Muar | |
---|---|
Daerah Muar داءيره موار 麻坡县 மூவார் | |
![]() Daerah Muar di Johor | |
Cogan kata: 'Cekap, Amanah, Dinamik, Makmur' (چكڤ، أمانه، ديناميق، معمور) | |
Koordinat:2°02′44″N102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°E /2.045513501385915; 102.55658182399458Koordinat:2°02′44″N102°33′24″E / 2.045513501385915°N 102.55658182399458°E /2.045513501385915; 102.55658182399458 | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Diasaskan pada | 1884 |
Status bandar[1] | 2001 |
Pusat | Bandar Maharani |
Pentadbiran | |
• Pegawai Daerah | Dato' Mustaffa Kamal Shamsudin |
• Yang di-Pertua | Jamil Hasni Abdullah[2] |
• Ahli Parlimen Muar | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,346.12 km2 (905.84 batu persegi) |
Aras | 36.88 m (121 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 247,957 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak mengamalkan |
Laman sesawang | http://www.mpmuar.gov.my/ |
DaerahMuar merupakan salah satu daripada 10 daerah di negeriJohor Darul Ta'zim,Malaysia. Daerah ini terletak di sebelah barat laut Johor, bersempadan denganDaerah Tangkak di utara,Daerah Segamat di timur, danDaerah Batu Pahat di selatan. Antara bandar penting dalam daerah ini termasuklahBandar Maharani, iaitubandar diraja bagi negeri ini danPagoh.
Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000).
Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataanmuara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataanSanskrit iaitumuna dan‘ar yang masing-masing bermaksud tiga dan sungai, menggambarkan kewujudanSungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.[perlu rujukan]
Daerah Muar ditadbir olehMajlis Perbandaran Muar yang berpusat di Bandar Maharani dan dibahagikan kepada 12 mukim, empat bandar dan sebuah pekan.
Pecahan etnik di Muar - Bancian 2020 | ||||
---|---|---|---|---|
Agama | Peratus | |||
Bumiputera | 62.1% | |||
Cina | 35.7% | |||
India | 1.9% | |||
Lain-lain | 0.2% |
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 278,903 | — |
1980 | 291,129 | +4.4% |
1991 | 301,804 | +3.7% |
2000 | 330,355 | +9.5% |
2010 | 239,027 | −27.6% |
2020 | 314,776 | +31.7% |
Berdasarkanbancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Muar ialah seramai 314,776 orang dengan kepadatan penduduk 226 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakanBumiputera, membentuk lebih 62 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[3]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 122:100. Terdapat 79,980 tempat kediaman dengan sebanyak 69,603 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 223 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 71 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 19 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 174,423 |
Cina | 100,430 | |
India | 5,452 | |
Lain-lain | 651 | |
Bukan warganegara | N/A | 33,820 |
Agama di Muar - Bancian 2020 | ||||
---|---|---|---|---|
Agama | Peratus | |||
Islam | 62.3% | |||
Buddha | 32.1% | |||
Hinduisme | 3.2% | |||
Kristian | 1.6% | |||
Lain-lain | 0.5% | |||
Tidak beragama | 0.3% |
Majoriti penduduk di daerah Muar beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[3]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 196,033 |
Buddha | 101,002 |
Hindu | 10,155 |
Kristian | 5,137 |
Lain-lain | 1,546 |
Tidak beragama | 903 |
Tidak diketahui | 0 |
Salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Muar ialah Taman NegaraGunung Ledang. Taman ini terletak 170 km dari Johor Bahru dan mempunyai keluasan 107 km2. Terdapat dua pintu masuk ke taman ini iaitu melaluiSagil, Johor danAsahan, Melaka. Puncak Gunung Ledang setinggi 1,276 m dari aras laut adalah puncak yang tertinggi di negeri Johor. Gunung Ledang juga adalah gunung yang ke-64 tertinggi di Malaysia dan berkemungkinan yang paling banyak didaki di negara ini. Air terjun Sagil yang terdapat di taman ini adalah tempat perkelahan yang terkenal.Terdapat juga rumah rehat disediakan bagi kemudahan para penganjung ke Gunung Ledang. Aktiviti berkhemah menjadi satu kemestian bagi mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi.
Muar turut dikenali kerana makanannya. Makanan tempatan yang paling dikenali ialahOtak-otak,dodol Maharani,mee bandung Muar, danasam pedas Parit Jawa.
Mi siput, iaitu sejenis mi yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidang selepas digoreng juga terkenal di Muar. Pasar Muar ialah antara lokasi yang terbaik bagi mendapatkan bekalan mi siput kering.
Terdapat deretan bangunan yang dibina sebelumPerang Dunia II di sekitar daerah Muar. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalahBangunan Sultan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909).
Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini.
Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Masjid Sultan Ismail (Masjid Jamek Kedua), kini terletak diDaerah Tangkak; terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalahmasjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepadaMasjid Jamek Sultan Ibrahim (Masjid Jamek Pertama) yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan.
Berikut adalah senarai penduduk terkenal yang berasal dari Muar.
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanDaerah Muar |