Mustapa Mohamed | |
|---|---|
Dato' Sri Mustapa Mohamed pada 2015 | |
| AhliDewan Undangan Negeri Kelantan bagiAyer Lanas | |
| Dalam jawatan 2013 – 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 359 (PRU-14) 47 (PRU-13) |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 799 (PRU-11) |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Digantikan oleh | |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| AhliParlimen Malaysia bagi P30Jeli,Kelantan | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 6,647 (PRU-14) 5,269 (PRU-13) 7,353 (PRU-11) |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Didahului oleh | Kawasan baharu |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 572 (PRU-9) |
| Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Darell Leiking |
| Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia | |
| Dalam jawatan 2008–2009 | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| AhliDewan Negara | |
| LantikanYang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 29 Mac 1991 – 28 Mac 1994 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1950-09-25)25 September 1950 (umur 75) Bachok,Kelantan,Persekutuan Tanah Melayu (kiniMalaysia) |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Datin Sri Khamarzan Ahmad Meah |
| Anak | 4 |
| Kediaman |
|
| Tempat belajar | Universiti Melbourne Universiti Boston |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Gaji | RM69,427.20 sebulan[1] |
Dato' SriMustapa bin Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagaiTok Pa ialah ahli politik dan ahli ekonomiMalaysia berketurunanMelayu. Beliau merupakan mantan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (2020-2022), mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018) dan mantan Ahli ParlimenJeli selama lima penggal (2004-2022 dan 1995-1999) serta mantan ADUNAyer Lanas selama tiga penggal (2013-2022 dan 2004-2008).
Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963.
Selepas menamatkan pengajian di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti of Melbourne di Australia dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana pada tahun 1982 dari Universiti Boston,Amerika Syarikat.
Hasil perkongsian hidup bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah sejak 29 tahun lalu, beliau telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan membaca ataupun berjoging.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963. Pada tahun 1969, beliau menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidangEkonomi di Universiti Melbourne,Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Universiti Boston,Amerika Syarikat.
Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun1974. Beliau kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, TunDaim Zainuddin pada tahun 1984.
Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif,Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadiMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menggantikanTan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Jawatan sebagaiMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bagi menggantikanTan Sri Muhyiddin Yassin.
Penglibatan Y.B. Dato' Sri Mustapa dalam UMNO bermula pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi ParlimenJeli pada pilihan raya tahun 1995. Berikutan kejayaan tersebut, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada bulan Mei 1995 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada bulan September 1998.
Y.B. Dato' Sri Mustapa yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004.

Selain mengetuai Persatuan Humphreys Fellows Malaysia, Dato' Sri Mustapa juga merupakan Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia, Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA serta Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Pada 2018, 18 September, beliau mengumumkan untuk keluar dari Parti UMNO dan bergerak secara bebas buat masa kini.[2]
Beliau telah menyertaiBERSATU pada 26 Oktober 2018. Borang permohonan diserahkan kepada Pengerusi BERSATU,Mahathir Mohamad, sambil disaksikan Presiden BERSATU,Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Lobi Galeri BERSATU di Menara Yayasan Selangor,Petaling Jaya.[3]
DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Mohamed bertanding menggunakan tiketBarisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasanparlimenJeli , negeriKelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.
Calon lawan ialah Mohd Afandi bin Mohamad dariPAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.
| Tahun | Perlembagaan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P30Jeli, Kelantan. | Mustapa Mohamed (UMNO) | 13,301 | 51.10% | Zianon Abdin Ali (S46) | 12,729 | 48.90% | 26,962 | 572 | 81.20% | ||
| 1999 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 14,830 | 48.43% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 15,523 | 50.69% | 31,152 | 693 | 81.93% | |||
| 2004 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 16,960 | 63.84% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 9,607 | 36.16% | 26,961 | 7,353 | 82.38% | |||
| 2008 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 17,168 | 57.07% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 12,732 | 42.33% | 30,555 | 4,436 | 84.18% | |||
| 2013 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 21,223 | 56.95% | Mohd Apandi Mohamad (PAS) | 15,954 | 42.81% | 37,688 | 5,269 | 87.19% | |||
| 2018 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 21,665 | 45.64% | Azran Deraman (PPBM) | 2,078 | 4.38% | 39,161 | 6,647 | 82.50% | |||
| Mohamad Hamid (PAS) | 15,018 | 31.64% | ||||||||||
| Tahun | Perlembagaan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | N37 Air Lanas, P30 Jeli. | Mustapa Mohamed (UMNO) | 5,118 | 53.75% | Abdullah Ya'kub (PAS) | 4,319 | 45.36% | 9,522 | 2,866 | 83.92% | ||
| 2013 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 6,605 | 49.42% | Abdullah Ya'kub (PAS) | 6,558 | 49.07% | 13,365 | 47 | 89.10% | |||
| 2018 | Mustapa Mohamed (UMNO) | 7,243 | 40.89% | Aminuddin Yaacob (PPBM) | 608 | 3.43% | 14,908 | 359 | 84.19% | |||
| Abdullah Ya'kub (PAS) | 6,884 | 38.87% | ||||||||||