Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Grisek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMukim Grisek)
Untuk kegunaan lain, sila lihatGerisik.

Grisek (kadangkala juga disilap eja sebagai "Gersik") ialah sebuahpekan danmukim diDaerah Tangkak,Johor,Malaysia yang terletak di tebingSungai Muar di seberang sungai bertentangan denganPanchor,Pagoh. Di dalam mukim ini, terdapat juga sebuahpekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Gersik yang terletak 5 km selepasBukit Gambir sebelumKundang Ulu. Pekan kecil ini mempunyai populasi sekitar 3,000 orang yang 60%nya adalah berbangsaMelayu dan selainnya adalah berbangsaCina danIndia)

Ladang sawit di Gersik

Sebelum siapnya jambatan pada tahun1997 merentangiSungai Muar, pekan ini hanya boleh dihubungi dengan perkhidmatan sampan (orang tempatan memanggilnya kotak) ke pekanPanchor,Pagoh,Bukit Pasir, dan seterusnya keMuar.

Menurut buku kesusasteraanSejarah Melayu,Sultan Melaka yang terakhirSultan Mahmud Shah telah melarikan diri dan berundur ke Kampung Raja Pagoh setelah kejatuhan dan kekalahanMelaka akibat seranganPortugis. Pada suatu hari semasa baginda keluar memancing diSungai Muar dengan pengikutnya, ketika baginda menghampiri tebing, baginda terdengar bunyi dua batang pokok bergeseran... “grisek! grisek!…”. Lalu baginda sultan menamakan tempat itu sebagai "Grisek".

Grisek telah wujud semenjak 150 tahun lampau. Di sini terdapat sebuahtokongCina yang lama dan tua, di dalamnya terdapat sehelai kain rentang berusia lebih 120 tahun yang menjadi bukti rekod awal pekan ini. Bagaimanapun, tokong lama bersejarah itu telah 'dipulihkan' dengan satu bangunan konkrit yang baru.

Terdapat juga sebuah sekolahCina di Grisek yang diasaskan pada 1917 oleh imigran Cina. Satu zon kawasan perindustrian seluas 300 ekar telah dibuka pada 1996 bagi industri perabut berasaskan kayu pokok getah.

Terdapat satupepatah Melayu yang terkenal di kalangan penduduk tempatan yang berbunyi "Cantik Molek, Kahwin Grisek" yang bermaksud sekiranya seorang gadis yang cantik dan ayu, maka dia patut berkahwin dengan lelaki Grisek.[perlu rujukan]

Ramai pelancong tempatan gemar mengunjungi Grisek untuk sukan aktiviti memancing kerana sungai di sini mempunyai banyakudang galah. Sementara sungai itu menjadi syurga pemancing udang galah, kawasan Grisek juga terkenal dalam penanaman cendawan yang banyak untuk eksport sehingga keJepun. Di samping aktiviti memancing, lawatan eco-pelancongan untuk melihat kunang-kunang di ulu sungai yang menarik boleh diaturkan oleh pengusaha-pengusaha bot.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Bandar
Mukim
Pekan
Lihat juga:Mukim di Johor
Ikon tunas

Rencana mengenai lokasi diJohor ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Grisek&oldid=6482317"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp