Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mumia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebatang mumia yang dipaparkan di British Museum.

Mumia merupakan manusia atau haiwan mati yang dipelihara kulit dan organ-organnya secara pendedahan atau keterdedahan kepada bahan kimia, kesejukan melampau, kelembapan yang amat rendah, atau ketiadaan udara, supaya mayat atau bangkai yang ditemui itu tidak mereput lagi jika disimpan dalam keadaan nyaman dan kering. 

Mumia manusia mahupun haiwan telah ditemui di setiap benua, baik sebagai hasil peliharaan semula jadi mahupun keadaan luar biasa, dan sebagai artifak kebudayaan. Lebih sejuta batang mumia haiwan telah ditemukan di Mesir, kebanyakannya kucing.[1] Banyak juga mumia Mesir daripada burung sekendi, malah hasil penarikhan radiokarbon menunjukkan bahawa mumia burung sekendi yang dianalisis itu datang daripada tempoh tahun 450 hingga 250 SM.[2]

Selain daripada mumia terkenal Mesir Purba, pemumiaan merupakan sebuah ciri-ciri yang terdapat dalam beberapa budaya purba di kawasan-kawasan kontang Amerika dan Asia. Mumia Spirit Cave di Fallon, Nevada, Amerika Utara ditarikhkan setepatnya pada lebih 9,400 tahun. Sebelum penemuan ini, mumia olahan manusia yang paling tua ialah mayat kanak-kanak, salah sebatang mumia Chinchorro yang terdapat di Lembah Camarones, Chile, yang bertarikh sekitar 5050 SM.[3] Mayat manusia terawet semula jadi yang tertua dikenali ialah kepala penggal yang berumur 6,000 tahun yang ditemui pada 1936 AD di tapak Inca Cueva No. 4 di Amerika Selatan.[4]

Perkataan mumia berasal daripadabahasa ArabZaman Pertengahan iaitu mūmiya (مومياء) dan perkataan Parsi mūm "lilin",[5] yang bermaksud mayat yang diawet, dan juga bahan pengawet yang mengandungi bitumen, dan juga "bitumen".[6]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Egyptian Animals Were Mummified Same Way as Humans". news.nationalgeographic.com. Dicapai pada2 November 2008.
  2. ^Wasef, S.; Wood, R.; Merghani, S. El; Ikram, S.; Curtis, C.; Holland, B.; Willerslev, E.; Millar, C.D.; Lambert, D.M."Radiocarbon dating of Sacred Ibis mummies from ancient Egypt".Journal of Archaeological Science: Reports.4: 355–361.doi:10.1016/j.jasrep.2015.09.020.
  3. ^Bartkusa, Luke; Amarasiriwardena, Dulasiri; Arriaza, Bernardo; Bellis, David; Yañez, Jorge (2011). "Exploring lead exposure in ancient Chilean mummies using a single strand of hair by laser ablation-inductively coupled plasma-mass spectrometry (LA-ICP-MS)".Microchemical Journal.98 (2): 267–274.doi:10.1016/j.microc.2011.02.008.ISSN 0026-265X.
  4. ^"Andean Head Dated 6,000 Years Old". archaeometry.org. Dicapai pada20 February 2009.
  5. ^"Online Etymology Dictionary: mummy". etymonline.com. Dicapai pada8 November 2013.
  6. ^"origin of word "mummy"". Dictionary.reference.com. Dicapai pada9 March 2012. Also "mummy" inNew English Dictionary on Historical Principles. Also "momie" inCNRTL.fr (in French).
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mumia&oldid=6200842"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp