekwa pada 1 Mei 2019, berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya,AtimaharajaAkihito, pada 30 April 2019, sekaligus bermulanyaZaman Reiwa.

Menurutperturunan takhta Jepun, baginda ialah ahli ke-126 dalam dinasti yang tertua masih memerintah di dunia. Baginda ialah maharaja Jepun pertama yang diputerakan selepasPerang Dunia Kedua.

Keputeraan

[sunting |sunting sumber]

Naruhito diputerakan pada 23 Februari 1960 di Hospital Agensi Kerabat Maharaja diIstana Maharaja Tokyo,Tokyo.

Hobi dan minat

[sunting |sunting sumber]

Putera Naruhito bermainviola dan berhibur dengan berjoging, berjalan kaki, dan mendaki gunung pada waktu terluang. Beliau gemar menulis beberapa kertas dan buku.[2]

Penglibatan dan perkahwinan

[sunting |sunting sumber]

Naruhiko berkenalan denganMasako Owada (lahir9 Disember1963), seorang diplomat di bawah Kementerian Luar Negara Jepun di bawah ayahnyaHisashi Owada yang bertugas sebagai hakim dalamMahkamah Keadilan Antarabangsa, bekas naib menteri luar negara serta bekas duta Jepun kePertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika Masako berusia 29 tahun, sebelum melamarnya (sebanyak dua kali mengikut laporan berita) tidak lama kemudian. Pihak Istana Maharaja mengumumkan pertunangan mereka pada 19 Januari 1993.

Pada9 Jun1993, Naruhiko and Masako Owada berkahwin di Dewan MaharajaShinto di Tokyo yang dihadiri 2,500 tetamu undangan termasuk semua ketua negara diraja dan kebanyakan ketua negara bukan diraja Eropah serta ditonton 500 juta orang di seluruh dunia.

Perkahwinan Masako kepada Naruhiko menjadikan Masako diberikan gelaran Puteri Mahkota Jepun. Pasangan diraja tersebut bersemayam diIstana Tōgū Estet Akasaka diMinato, Tokyo selepas itu.

Keluarga dan takhta

[sunting |sunting sumber]

Puteri Toshi

[sunting |sunting sumber]

Putera Mahkota dan Puteri Mahkota mempunyai seorang puteri iaitu Yang Teramat Mulia DirajaPuteri Toshi, lahir pada1 Disember2001.

Kerja dan tanggungjawab diraja

[sunting |sunting sumber]

Putera Naruhito bertanggungjawab menjalankan tugas perwakili bagi pihak kerabat diraja Jepun di dalam dan luar negara tersebut. Beliau merupakan ahli kehormat Suruhanjaya Air untuk Abad ke-21 Dunia dan penaung Perkongsian Air Global, sebuah badan yang ditubuhkan bersamaBank Dunia,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kementerian Pembangunan Sweden. Beliau juga merupakan naib president kehormat Persatuan Palang Merah Jepun sejak tahun 1994.[3]

Beliau menggangotai Majlis Negara Jepun iaitu majlis tertinggi kerajaan Jepun di bawah pimpinan ayahandanya, Maharaja Akihito. Beliau ditauliahkan dalam Pasukan-Pasukan Pertahanan DiriDarat,Laut danUdara Jepun serta menaungi Jawatankuasa Olimpik Jepun sehingga tahun 1998, di mana beliau dijadikan ahliJawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Pada 2012, Naruhito mengambil alih tugasayahandanya buat sementara waktu ketika baginda menjalani pembedahan pintas jantungnya.[4]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Gelaran ditetapkan protokol dalam pernyataan rasmi berbahasa Melayu di negara-negara Nusantara, rujuk sebagai contoh:Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah dariPelita Brunei (4 Oktober 2017)
  2. ^The Thames And I: A Memoir Of Two Years At Oxford.ISBN 1-905246-06-4.
  3. ^"Their Imperial Highnesses the Crown Prince and Crown Princess". Diarkibkan daripadayang asal pada 5 Disember 2002. Dicapai pada2 Disember 2016.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  4. ^"Japanese Emperor Akihito's heart surgery 'a success'".BBC News. 18 February 2012.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Naruhito
Tarikh keputeraan: 23 Februari 1960
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Akihito
Maharaja Jepun
2019–kini
Pemegang jawatan kini
Pewaris raja:
Fumihito, Putera Akishino
Kerabat diraja Jepun
Didahului oleh
Akihito
Putera Mahkota Jepun
1991–2019
Diikuti oleh:
Fumihito, Putera Akishino
Dikisahkan
Jōmon
660 SM–291 SM
Yayoi
290 SM–269 M
Yamato
Kofun
269–539
Asuka
539–710
Nara
710–794
Heian
794–1185
Kamakura
1185–1333
Istana Utara
1333–1392
Muromachi
1333–1573
Azuchi-Momoyama
1573–1603
Edo
1603–1868
Empayar Jepun
1868–1947
Pasca perangJepun
1947–kini

Kecuali dinyatakan lain (seperti SM), tahunnya ialahM * Maharani dan PemangkuJingū tidak disenaraikan secara tradisional.

Pemerintah monarki negara berdaulat kini
Afrika
Asia
Eropah
Amerika
Oceania
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Naruhito&oldid=6667468"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp