Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Muammar Gaddafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMuammar al-Gaddafi)
Muammar al-Gaddafi
مُعَمَّر القَذَّافِي
Gaddafi pada tahun 1972
Ketua Negara Libya
Dalam jawatan
1 September 1969 – 20 September 2011
Presiden
Perdana Menteri
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Setiausaha Agung Kongres Rakyat Libya
Dalam jawatan
2 Mac 1977 – 2 Mac 1979
Perdana MenteriAbdul Ati al-Obeidi
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehAbdul Ati al-Obeidi
Perdana Menteri Libya ke-13
Dalam jawatan
16 Januari1970 – 16 Julai1972
Didahului olehMahmud Sulayman al-Maghribi
Digantikan olehAbdessalam Jalloud
Pengerusi Majlis Perintah Revolusi Libya
Dalam jawatan
1 September 1969 – 2 Mac 1977
Perdana MenteriMahmud Sulayman al-Maghribi
Abdessalam Jalloud
Abdul Ati al-Obeidi
Didahului olehIdris I dari Libya*
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
PengerusiKesatuan Afrika
Dalam jawatan
2 Februari 2009 – 31 Januari 2010
Didahului olehJakaya Kikwete
Digantikan olehBingu wa Mutharika
Maklumat peribadi
Lahir(1942-06-07)7 Jun 1942
LibyaSirte,Libya
Meninggal dunia20 Oktober 2011(2011-10-20) (umur 69)
Sirte,Libya
PasanganFatiha al-Nuri(Cerai)
Safia Farkash(1970–kini)
TandatanganTandatangan

Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi (ada ejaan lain sepertiQadhafi[1]) (7 Jun 1942- 20 Oktober 2011) lebih dikenali sebagaiMuammar Gaddafi ialah seorang pemimpin politik dan revolusiLibya. Beliau telah menjadiPresiden Libya semenjak menggulingkanRaja Idris dalamrampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasasRepublik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antarapemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggilTeori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan di dalamBuku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkapSaddam Hussein, Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS,Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011[4], bantahan politik besar, yang didorongbantahan diTunisia,Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadiperang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[5][6][7] Pada 17 Mei 2011Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebabjenayah terhadap kemanusiaan;[8] pada 27 Jun, permohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknyaSaif al-Islam.[9][10]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri. Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya diSirte dan berjaya ditembak mati.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku ArabBadwiBerber,Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahanItali ke atas Libya diKhoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha diFezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalahGamal Abdel Nasser,Presiden Mesir[11] yang telah menjatuhkan kerajaanmonarki diMesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajarundang-undang diUniversiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera diBenghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, beliau telah dihantar keBritain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Rampasan kuasa tentera

[sunting |sunting sumber]

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap RajaIdris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi tidak mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Selain itu, menurut Edward Mortimer, sesuatu yang mengejutkan ialah beliau tidak berusaha memanfaatkan kenyataan bahawa dia berasal dari suku keturunan Nabi dan memperoleh pengaruh politik berdasar karisma suci pada abad kedua puluh ini.[12] Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini.

Di antara tindakan-tindakan pertama dari pemerintahan barunya adalah: penghentian pemeliharaan istana-istana raja; pengeluaran sebuah dekrit yang mewajibkan digunakannya kalendar Arab dan Muslim dalam komunikasi-komunikasi umum; pengangkatan seorangalim senior sebagai Mufti Agung, iaitu penasihat rasmi pemerintah dalam mentafsirkan Syari'ah; diberlakukannya kawalan pemerintah atasZawiyah Sanusi dan penghentian pembangunan projek-projekZawiyah baru lainnya; larangan penggunaan alkohol; penutupan gereja-gereja, katedral-katedral, kelab-kelab malam dan kafe-kafe. Di kemudian hari, pada tahun 1972, setelah berunding dengan berbagai komite, sebuah undang-undang dengan rasmi diumumkan : menetapkan diberlakukannya hukum Al-Quran seperti potong tangan bagi pencuri dan perompak, walaupun disertai pertimbangan 'perikemanusiaan' (meski agak mengerikan) bahawasanya pemotongan tangan tersebut dilakukan oleh 'doktor pakar bedah dengan menggunakan metode-metode kedoktoran yang sesuai, termasuk pembiusan tertuduh. Diumumkannya undang-undang tersebut amat menarik perhatian ramai, tetapi tidak peristiwa yang menandai dijalankannya hukum tersebut sejak diumumkannya.[13]

Sosialisme Islam dan Pan-Arab

[sunting |sunting sumber]

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minumanalkohol[14] dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau dituangkan ke dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakanal-Kitāb al-Akhḍar'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Meskipun begitu, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan beliau tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh diItali.

