Muslim (Arab: مسلم) ialah gelaran bagi orang yang beragamaIslam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepadaAllah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucapdua kalimah syahadah, dia akan secara langsung menjadi seorang Muslim.
Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaituAllah, serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelumNabi Muhammad, dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa.Al-Quran memerihalkan banyaknabi-nabi dan Rasul-Rasul sebagai Muslim, termasukNabi Adam a.s.,Nabi Nuh a.s.,Nabi Musa a.s., serta jugaNabi Isa a.s. dan hawari-hawarinya. Al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaran-Nya dan mendukung nilai-nilai-Nya. Misalnya, dalam Surah 3:52 Al-Quran, pengikut Nabi Isa memberitahu Nabi Isa as: "saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang Muslim".
Berdasarkan kajian pada tahun 2010, bilangan Muslim di seluruh dunia kini dianggarkan sebagai sekitar 1.62 bilion bersamaan lebih daripada 23% dari populasi dunia, dan populasinya terus meningkat.[1][2] Ini sekali gus meletakkan agamaIslam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya selepasKristian.