Nama pena merujuk kepada nama gelaran yang digunakan oleh seseorang artis yang inginmengkarya denganpengenalan tersendiri tidak mahu menggunakan nama asal dalam karya mereka disebabkan oleh alasan tertentu — sama ada tidak ingin dikenali orang ramai, atau takut terancam lazimnya disebabkan ancaman pengganas atauundang-undang tertentu sepertipemenjaraan ataupenahanan.
Sebuah nama pena samaran dapat digunakan untuk melindungi huraian penulis untuk buku-buku menyentuh bidang-bidangpolitik,perisikan ataujenayah. Contohnya:
nama "Ibn Warraq* yang telah digunakan oleh para penulis pemberontakMuslim
Brian O'Nolan menggunakan nama penaO'Brien Flann danMyles na gCopaleen untuk menulis di bidang novel danjurnalistik dari tahun1940 ke tahun1960 kerana seorangpegawai negeri pada ketika itu tidak dibolehkan untuk menerbitkan karya tulis di bawah nama mereka sendiri.
Beberapa siricereka dapat diterbitkan di bawah satu nama pena meskipun mungkin ada lebih dari satu penulis yang telah menyumbang kepada siri tersebut. Adakalanya beberapa buah buku atau jilidsusulan siri akan ditulis oleh penulis berlainan dengan menggunakan nama yang sama; penulis berikutnya ini merupakan "penulis bayangan" atau "penulis siluman". penggunaan sedemikian ditegahsasterawan kerana kecenderungannya dalam mengaburkansejarah sastera.
Kadang-kadang beberapa penulis akan menulis buku yang saling terkait di bawah nama samaran yang sama; antara contoh paling tersohor ini ialah namaNicolas Bourbaki yang digunakan sebagainama samaran kolektif sekelompok ahlimatematikPerancis abad ke-20 dalam penulisan menulis serangkaian buku menerangkan dan mengajar matematik moden pada awal tahun1935. Buku-buku ini tidak sahaja melazimkanteori himpunan, malah turut menciptakan beberapaterminologi dan konsep-konsep baru dalam bidang tersebut.
Mahathir Mohamad pernah menggunakan nama pena 'Che Det' ketika menulis tentang kisah-kisah yang melandamasyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan se-Malaysia.
DiIndonesia, banyak penulis yang menggunakan nama pena dalam menerbitkan tulisan mereka terutamanya pada zamanOrde Baru untuk melindungi diri mereka dari ancaman bahayapolitik. Di duniaseni dansastera, dalam bidang yang berlainan seorang tokoh dapat menggunakan berbagai nama untuk bidang sastera yang berbeda: misalnya nama-nama "Remy Sylado" untuknovel dan "Dova Zila", "Alif Danya Munsyi", "Juliana C. Panda", atau "Jubal Anak Perang Imanuel" untuk bidang lainnya, di mana semuanya adalah nama pena / samaranYapi Tambayong, penulis dansastrawan asal Indonesia.
Banyaknovel bernuansaerotis yang terbi di negara ini, terutamanya yang beredar didunia maya, ditulis menggunakan nama pena atau nama samaran untuk melindungireputasi penulis sebenarnya.