Kematian

[sunting |sunting sumber]

Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannyaSirte,Libya. Sirte terletak kira-kira 360 km di timur Tripoli.

Konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuangNATO. Pejuang Majlis Peralihan KebangsaanNTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati. Ketika ditangkap, beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera.

TenteraNATO terutamaPerancis telah membantu penduduk tempatan memb ru dan mengusirera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki mejadi kubu persembunyian Gaddafi , ank-anak dan penyokongnya.

Mustafa Abdel-Jalil selaku Perdana Menteri Interim mengesahkan kematian Gaddafi.

Beliau (Gaddafi) adalah pemerintah pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab diTimur Tengah. Video klip yang disiarkan olehAl Jazeera jelas menunjukkan wajah Gaddafi yang cedera. Gambar kamera telefon bimbit menunjukkan mukanya berdarah-darah. Setiausaha Agung PBB,Ban Ki-moon turut mengesahkan kematian Gaddafi. Namun keamanan di Libya masih jauh di hadapan.

Komander NTC, Abdul Hakim al-Jalil menyatakan bahawa jurucakap Kolonel Gaddafi,Moussa Ibrahim telah ditawan dan Ketua Tentera Libya,Abu Bakar Younus Jabr, telah dibunuh. Anak sulungnyaSaif al-Islam berjaya ditangkap tetapi laporan lain menyatakan Saif telah dibunuh.

Galeri

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Islam dan Kekuasaan. Bandung: Mizan. Disember 1984. m/s. 259.|first= missing|last= (bantuan)
  2. ^Kira Salak."National Geographic article about Libya". National Geographic Adventure.
  3. ^Charles Féraud, "Annales Tripolitaines", versi Arab "Al Hawliyat Al Libiya", terjemahan Mohammed Abdel Karim El Wafi, Dar el Ferjani, Tripoli, Libya, jil. 3, m/s. 797.
  4. ^Al Hussaini, Amira (26 Februari 2011)."Libya Versi Gaddafi: Kematian bagi Semua Orang demi Segalanya".Global Voices.
  5. ^Protesters deserve to die, Gaddafi says Gulf News
  6. ^"Gaddafi defiant as state teeters – Africa". Al Jazeera English. 23 Februari 2011. Dicapai pada30 Februari 2011.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  7. ^"Middle East and North Africa unrest".BBC News. 24 Februari 2011. Dicapai pada30 Februari 2011.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  8. ^ICC requests Gaddafi arrest warrant Xinhua
  9. ^War crimes court issues Gaddafi arrest warrant The Guardian
  10. ^"Libya: ICC issues arrest warrant for Muammar Gaddafi".BBC News.
  11. ^Islam dan Kekuasaan. Bandung: Mizan. Disember 1984. m/s. 259.|first= missing|last= (bantuan)
  12. ^Islam dan Kekuasaan. Bandung: Mizan. Disember 1984. m/s. 260.|first= missing|last= (bantuan)
  13. ^Mortimer, Edward (1984).Islam dan Kekuasaan. Bandung: Mizan. m/s. 260–261.
  14. ^Edward Mortimer, Edward Mortimer (Disember 1984).Islam dan Kekuasaan. Bandung: Mizan. m/s. 260.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanMuammar Gaddafi

