Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Jawi: ڤنتدبيرن اءيروناءوتيک دان اڠکاس لڤس کبڠساءن اميريک) atau singkatannyaNASA (Jawi: ناسا) merupakan badan pemerintahAmerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan di negara tersebut. Badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil pelaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.[5] Perbelanjaan tahunan bagitahun fiskal 2007 (FY2007) berjumlahAS$ 16.8 bilion.[6] NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung diseluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) tidaklah baru mahupun "berteknologi tinggi".
Selain dari program angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikanaeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalanpenjelajahan angkasa lepas,penemuan saintifik dan penyelidikanaeronautik."[7] Moto badan ini ialahper aspera ad astra, suatu ungkapanbahasa Latin yang bermaksud "menuju ke bintang melalui kesukaran."
Berikutan pelancaranprogram angkasa Soviet melaluisatelit buatan manusia dunia yang pertama (Sputnik 1) pada 4 Oktober 1957, perhatianAmerika Syarikat tertumpu ke arah usaha-usaha angkasa lepas mereka sendiri.Kongres negara tersebut merasakan bahawa penemuan baru dalam projek tersebut mampu mendatangkan ancaman kepada kepimpinan keselamatan dan teknologi mereka (dikenali sebagai "Krisis Sputnik") lalu ahli-ahlinya menggesa tindakan segera dilakukan; PresidenDwight D. Eisenhower serta para penasihatnya pula memberi perhatian terhadap tindakan yang lebih drastik. Perdebatan yang berlangsung selama beberapa bulan membuahkan ilham perlunya suatu agensi persekutuan bagi mengendalikan kegiatan bukan ketenteraan negara ini di angkasa lepas.