NBC diasaskan olehPerbadanan Radio Amerika (RCA) pada tahun 1926, dan pada tahun 1986 rangkaian ini diambil alih olehGeneral Electric (GE), melalui pembelian RCA berharga $6.4 bilion. GE sebelumnya memiliki RCA dan NBC hingga tahun 1930, ketika dipaksa untuk menjual syarikat radio itu sebagai akibat daripada tuduhan antitrust. Selepas pengambilalihan, ketua eksekutif NBC adalahBob Wright, sampai dia pensiun, memberikan tugasnya kepadaJeff Zucker.
NBC boleh didapati di kira-kira 97% isi rumah AS pada tahun 2003, iaitu mencapai 103 orang penonton. NBC mempunyai 10 stesen milikan dan kendalian sendiri serta hampir 200 anggota sekutu di AS dan wilayah-wilayahnya.[1][2]
Rangkaian NBC merupakan sebahagian syarikat mediaNBC Universal, iaitu sebuah unit General Electric danVivendi. Pada tarikh 1 Disember 2009, GE membeli sisa 20% saham daripada NBC Universal yang tidak dimiliki sendiri dari Vivendi. Pada tarikh 3 Disember 2009,Comcast mengumumkan akan membeli 51% saham daripada NBC Universal.