Dembélé beraksi untukCeltic pada 2017 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Moussa Dembélé[1] | ||
| Tarikh lahir | (1996-07-12)12 Julai 1996 (umur 29)[2] | ||
| Tempat lahir | Pontoise, Perancis | ||
| Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[3] | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Lyon | ||
| Nombor | 9 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2002–2004 | US Cergy Clos | ||
| 2004–2012 | Paris Saint-Germain | ||
| 2012–2013 | Fulham | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2013–2016 | Fulham | 56 | (15) |
| 2016–2018 | Celtic | 55 | (26) |
| 2018– | Lyon | 60 | (31) |
| Pasukan kebangsaan | |||
| 2011–2012 | Perancis B16 | 14 | (4) |
| 2013 | Perancis B17 | 3 | (0) |
| 2013–2014 | Perancis B18 | 3 | (1) |
| 2014–2015 | Perancis B19 | 10 | (5) |
| 2015–2016 | Perancis B20 | 4 | (0) |
| 2016–2019 | Perancis B21 | 25 | (13) |
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mac 2020 | |||
Moussa Dembélé (lahir 12 Julai 1996) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisipenyerang untuk kelabLiga Profesional Saudi,Al-Ettifaq FC.
Selepas mengembangkan bakatnya di kelabParis Saint-Germain danFulham, Dembélé melakukan penampilan sulungnya bersama Fulham pada perlawananLiga Perdana Inggeris pada November 2013. Beliau telah menjaringkan 19 gol dalam 64 penampilannya bersama Fulham sebelum menyertaiCeltic pada tahun 2016. Dembélé membantu Celtic untuk merangkul kejuaraan "treble" domestik Scotland selama dua tahun berturut-turut sebelum berpindah ke Lyon pada Ogos 2018.
Dembélé telah melakukan 50 penampilan bersama pasukan Perancis di peringkat belia. Pada Oktober 2016, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukanbawah-21.
Dembélé telah dilahirkan diPontoise, Île-de-France[4] dan beliau berasal daripada keturunanMali.[5]
Pada tahun 2012, Dembélé telah menyertai kelabFulham dariParis Saint-Germain semasa beliau baru berusia 16 tahun.[6] Beliau seterusnya menjadi pemain utama bagi pasukan bawah-18 Fulham yang menjuaraiLiga Akademi Perdana pada musim sulungnya di sana.[7] Beliau menandatangani kontrak pertamanya bersama Fulham pada Julai 2013 yang menetapkannya sebagai pemain Fulham sehingga musim panas 2015.
Dembélé hanya memanaskan bangku simpanan Fulham semasa perlawananLiga Perdana Inggeris menentangSwansea City pada 23 November 2013.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Fulham pada seminggu kemudian semasa menentangWest Ham United. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-83 permainan selepas menggantikanKieran Richardson dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 3–0 diBoleyn Ground.[9] Namun, beliau menamatkan perlawanan tersebut dengan mengalami kecederaan.[10] Pada 30 Mac 2014, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Fulham buat kali pertama ketika pasukannya mengalami kekalahan 3–1 kepadaEverton.[11] Fulham menamatkan kempen pada musim itu dengan berdepan penyingkiran keLiga Kejuaraan. Beliau masih lagi dibenarkan untuk beraksi bersama pasukan akademi. Beliau telah menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan akhirPiala FA Belia.[12]
Pada 28 Oktober 2014, pada perlawanan pusingan keempatPiala EFL, Dembélé telah menjaringkan gol pertamanya dengan menghasilkan dua gol untuk meletakkan Fulham mendahului lawan 2-0 ke atasDerby County. Namun, perlawanan itu berakhir dengan kekalahan 5-2.[13]
Dembélé menjaringkan gol sulungnya dalam saingan liga ketika mengatasiBlackburn Rovers 2-1 pada 13 September 2015. Beliau juga telah menjaringkan dua gol ketika menewaskanReading 4-2 pada 24 Oktober.[14] Dembélé sekali lagi menjaringkan dua gol pada minggu berikutnya semasa menundukkanBristol City 4–1 diAshton Gate.[15] Pada penghujung tahun 2015, beliau telah menghasilkan sepuluh gol untuk musim kali ini.[16]
Pada 28 Jun 2016, kelab Scotland iaituCeltic telah mengikat Dembélé dengan rundingan kontrak selama empat tahun.[17] Pada 12 Julai, beliau melakukan penampilan sulungnya pada hari ulang tahunnya ke-20 semasa menentangLincoln Red Imps pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakanLiga Juara-Juara.[18]
