Mukim Lenga | |
---|---|
![]() Papan tanda ke Lenga | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Muar |
Mukim | Mukim Lenga |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
Mukim Lenga merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeriJohor.
Johor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Mukim Lenga merupakan salah sebuahmukim yang terdapat dalam negeriJohor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiranDaerah Muar.
Di Mukim Lenga terdapat sebuah perkampungan Felda yang dikenali sebagai Felda lenga.Felda Lenga Terletak kira-kira 44km dari bandarmuar.Felda Lenga terletak di dalam ParlimenPagoh (P143). Felda Lenga asalnya merupakan sebuah TANAH PINGGIR GSA yang diperjuangkan oleh Allahyarham Orang Kaya Penghulu Lenga iaitu Hj.Abd Hamid. Tanah ini telah diserahkan kepada FELDA pada tahun 1961 untuk memajukan tanah serta mendirikan rumah untuk peneroka-peneroka Felda. Kemasukkan peneroka-peneroka Felda adalah mengikut peringkat-peringkat, peneroka peringkat 1 telah berpindah dari kampung-kampung berdekatan pada tahun 1963 seramai 132 orang. Pada tahun 1964 seramai 84 peneroka peringkat 2 telah berpindah dari kampung masing-masing.Perbincangan telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi JKKR untuk menukar nama Tanah Pinggir GSA kepada FELDA LENGA, nama ini diambil berikutan Felda ini kelompok yang dipanggil MUKIM LENGA, ia juga diambil atas simbolik Orang Kaya Penghulu Lenga. Pada tahun 1978, Felda telah memajukan lot pertanian tambahan dengan tanaman getah dan diperuntukan sebanyak 2 ekar setiap peneroka. Sehinggalah pada tahun 1987 dikurniakan geran hak milik tanah oleh Kerajaan Negeri johor dengan persetujuan pihak Felda setelah selesai bayaran kembali kos pembangunan tanah dan lain-lain.