Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mumtaz Mahal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lukisan Mughal Mumtaz Mahal

Mumtāz Mahal (April 1593 - 17 Jun 1631) (Parsi,Urdu: ممتاز محل;mumtɑːzmɛhɛl; bermakna "hiasan kesayangan di istana") ialah nama ringkas biasa bagiArjumand Banu Begum, maharaniIndia semasa DinastiMughal. Beliau telah dilahirkan diAgra,India. Ayahnya ialah seorang bangsawanParsi yang bernamaAbdul Hasan Asaf Khan, yang merupakan abang kepada MaharaniNur Jehan (yang kemudian menjadi isteri kepada maharajaJahangir). Mumtaz Mahal seorangIslam yang bermazhabSyiah. Beliau berkahwin pada umur 19 tahun, iaitu pada 10 Mei 1612, dengan Putera Khurram, yang kemudian menaikitakhta Merak sebagaiMaharaja MughalShah Jahan I. Beliau merupakan isteri ketiga dan paling disayangi oleh Shah Jahan. Mumtaz Mahal meninggal dunia diBurhanpur,Deccan (kini diMadhya Pradesh) semasa melahirkan anak ke-14, seorang anak perempuan yang diberi namaGauhara Begum. Jenazahnya disimpan di Burhanpur selama 23 tahun sehinggalah pembinaan Taj disiapkan. Setelah siap, keranda beliau dipindahkan ke Agra. Jenazah beliau kemudian dikebumikan di dalamTaj Mahal diAgra.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  • Koch, Ebba.The Complete Taj Mahal: And the Riverfront Gardens of Agra(Hardback)|format= requires|url= (bantuan) (ed. First). Thames & Hudson Ltd. m/s. 288.ISBN 0500342091.Unknown parameter|origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
  • Preston, Diana & Michael.A Teardrop on the Cheek of Time(Hardback)|format= requires|url= (bantuan) (ed. First). London: Doubleday. m/s. 354.ISBN 9780385609470.Unknown parameter|origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mumtaz_Mahal&oldid=6522893"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp