Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Muzik Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
P. Ramlee, pemuzik Malaysia.

MuzikMalaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia.

Irama Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Genre ini merangkumi tradisional iaituIrama Melayu, etnik dan dangdut.

Muzik tradisional

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Muzik tradisional

Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaituIndonesia danThailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh sepertiPortugis danChina.[1]

Kaum peribumiSemenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelarkertok, iaitu sebentuk muzikgamelan yang berasal daripadaJawa yang mempunyai alunan cepat dan berirama.Ghazal dariTanah Arab amat laris di pasaran muzikKuala Lumpur danJohor, melahirkan bintang tekrenal sepertiKamariah Noor.

DiMelaka,ronggeng merupakan jenismuzik tradisional daripadaJawa yang paling popular dimainkan, dan didendangkan dengan alunanbiola,gendang,akordion dangong.

Muzik dan tarianzapin dariArab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan olehgambus dan beberapa buah gendang.

Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi.

Muzik pop

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pop Malaysia

Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzikasli tradisional yang dipopularkan pada pada1920-an dan1930-an oleh rombonganBangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan olehorang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.

Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialahTudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun1930. Pada1950-anP. Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan sepertiAzizah,Dendang Perantau danDi Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.

Pop yeh-yeh

[sunting |sunting sumber]

Pada1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia,Singapura danBrunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari1965 hingga1971. Muzik dan fesyen alaThe Beatles dan kumpulan muzikrock and rollBritish yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudulShe Loves You ("she loves you,yeah-yeah-yeah".)

Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan laguSuzanna yang dinyanyikan olehM Osman pada tahun1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini – dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" – terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. NegeriJohor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian.

Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan olehDJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (ataukeyboard) dan seorang pemain dram.

Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasukM. Osman,A. Ramlie,Jeffrydin,Adnan Othman,Halim Yatim "Jandaku",Afidah Es,J. Kamisah,Siti Zaiton,J. Sham,A. Rahman Onn,Hasnah Haron,J. Kamisah,Fatimah M. Amin,Asmah Atan,Orkid Abdullah,A. Remie,Zam Zam,Salim I,Kassim Selamat,M. Rahmat,A. Karim Jais,M. Ishak,Hussien Ismail,Jaafor O,A. Halim,Azizah Mohamed,S. Jibeng danL. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasukkumpulan The Rhythm Boys,The Siglap Five,The Hooks yang diketuaiA. Romzi (dengan lagu hitnyaDendang Remaja),The Siglap Boys,Les Kafilas,The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri,Impian Bateks yang menampilkanRudyn Al-Haj dengan lagu popularnyaNaik Kereta Ku dan persembahana capellanya sepertiOh Posmen,Gadis Sekolah etc,The Swallows yang terkenal denganLa Aube,Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis merekaKassim Selamat. LaguLa Aube pernah laris diJerman.

Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja diKuala Lumpur bahkan juga di kota lain sepertiJohor Bahru danIpoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.

Perubahan citarasa muzik

[sunting |sunting sumber]

D.J. Dave,Hail Amir danUji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruhHindustan pada1970-an.

Sekitar akhir 1970-an dan awal1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan sepertiAlleycats,Discovery,Carefree danChendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo sepertiSudirman danSharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan.

Sebelum pertengahan1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaituslow rock,heavy metal,hard rock danblues. Kumpulan masyhur dari Barat sepertiScorpions,Led Zeppelin,Deep Purple,Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia.

M. Nasir danJS Kevin memainkan peranan penting dalam membentukmuzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan sepertiSearch danWings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejalacetak rompak dalam bentuk menyalinkaset dancakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.

Sekitar akhir1980-an dan awal1990-an,R&B danmuzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai sepertiSheila Majid serta penerbit terkemuka sepertiMac Chew danJenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an,kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu.

Pengaruh agama Islam

[sunting |sunting sumber]

Pada1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkanZainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahanMukhlis Nor dan penerbitan olehRoslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benuaAsia. Sekitar waktu ini muzik popnasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan olehRaihan,RabbaniNowSeeHeart danBrothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya.

Pada tahun1996 seorang gadis sekolah bernamaSiti Nurhaliza dari pekanKuala Lipis,Pahang menghasilkan album yang diterbit olehAdnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara.

1990-an sehingga kini

[sunting |sunting sumber]

Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahanInternet, muat turunMP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Cakera padat cetak rompak juga didapati dipasar malam dengan harga kira-kira satu suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang serupa.

Ketika awal2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan sepertiAkademi Fantasia danMalaysian Idol membolehkan orang awam memilih bintang pujaan mereka dengan menghantarSMS. Yang menarik orang awam adalah penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman membentuk artis.

Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu banyak bentuk hiburan yang lain sepertiDVD, televisyen berbayar, program radio yang makin bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan litar muziklive yang aktif di mana para penghibur menggubah dan mempersembahkan karya sendiri. Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami kehadiran persada muzikindependent (ataubawah tanah) lalu memberikan "persepsi yang tersimpang" mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan.

Hasil rancangan realiti sepertiVincent Chong,Jaclyn Victor,Daniel Lee Chee Hun danMawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran budaya popular.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Munan, Heidi. "Music at the Crossroads". 2000. In Broughton, Simon and Ellingham, Mark with McConnachie, James and Duane, Orla (Ed.),World Music, Vol. 2: Latin & North America, Caribbean, India, Asia and Pacific, pp 175-182. Rough Guides Ltd, Penguin Books.ISBN 1-85828-636-0.
  1. ^(Munan, 175)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muzik_Malaysia&oldid=6726983"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp