Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Muhammad bin Idris al-Syafii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad bin Idris al-Syafii

Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagaiImam Syafii (ejaan lain:Imam Syafie) adalah ahlifiqahIslam yang terkemuka dalamsejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepadamazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam diIndia,Indonesia danMalaysia.

Riwayat hidup

[sunting |sunting sumber]

Imam Syafie dibesarkan diHijaz, tanah asalAhli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaranImam Malik sebelum berhijrah keIraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah keMesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau diMakkah danMadinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau diMesir dan pengasasan mazhab Syafii.

Imam Syafie dilahirkan diGhazzah, daerah Esqalan, di Palestin. Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah kePalestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafie mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitabal-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.

Bapa beliau berasal daripada baniQuraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalahal-Mutallib adalah bapa moyang kepadaNabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelahPerang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.

Membesar di kalangan puakBadwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau denganMuslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu,Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun. Satu riwayat menyatakan beliau pergi menemui gabenor Madinah dengan berbekalkan surat pengenalan dari gabenor Makkah dan meminta dipertemukan dengan Imam Malik. Pada mulanya gabenor Madinah itu agak keberatan tetapi akhirnya dia menemani Imam Syafii pergi ke rumah Imam Malik. Imam Malik kagum dengan kepintaran Imam Syafii lalu Imam Malik membenarkan Imam Syafii mempelajari al-Muwatta' di bawah bimbingannya. Imam Syafii kekal tinggal di Madinah sehinggalah Imam Malik meninggal dunia.

Keilmuan Imam Shafii menarik perhatian gabenor Yaman yang sedang mengerjakan haji di Makkah. Ketika itu Imam Syafii berusia 30 tahun. Gabenor Yaman mempelawa Imam Syafii untuk menjadi qadhi di Yaman. Kerjaya Imam Syafii berjalan dengan baik. Bagaimana pun, perkhidmatan Imam Syafii ini berjangka hayat pendek. Terbukti Imam Syafii adalah seorang qadhi yang adil, tetapi beliau tidak lama kemudian tersangkut dalam pertelingkahan dan perselisihan tempatan yang bukan sahaja menyebabkan Imam Syafii bukan sahaja kehilangan jawatan malah diheret dengan rantai ke Iraq atas tuduhan menyokong Imam Zaydiyyah Yahya ibn Abdullah yang menjadi saingan kepada khalifah Abbasiyyah. Imam Syafii dibawa ke hadapan khalifah Harun al-Rashid di Raqqa, Iraq bersama-sama tawanan-tawanan lain pada tahun 187H/803M. Tawanan-tawanan lain dihukum bunuh tetapi Imam Syafii diampunkan setelah beliau berjaya membuktikan kesetiaannya kepada khalifah. Dikatakan bahawa faqih mazhab Hanafi yang terkenal, Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani yang hadir ketika itu juga membela Imam Syafii. Dikatakan khalifah Harun berasa sukacita dengan penghujahan Imam Syafii dan kemudiannya menjadi penaung beliau. Selepas insiden ini, Imam Syafii makin rapat dengan al-Shaybani dan makin giat menumpukan kepada pembelajaran fiqah dan tidak lagi terlibat dalam perkhidmatan kerajaan.

Pada tahun 188H/804M, Imam Syafii meninggalkan Iraq dan melalui Harran dan Syria lalu ke Makkah. Imam Syafii kembali ke Baghdad pada tahun 194H/810M. Pada tahun 198H/814M, Imam Syafii meninggalkan Iraq lalu menuju ke Mesir atas jemputan Abdullah ibn Musa. Pada tahun itu juga al-Ma'mun menjadi khalifah setelah menewaskan saudaranya al-Amin setahun yang lalu.

Di Mesir, Imam Syafii mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Mesir. Di Mesir, beliau mengabdikan diri pada pengajaran dan penulisan. Antara murid-muridnya di Mesir adalah al-Rabi' ibn Sulayman al-Muradi, Abu Ya'qub al-Buwayti dan Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al-Muzani. Mereka ini banyak mencatat kata-kata Imam Syafii. Di akhir hayat Imam Syafii, beliau terlibat dalam perdebatan dengan seorang pengikut mazhab Maliki di Mesir yang bernama Fityan. Fityan yang kalah dalam perdebatan dengan Imam Syafii berasa tidak puas hati lalu mencaci Imam Syafii. Gabenor yang menjadi penaung Imam Syafii mengarahkan Fityan diarak di jalan-jalan sambil memegang sekeping papan yang bertulis 'inilah hukuman kerana mencaci keturunan saudara terdekat Nabi'. Marah dengan hukuman itu, teman-teman Fityan menyerang Imam Syafii seusai beliau mengajar. Imam Syafii cedera parah lalu dibawa ke rumahnya di Fustat. Beberapa hari kemudian iaitu 30 Rejab 204H/820M, beliau meninggal dunia. Beliau dimakamkan di perkuburan Bani Abd al-Hakam berdekatan Gunung al-Muqattam. Pada tahun 608H/1212M, sultan Ayyubiyyah Mesir, al-Malik al-Kamil membina sebuah kubah di atas makam Imam Syafii yang masih wujud sehingga ke hari ini dan sentiasa dilawati pengunjung.

Karangan

[sunting |sunting sumber]

Imam Syafi’i telah menghasilkan beberapa karya tulis, di antaranya:

1- KitabAl Umm yang dikumpulkan oleh murid beliau, Ar Robi’ bin Sulaiman.

2- KitabIkhtilaful Hadits.

3- KitabAr Risalah, awal kitab yang membahasUshul Fiqh.

  • susunan mengikut kurun (AH /AD)
2nd/8th
3rd/9th
4th/10th
5th/11th
6th/12th
7th/13th
8th/14th
9th/15th
10th/16th
11th/17th
13th/19th
14th/20th
15th/21st
Ulama Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah
  • susunan mengikut kurun (AH /AD)
Imam Mazhab Ahli Sunnah
Ulama Akidah
Ulama Hadis
Ulama Qutub Sittah

Ulama Pengumpul Hadis

Ulama Syarah Hadis

Ulama Tafsir
  • Abu Ishaq al-Shirazi (1003–1083)
  • Al-Mahalli (d. 1460)
  • Al-Suyuti (1445–1505)
  • Abd al-Malik Karim Amrullah (1908–1981)
  • Ulama Usul Fiqh
    Ulama Tasawwuf
    Ulama Tatanegara
    Ulama Bahasa
    Ulama Sirah
    Ulama Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah

    oleh AisarIssac

    Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhammad_bin_Idris_al-Syafii&oldid=6614052"
    Kategori:
    Kategori-kategori tersembunyi:

    [8]ページ先頭

    ©2009-2026 Movatter.jp