Seutas mutiara akoya dari China.Ladang mutiara di Seram, Indonesia
Mutiara (Jawi: موتيارا serapanSanskrit:मुत्यहारmutyahāralakuranमुत्यmutya +हारhāra “rantai”[1]) adalah objek bulat dan keras yang dihasilkan mealui pengumpulan dalamtisu lembut sesetengah haiwan tertentu terutamanyamoluska sepertitiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagaibatu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas. Mutiara digunakan sebagai perhiasan melengkapi diri dalam bentuk susunan tertentu seperti cincin, rantai, mahkota sampai ke gelang.
Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluskadwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisankalsium karbonat (CaCO3) dalam bentukgalianaragonite ataukalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagaiconchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagainakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali,indung mutiara (mother-of-pearl).
Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya.[2][3][4]
Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitutiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri. Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!
Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi.
^Edi Sedyawati dkk. (1994).Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 121.