| Watak Harry Potter | |
|---|---|
| Narcissa Malfoy | |
| Jantina | Perempuan |
| Warna rambut | Kuning Pudar |
| Warna mata | Biru |
| Kediaman | Malfoy Manor |
| Rumah | Slytherin |
| Sekolah | Hogwarts |
| Keturunan | Sihir |
| Dilakonkan oleh | Helen McCrory |
| Kemunculan pertama | Harry Potter and the Goblet Of Fire(buku) |
Narcissa Malfoy (née Black) merupakan salah satu watak rekaan dalam novel cereka bersiriHarry Potter karanganJ. K. Rowling. Beliau merupakan seorang ahli sihir perempuan berdarah tulen, isteri kepadaLucius Malfoy dan ibu kepadaDraco Malfoy. Beliau juga merupakan adik perempuan yang paling bongsu kepadaBellatrix Lestrange danAndromeda Tonks, yang memberikan nama manja "Cissy" kepadanya. Walaupun tidak pernah menyertaiDeath Eater secara rasmi, Narcissa percayakan kepentingan keturunan darah tulen dan meyokong suaminya yang menjadi penyokongLord Voldemort. Perkara ini berubah apabila nyawa anaknya dijadikan pertaruhan oleh Raja Kegelapan itu. Narcissa sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya termasuklah menipu Voldemort tentangHarry Potter, satu tindakan yang menyelamatkan keluarga Malfoy dari dikenakan hukuman diAzkaban selepas tamatnya peperangan.
Narcissa Black merupakan anak bongsu kepadaCygnus Black dan isterinya,Druella (née Rosier), yang dilahirkan pada 16 April1956. Beliau mempunyai dua orang kakak,Bellatrix danAndromeda. Narcissa telah dididik sejak kecil berkenaan falsafah keturunan sihir tulen dan membesar dengan perasaan prejudis. Disebabkan itu, beliau memutuskan hubungan dengan kakaknya Andromeda selepas kakaknya itu disingkirkan daripada keluarga kerana mengahwini ahli sihir berkelahiranMuggle,Ted Tonks dan namanya dalam salasilah keluarga Black juga telah dibakar.[HP7]
Narcissa telah mendapatkan pendidikan diSekolah Sihir Hogwarts dan dimasukkan ke rumahSlytherin, tempat beliau bertemu dengan bakal suaminyaLucius Malfoy.[HP2]
Selepas tamat pengajian di Hogwarts, lebih kurang penghujung tahun1976, Narcissa mengahwini Lucius. KeluargaMalfoy menetap di sebuah rumah yang mewah yang terletak di selatan perkampungan Wiltshire, England. Suaminya memperkenalkan Narcissa kepada kehidupanDeath Eater dan kesetiaan terhadapLord Voldemort, walaupun beliau sendiri tidak pernah mempunyai Tanda Kuasa Hitam. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakanDraco. Narcissa mengikuti tradisi keluarganya yang menamakan anak-anak sempena nama bintang dan buruj.
Beliau telah muncul dalam bukuHarry Potter and The Goblet of Fire buat pertama kalinya.Seterusnya,dalamHarry Potter and The Order Of Phoenix beliau tidak muncul.Namun,di layar perak beliau dilakonkan olehHelen Mccory yang melakonkan wataknya bermula filemHarry Potter and The Half-Blood Prince.
| Arcturus Black | Lucretia Black | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Melania Macmillan | Ignatius Prewett | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sirius Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lycoris Black | Orion Black | Sirius Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Hesper Gamp | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Regulus Black | Walburga Black | Regulus Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Phineas Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sirius Black | Pollux Black | Alphard Black | Bellatrix Black | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Phineas Nigellus Black | Irma Crabbe | Rodolphus Lestrange | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Cygnus Black | Cygnus Black | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ursula Flint | Cassiopeia Black | Andromeda Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Violetta Bulstrode | Druella Rosier | Nymphadora Tonks | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Elladora Black | Marius Black | Ted Tonks | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Isla Black | Dorea Black | Narcissa Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Potter lelaki | Draco Malfoy | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bob Hitchens | Charlus Potter | Lucius Malfoy | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Burke lelaki | Callidora Black | Longbottom lelaki | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Belvina Black | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Burke lelaki | Harfang Longbottom | Longbottom perempuan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Herbert Burke | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Burke perempuan | Cedrella Black | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Arcturus Black | Septimus Weasley | Crouch lelaki | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lysandra Yaxley | Charis Black | Crouch perempuan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Caspar Crouch | Crouch perempuan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||