Turutan rupa pokok yang sama pada musim-musim iklim sederhana dalam setahun
Musim (Jawi: موسيم,bahasa Inggeris:season) merupakan salah satu daripada pembahagian besar dalam jangka masatahunan, pada umumnya berdasarkan pada perubahan tempoh setahun berdasarkancuaca.
Musim terjadi akibat putaran tahunanBumi mengelilingiMatahari dan kecondongan paksi Bumi berbanding satah putaran.
Keadaan Bumi yang mencondong semasa peredaran mengelilingi bumi menyebabkan dua belahan utama ia, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mempunyai musim yang berlainan pada tempoh atau waktu yang lebih kurang sama. Namun, perincian tempoh yang diukur terbahagi kepada beberapa pendekatan berbeza:
Pengiraan ini mula dikembangkan suatu persatuankaji cuaca di Eropah bernama Societas Meteorologica Palatina pada 1780 di mana 1 tahun dibahagikan rata-rata kepada 4 tempoh suasana selama 3bulan dalamtakwim Gregorius, pendekatan ini melekat penggunaannya sehingga hari ini.[2]
Pengiraan ini pula ditentukan dengan mencatat waktu lintasan Matahari dalam liputan Garisan-GarisanSartan danJadi pada waktusolstis dan lintasan Matahari melaluiKhatulistiwa pada waktuekuinoks.[5] Musim-musim yang dikirakan ini tidaklah sama panjang kerana sifat orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.
^Lane, Edward William (1863–1893)."وسم".Arabic-English Lexicon. London – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)