{{Military navigation|raw_name = Cold War figures|title = Tokoh Perang Dingin|style = wide|state = collapsed|below =Garis masa peristiwa ·Portal ·Kategori

|group1 =Amerika Syarikat|list1 =Harry S. Truman ·George Marshall (Setiausaha Negara) ·Joseph McCarthy (Senator Republikan) ·Dwight D. Eisenhower ·John F. Kennedy ·Robert F. Kennedy ·Lyndon B. Johnson ·Richard Nixon ·Henry Kissinger (Setiausaha Negara) ·Gerald Ford ·Jimmy Carter ·Ronald Reagan ·George H. W. Bush 

|group2 =Kesatuan Soviet|list2 =Joseph Stalin ·Nikita Khrushchev ·Leonid Brezhnev ·Yuri Andropov ·Konstantin Chernenko ·Mikhail Gorbachev ·Boris Yeltsin ·Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) ·Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)

|group3 =United Kingdom|list3 =Winston Churchill ·Clement Attlee ·Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) ·Harold Macmillan ·Harold Wilson ·Margaret Thatcher

|group4 =Jerman Barat|list4 =Konrad Adenauer ·Walter Hallstein ·Willy Brandt ·Helmut Schmidt ·Helmut Kohl

|group5 =Republik Rakyat China|list5 =Mao Zedong ·Zhou Enlai (Premier) ·Hua Guofeng ·Deng Xiaoping ·Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)

|group6 =Perancis|list6 =Charles de Gaulle ·Alain Poher ·Georges Pompidou ·Valéry Giscard d'Estaing ·François Mitterrand

|group7 =Itali|list7 =Alcide De Gasperi ·Palmiro Togliatti ·Giulio Andreotti ·Aldo Moro ·Enrico Berlinguer ·Francesco Cossiga ·Bettino Craxi

|group8 =Republik Rakyat Poland|list8 =Bolesław Bierut ·Władysław Gomułka ·Edward Gierek ·Wojciech Jaruzelski ·Paus Ioannes Paulus II ·Lech Wałęsa

|group9 =Eropah Timur|list9 =Enver Hoxha (Albania) ·Josip Broz Tito (Yugoslavia) ·Imre Nagy (Hungary) ·Nicolae Ceaușescu (Romania) ·Alexander Dubček (Czechoslovakia) ·Walter Ulbricht ·Erich Honecker (Jerman Timur)

|group10 =Timur Jauh|list10 =Chiang Kai-shek ·Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) ·Syngman Rhee ·Park Chung-hee (Korea Selatan) ·Kim Il-sung (Korea Utara) ·Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) ·Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) ·Pol Pot (Kemboja) ·U Nu ·Ne Win (Burma) ·Indira Gandhi ·Jawaharlal Nehru (India) ·Sukarno ·Suharto ·Mohammad Hatta ·Adam Malik (Indonesia) ·Nur Misuari ·Jose Maria Sison ·Ferdinand Marcos ·Imelda Marcos (Filipina)

|group11 =Kanada|list11 =William Lyon Mackenzie King ·Louis St. Laurent ·John Diefenbaker ·Lester Pearson ·Pierre Trudeau ·Joe Clark ·John Turner ·Brian Mulroney ·Kim Campbell 

|group12 =Amerika Latin|list12 =Fulgencio Batista ·Fidel Castro ·Raúl Castro (Cuba) ·Che Guevara (Argentina/Cuba) ·Daniel Ortega (Nicaragua) ·Salvador Allende ·Augusto Pinochet (Chile) ·João Goulart (Brazil)

|group13 =Timur Tengah|list13 =Mohammad Reza Pahlavi ·Ayatollah Khomeini (Iran) ·Saddam Hussein (Iraq) ·Gamal Abdel Nasser ·Anwar El Sadat (Mesir) ·Muammar al-Gaddafi (Libya) ·Menachem Begin (Israel)

|group14 =Afrika|list14 =Patrice Lumumba ·Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) ·Kwame Nkrumah (Ghana) ·Idi Amin (Uganda) ·Agostinho Neto ·José Eduardo dos Santos ·Jonas Savimbi (Angola) ·Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)

|group15 =Malaysia|list15 =Tunku Abdul Rahman ·Mahathir Mohamad</noinclude>

Garis besar
Konsep
Gerakan
Sosio-politik
Parti politik
Berkaitan
Ahli teori dan
pemimpin politik
Gerakan
Pelajaran
Politik
Tokoh utama
Berkaitan
Ideologi
Gerakan
Tokoh Utama
Berkaitan
Topik lain
Buku teks
Kejadian
bersejarah
Pengaruh
mengikut kawasan
Topik berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muammar_Gaddafi&oldid=6755536"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp