Muzik vokal ialahmuzik yang dipersembahkan oleh satu atau lebihpenyanyi, sama ada dengan iringanalatan muzik ataupun tidak, di mana nyanyian tersebut merupakan tumpuan utama gubahan sesuatu lagu itu. Muzik yang mempunyai nyanyian tetapi tidak mempersembahkannya dengan jelas umumnya dianggap sebagaimuzik instrumental
Muzik vokal seringkali mempamerkan kata-kata yang nyanyian yang digelarlirik walaupun terdapat beberapa contoh muzik vokal yang dipersembah menggunakan suku kata atau bunyi bukan linguistik, kadang-kala sebagaionomatopoeia muzikal. Sebuah gubahan muzik vokal yang terdiri daripada lirik-lirik digelarlagu.
Muzik vokal mungkin sekali sejenis muzik yang paling tua, kerana muzik jenis ini tidak memerlukan sebarang alatan muzikal selain daripadasuara manusia sendiri. Setiapbudaya muzikal mempunyai satu atau lebih jenis muzik vokal.