Muppets From Space ialah sekumpulan watakboneka ciptaanJim Henson. Setiap Muppet ialah sebuah boneka yang dihasilkan oleh Jim Henson ataubengkel syarikatnya. Meskipun sering digunakan untuk memaksudkan mana-mana boneka yang menyerupai gayaThe Muppet Show, namun istilah Muppet sebenarnya merupakantanda dagang sah yang dikaitkan dengan watak-watak ciptaan Henson.
Antara rancangan-rancangan terkenal yang dibintangi oleh watak Muppets termasukSesame Street,The Muppet Show danBear in the Big Blue House.
Menurut Henson, istilah "Muppet" dicipta dengan menggabungkan perkataan "Marionette" dan "puppet"; rupa-rupanya, Henson sekadar mereka-reka cerita "marionette/puppet" agar senang difahami oleh wartawan, sebaliknya tercari nama yang menyenangi telinga untuk watak-wataknya.[1]
Setelah berkali-kali mencuba,The Walt Disney Company akhirnya membeli watak Muppets pada tahun 2004[2], kecuali watak-watak dalamSesame Street (yang dijual kepadaSesame Workshop terlebih dahulu, tetapi masih membayar The Jim Henson Company untuk mereka watak baru) dan watak-watak Fraggles dalamFraggle Rock (yang masih dimiliki olehThe Jim Henson Company). Tanda dagang sah pada istilah "Muppet" kini dimiliki olehThe Muppet Holding Co., LLC (sebuah anak syarikat Disney), tetapi Sesame Workshop dan the Jim Henson Company masih diizinkan untuk menggunakan istilah itu untuk watak boneka masing-masing.
[[Fail:Tv ad pizza hut muppets 2005.jpg|thumb|[[Fail:LittleCaesarsBrno.jpg|thumb|
]]|217x217px]]
Sesebuah Muppet biasanya berwajahkan mulut yang amat lebar dan mata bulat yang terjojol. Boneka-boneka ini biasanya diacu atau diukir dari getah berbusa, kemudian disaluti bulu atau bahan seumpamanya. Muppets boleh menyerupai bentuk manusia, haiwanbersifat manusia, haiwan realistik, robot, objek bersifat manusia, makhluk asing, makhluk mitos, raksasa, atau watak abstrak.
Berbeza dengan bonekaventrilokis yang hanya digerakkan kepala dan mukanya, Muppets juga dihidupkan lengan-lengan dan mana-mana anggota badan lain agar menimbulkan penuh perasaan. Muppets biasanya diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan dipersembahkan seolah-olah bebas dari kawalan dalangnya yang selalunya tersorok di sebalik set atau di luar gambar kamera. Menjadikan gambar kamera sebagai "pentas" merupakan satu hasil daya inovasi bagi Muppets.[3] Adakalanya, Muppets memperlihatkan seluruh badannya, kerana benang-benang halus digunakan untuk menggerak-gerakkan badannya, kemudian suara dirakamkan selepas penggambaran.
Filem pawagam dan TV[sunting |sunting sumber] | Siri TV[sunting |sunting sumber]
|