Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Nahdhah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nahdhah (Arab:النَهضَة,rumi: an-Nahdhah "kebangkitan" terbitan kata kerjaنَهَضَnahadha "bangun; bangkit"[1]) gerakan kebangkitan budaya yang terwujud dalamDunia Arab yang terjadi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bermula serentak diMesir dan rantauSyam terutamanyaLubnan danSuriyah[2] berkaitan dengan ketergugatan kuasaUthmaniyah berikutanpenyeranganMesir oleh balatenteraNapoleon Bonaparte pada tahun 1798 selainperombakan kuasa Uthmaniyah mendekati suatu kerajaan berpelembagaan. Namun, perbezaan latar masyarakat Mesir dan Syam memincangkan tujuan gerakan yang diadakan secara peringkat setempat di mana gerakan di Mesir menumpu kepada pembaharuan dalam siasahdunia Islam sedangkan negeri-negeri Syam menumpukan kepada pembaharuan kebudayaan.[3]

Zaman ini menyaksikan penyegaran dan pemajuan intelektual Arab paling utama dengan perkenalan teknologipercetakan moden[4][5][6] serta penerjemahan penulisan saintifik kembangan saintis Barat ke dalambahasa Arab yang menyusul[7][8] jadi antara titik mula perkembanganBahasa Arab Fusha. Sastera Arab moden turut berkembang terutamanya dengan gerakanMahjar diterajui para imigran Arab Kristian keAmerika Syarikat pada waktu yang sama,[9][10] begitu juga dengan pendirian universiti-unversiti Kristian diBeirut danBaghdad.[11]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 373.ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^Ansari, Abdul Latif (2010).Thoughts and Ideologies of Mikhail Nu'aima, the Mahjar Poet in the development of Modern Arabic Poetry; A critical study. Shodhganja. Chapter 1.hdl:10603/116505.
  3. ^"Histories of the Modern Middle East". College of Liberal Arts,The University of Texas at Austin. Dicapai pada2017-09-27.
  4. ^Adnan A. Musallam,Arab Press, Society and Politics at the End of The Ottoman EraDiarkibkan 19 Julai 2011 diWayback Machine
  5. ^Hallaq, Boutros; Toelle, Heidi (2007).Histoire de la littérature arabe moderne : 1800-1945 (dalam bahasa Perancis). Paris: Sindbad Actes Sud.ISBN 978-2-7427-5904-0.
  6. ^Florian, Louis (2016).Incertain Orient : le Moyen-Orient de 1876 à 1980 (dalam bahasa Perancis). Paris: PUF. m/s. 96.ISBN 978-2-13-074910-3.
  7. ^Zeina, Farah Magdy (Ogo 2020)."Nahdah Translators and the Politics of Modernization in Colonial Egypt: A Paratextual Analysis of Darwinism as a Reform Project".Transletters - International Journal of Translation and Interpreting (dalam bahasa Inggeris). Universidad de Córdoba.4 (2020): 341–5.ISSN 2605-2954.
  8. ^Elshakry, Marwa S. (Dis 2008)."Knowledge in Motion: The Cultural Politics of Modern Science Translations in Arabic".Isis. University of Chicago Press.99 (4): 701–730.doi:10.1086/595767.ISSN 0021-1753.
  9. ^Fahrenthold, Stacy (2014).Making Nations, in the Mahjar: Syrian and Lebanese Long-distance Nationalisms in New York City, São Paulo, and Buenos Aires, 1913–1929 (dalam bahasa Inggeris). Northeastern University.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2021. Dicapai pada29 October 2021.
  10. ^Moreh, Shmuel (1976).Modern Arabic Poetry 1800–1970: the Development of its Forms and Themes under the Influence of Western Literature. Brill. m/s. 85.ISBN 978-90-04-04795-2.
  11. ^Labki, Butrus (Mei 27, 2010)."دور العرب المسيحيين المشارقة فــي تحديث العالم العربي" [Peranan Arab Kristian memajukan dunia Arab] (dalam bahasa Arab). Union Catholique de la International Presse Liban.Diarkibkan daripada yang asal pada Dis 3, 2013.

Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Nahdhah&oldid=6148625"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp