Mufti (Jawi: مفتي serapanArab:مُفْتِي,rumi: muftī) adalah seorangahli hukum Islam yang berkelayakan untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) yang tidak terikat mengenaihukum syarak.[1][2] Perbuatan mengeluarkan fatwa disebutiftāʾ.[3] Mufti dan fatwa mereka memainkan peranan penting sepanjangsejarah Islam, mengambil peranan baru di era moden.[4][5] Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[6]
Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarangfatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukumAl-Quran,HadisRasulullah,Qiyas danIjmakUlama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.
Mufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar diuniversiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalambahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsiral-Quran danHadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkansyariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan.
Mufti adalahulama, iaitu pewaris Nabi, dan perluamar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah.
Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.
Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak.
Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi.
Mufti di Brunei merupakan jawatan bertaraf menteri dan dilantik olehSultan Brunei. Ia ditubuhkan pada 1962. Sehingga kini terdapat dua orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Kerajaan Brunei terkini ialah Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz HjAwang Abdul Aziz bin Juned yang dilantik sejak 1994.
Institusi mufti mula diwujudkan di Mesir pada 1895[10] dengan penubuhan Dar al-Ifta Mesir semasaMesir di bawah taklukanUthmaniyah. Mufti Besar merupakan satu daripada empat jawatan agama Islam yang penting di Mesir selainImam Besar Al-Azhar, PresidenUniversiti Al-Azhar danMenteri Wakaf Mesir yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam. Mufti Besar Mesir kini disandang oleh SyeikhShawki Ibrahim Abdel-Karim Allam sejak 2013.
Institusi mufti di Palestin diwujudkan pada zamanpemerintahan tentera British pada 1918[13][14] . Mufti Besar Baitulmaqdis merupakanilmuwan yang bertanggungjawab terhadap urusan Islam di Baitulmaqdis dan pengurusanMasjid al-Aqsa[15]. Mufti Besar Baitulmaqdis kini disandang oleh Syeikh Muhammad Ahmad Hussein sejak 2006.
Mufti di Singapura merupakan salah satu jawatan agama yang melengkapiMajlis Ugama Islam Singapura. Jawatan ini diwujudkan sejak 1967 dan dilantik oleh Presiden Singapura selepas berbincang dengan MUIS. Sehingga kini terdapat empat orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Negara Singapura terkini ialah DrNaziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020[16].
^Hatina, Meir (2008).Guardians of faith in modern times: ʻulamaʼ in the Middle East. m/s. 221.ISBN978-90-04-16953-1.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
^Abdul Muhaimin Mahmood (2019).Sedekad JAKIM Di Mesir: Memacu Hubungan Strategik Antara Mesir dan Malaysia Dalam Bidang Hal Ehwal Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 222.ISBN978-967-10972-4-3.
^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
^The terminology was used as early as 1918. For example:Taysīr Jabārah (1985).Palestinian Leader Hajj Amin Al-Husayni: Mufti of Jerusalem. Kingston Press.ISBN978-0-940670-10-5. states that Storrs wrote on November 19, 1918 "the Muslim element requested the Grand Mufti to have the name of the Sharif of Mecca mentioned in the Friday prayers as Caliph"