Muhammad Yunus (Benggali:মুহাম্মদ ইউনূস, lahir28 Jun1940; umur 85 tahun) ialah seorangusahawan, pegawai bank, ahli ekonomi dan pemimpin masyarakatBangladesh. Beliau dianugerahkanHadiah Keamanan Nobel pada 2006 di atas pengasasanBank Grameen dan mempelopori konsepmikrokredit dan mikrokewangan.[2] Beliau menerima beberapa lagi penghargaan negara dan antarabangsa. Beliau menerima Biasiswa Fulbright daripadaJabatan Negara Amerika Syarikat (AS),[3] kemudian menerimaPingat Kebebasan Presiden AS pada 2009, dan Pingat Emas KongresA.S. pada 2010.[4] Pada 2020, beliau juga menerima penghargaan daripada daripada Pembiayaan Negara untuk Demokrasi (NED).[5]
Pada 2012, beliau menjadiCanselorUniversiti Kaledonia Glasgow diScotland. Beliau menjawat sehingga 2018.[6][7] Sebelum itu, beliau merupakan profesor ekonomi diUniversiti Chittagong diBangladesh.[8] Beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kerja-kerja kewangannya. Beliau ialah anggota lembaga pengasas Grameen America dan Yayasan Grameen, yang menyokong mikrokredit.[9]
Muhammad Yunus juga berkhidmat di lembaga pengarah Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan kebajikan awam untuk menyokong perjuangan PBB, dari 1998 hingga 2021.[10]
Bornstein, David (1996).The Price of a Dream: The Story of the Grameen Bank and the Idea that is Helping the Poor to Change Their Lives. Simon & Schuster.ISBN0-684-81191-X.