Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Muhamad Radhi Mat Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Di dalamnamaorang Melayu, tiadanama keluarga. NamaMat Din merupakan nama bapa, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan,Muhamad Radhi. Perkataan terbitan Arab"bin" atau "binti"/"binte" (sekiranya digunakan) masing-masing bermaksud 'anak lelaki kepada' atau 'anak perempuan kepada'.
Muhamad Radhi Mat Din
محمد راضي مت دين
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
(Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)
RajaSultan Sallehuddin
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Didahului olehMohd Firdaus Ahmad
(Belia & Sukan)
Portfolio ditubuhkan
(Kepenggunaan & Kos Sara Hidup)
Kawasan pilihan rayaAlor Mengkudu
AhliDewan Undangan Negeri Kedah
bagiAlor Mengkudu
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehPhahrolrazi Mohd Zawawi
(PHPKR)
Majoriti10,104 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Muhamad Radhi bin Mat Din

(1965-07-17)17 Julai 1965 (umur 59)[1]
Pokok Sena,Kedah,Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPengurus bola sepak,
Pemain bola sepak bersara
Muhamad Radhi Mat Din
Maklumat peribadi
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kedah FA (penolong jurulatih)
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1986–1992Kedah PKNK?(?)
1986–2000Kedah FA?(?)
Pasukan kebangsaan
1987–1991Malaysia14(4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Yang BerhormatMuhamad Radhi bin Mat Din (lahir 17 Julai 1965) merupakan seorangahli politik Malaysia, jurulatihbola sepak dan pemain bola sepak bersara yang pernah berkhidmat sebagai AhliMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) di bawah pentadbiranPerikatan Nasional (PN) yang bimbangan Menteri Besar,Muhammad Sanusi Md Nor dan ahliDewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagiAlor Mengkudu sejak Ogos 2023.

Kerjaya bola sepak

[sunting |sunting sumber]

Beliau menghabiskan seluruh kariernya dengan bermain di bahagian tengah untukKedah FA, di mana beliau juga merupakan kapten paling lama berkhidmat dalam sejarah kelab bermula dari 1991 hingga 2000.[2] Radhi membuat penampilan sulung pada tahun 1986 dan mengukuhkan tempatnya dalam pasukan pertama pada musim 1987, menggantikan Lee Kin Hong sebagai ketua pasukan Kedah pada tahun 1991.

Radhi merupakan bahagian penting dalam era keemasan kelab yang berpangkalan diDarul Aman semasa 1980-an dan 1990-an di mana Kedah mara ke perlawanan akhirPiala Malaysia sebanyak tujuh kali dari 1987 hingga 1993. Dia mengumpul dua pingat pemenang Piala Malaysia pada 1990 dan 1993; gelaranDivisyen 1 pada tahun 1993; danPiala FA pada tahun 1996.[2] Selepas Kedah memenangi kejuaraan Liga dan Piala FA pada 1993, Radhi telah diberi penghormatan dengan Pemain Terbaik Malaysia.[3]

Radhi mempunyai rekod menjaringkan gol, terjahan, penendang sudut dan hantaran yang baik. Beliau mewakiliMalaysia selama kira-kira empat tahun dari 1989 hingga 1993. Radhi juga dikenali dengan panggilan "Kapten Marvel" di kalangan peminat Kedah semasa karier bermainnya dengan watak yang sama seperti bekas pemain bola sepak Inggeris,Bryan Robson.

Radhi bermain untukpasukan bola sepak kebangsaan Malaysia diSukan Sea 1989 dan memenangi pingat emas.[4]

Selepas karier bermainnya tamat, beliau bekerja di Kedah, berkhidmat sebagai jurulatih kedua mereka di belakangMohd Azraai Khor Abdullah bersama bekas rakan sepasukannya danpenjaga gol legenda Kedah,Ahmad Sabri Ismail yang mana tiga daripada mereka menjana Kedah untuk merangkul gelaran treble berganda pada M.Liga musim 2006/07 dan 2007/08.[5]

Kerjaya politik

[sunting |sunting sumber]

Pada 14 April 2018, Radhi diumumkan sebagai calonParti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan persekutuanPokok Sena, Kedah dalampilihan raya umum Malaysia 2018.[6] Pada pilihan raya itu, Radhi memperoleh 23,401 undi dan dikalahkan oleh penyandangMahfuz Omar daripadaParti Amanah Negara (AMANAH),Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5558 undi.[7] Beliau kemudiannya dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Alor Mengkudu selepas menewaskan Mahfuz Omar pada2023.

Keputusan pilihan raya

[sunting |sunting sumber]
Parlimen Malaysia[8][9][10]
TahunKawasan pilihan rayaCalonUndiPeratusLawanUndiPeratusUndi sahMajoritiHasil
2018P008Pokok SenaMuhamad Radhi Mat Din (PAS)23,40133.08%Mahfuz Omar (AMANAH)28,95940.93%71,9105,55882.76%
Said Ali Said Rastan (UMNO)18,39025.99%
Dewan Undangan Negeri Kedah
TahunKawasan pilihan rayaCalonUndiPeratusLawanUndiPeratusUndi sahMajoritiHasil
2023N14Alor MengkuduMuhamad Radhi Mat Din (PAS)18,93668.19%Mahfuz Omar (AMANAH)8,83231.81%27,88510,10472.70%

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Radhi Mat Din - National football teams
  2. ^ab"Kapten 'Marvel' pulang ke gagang".Wan Fai (dalam bahasa malay). Malaysia Post. 24 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2022. Dicapai pada24 Julai 2020.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^"6 Pemain Bola Sepak Yang Melibatkan Diri Dengan Politik Negara Masing-Masing".Namri Sidek (dalam bahasa malay). Iluminasi. 13 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada20 Mei 2022.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^Courtney, Barrie (2 Februari 2005)."International Matches 1989 - Asian".RSSSF.
  5. ^Noh, Dasheer (26 Ogos 2008)."Radhi: Difficult to win double treble again".The Star. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 Februari 2009. Dicapai pada2 April 2010.
  6. ^Shagar, Loshana K (15 April 2018)."'Captain Marvel' Radhi Mat Din to take on Mahfuz". TheStarOnline. Dicapai pada25 April 2018.
  7. ^Noorazura Abdul Rahman (10 Mei 2018)."Mahfuz pertahan Pokok Sena" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada14 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^"Malaysia General Election".undiinfo Malaysian Election Data.Malaysiakini. Dicapai pada4 February 2017. Keputusan hanya tersedia daripadapilihan raya 2004.
  9. ^"SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay).Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  10. ^"The Star Online GE14".The Star. Dicapai pada24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Portal:
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhamad_Radhi_Mat_Din&oldid=6462145"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp