NASDAQ ialah sebuahbursa sahamAmerika Syarikat. Nama penuhnya ialahNational Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangansekuriti ekuiti berskrinelektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.[3]
Sebut harga NASDAQ terdiri daripada tiga tahap:
- Tahap 1 menunjukkan bidaan tertinggi dan tawaran terendah, iaitu sebut harga dalamannya.[4]
- Tahap 2 menunjukkan semua sebut harga awampenggerak pasaran bersama maklumat penggerak pasaran yang berhasrat untuk menjual atau membeli saham dan pesanan-pesanan yang baru dilaksanakan.[5]
- Tahap 3 digunakan oleh penggerak pasaran untuk membolehkan mereka memasukkan sebut harga dan melakukan pesanan.
NASDAQ bermula dengan sesi pra-pasaran dari jam 7.00 hingga 9.30 pagi, diikuti sesi perdagangan biasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, dan sesi pasca-pasaran dari 4.00 hingga 8.00 malam (semua waktu dinyatakan dalam EST).[6]
|
|---|
| Antarabangsa | |
|---|
| Kebangsaan | |
|---|
| Akademik | |
|---|
| Lain | |
|---|