JeneralMuhammad Zia-ul-Haq (Urdu: محمد ضیاءالحق) (lahir 12 Ogos 1924 – 17 Ogos 1988) adalah ketua negaraRepublik Islam Pakistan dari Julai 1977 hingga Ogos 1988.
Beliau dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Pakistan pada 1976. Jeneral Zia-ul-Haq telah melakukan rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menjatuhkan Perdana MenteriZulfikar Ali Bhutto pada 5 Julai 1977. Beliau melaksanakan pemerintahan tentera, autokratik dan tiada peluang untuk demokrasi. Beliau memegang jawatanPresiden Pakistan pada September 1978.
Beliau terbunuh dalam satu nahas kapal terbang pada 17 Ogos 1988. Kononnya selepas kematian Jeneral Zia-ul-Haq, kekejaman tentera telah ditamatkan dan pengaruhAmerika Syarikat diPakistan meningkat secara mendadak.