Pada 3 Ogos, Dembélé telah menjaringkan gol pertamanya untuk Celtic pada minit ke-92 permainan menerusi tendangan penalti semasa menentangAstana sekali gus melayakkan Celtic ke pusingan play-off.[19] Seterusnya, beliau menjaringkan dua gol ketika menentangMotherwell pada pusingan ke-16Piala Liga Scotland yang berakhir dengan kemenangan 5-0.[20] Beliau turut menjaringkan gol keempat pasukannya untuk membantu pasukannya meraih kemenangan 5–2 ke atasHapoel Be'er Sheva pada minggu berikutnya.[21]
Pada 10 September, semasa aksi pasukannya menewaskanRangers 5–1 diParkhead, beliau telah menjairngkan hatrik Celtic yang pertama dalam pertembungan ligaOld Firm sejakStevie Chalmers melakukannya pada tahun 1966[22] dan merupakan pemain Celtic pertama yang menjaringkan hatrik dalam mana-mana perlawanan menentang Rangers sejakHarry Hood pada tahun 1973.[23] Ketiga-tiga jaringan beliau itu juga dianggap sebagai "hatrik yang sempurna" kerana beliau menjaringkan gol dengan cara menanduk, menggunakan kaki kanan dan kaki kirinya.[24] Pada 24 September, Dembélé telah menjaringkan dua gol pada perlawanan menewaskanKilmarnock 6-1.[25] Pada empat hari berikutnya, beliau menjaringkan dua gol buat kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara semasa menentangManchester City yang berakhir dengan keputusan seri 3–3.[26] Rekod jaringannya pada masa itu telah menobatkannya sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Scotland bagi bulan September.[27]
Dembélé menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk mebolehkan pasukannya meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Rangers pada 23 Oktober lalu megesahkan kemaraan Celtic menuju ke final Piala Liga.[28] Beliau menjaringkan gol lagi pada aksi final ketika menentangAberdeen dari jarak kotak penalti sebelum Celtic meraih kemenangan selesa 3-0 sekali gus menandakan trofi pertama yang dirangkul dalam karier Dembélé.[29]
Dembélé telah dikaitkan dengan perpindahan keChelsea ketika jendela perpindahan pada Januari 2017. Secara kebetulan, beliau telah dihantar ke sebuah hospital diChelsea untuk mendapatkan rawatan pada 31 Januari iaitu hari terakhir jendela perpindahan.[30] Namun, pengurus ChelseaAntonio Conte menafikan khabar angin itu dengan menyatakan bahawa beliau tidak pernah berkata kepada lembaga kelab mengenai Dembélé. Kemudian pada hari itu, Dembélé telah mengesahkan perkara itu dengan memuat naik gambar dirinya yang sedang meraikan gol di atas imej karakterLeonardo DiCaprio,Jordan Belfort daripada filemThe Wolf of Wall Street.[31]
Dembélé menjaringkan hatrik secara berterusan pada Februari 2017[32][33] ketika menewaskanSt Johnstone pada perlawanan liga dan menentangInverness Caledonian Thistle dalam perlawananPiala Scotland. Jaringan beliau semasa mengecewakan St Johnstone telah membolehkannya untuk memenangi anugerah 'Jaringan Terbaik' untuk musim 2016-17 selain dicalonkan ke dalamAnugerah Puskás FIFA.[34] Jaringan tersebut mempunyai 25 hantaran, sebuah 'rabona' dan 'back heel'. Malah, jaringan itu menyaksikan setiap pemain berjaya menyentuh bola sebelum penyudah klinikal disempurnakan oleh Dembélé bagi melengkapkan jaringan hatriknya.[35]
Sepanjang musim 2017–18, Dembélé telah mengalami tiga kecederaan yang memaksanya untuk berehat secara jumlahnya selama 82 hari. Oleh kerana beliau dibelenggu kecederaan, Dembélé bergelut untuk mendapatkan sentuhannya semula daripada musim yang lalu tetapi beliau berjaya menjaringkan 16 gol dalam 39 penampilannya. Beliau juga menyumbang kepada Celtic untuk menyempurnakan "treble" kedua berturut-turut.[36][37][38]
Pada 31 Ogos 2018, Dembélé menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelabLigue 1,Lyon.[39] Nilai perpindahan beliau dilaporkan sebanyak 22 jutaeuro.[40] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Lyon pada 15 Septeber pada perlawanan liga menentangCaen yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[41] Pada 26 September, Dembélé menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk Lyon dengan mencetak dua jaringan ketika pasukannya mengalahkanDijon 3-0 dalam aksi liga.[42] Pada 3 Februari 2019, beliau menanduk masuk jaringan penyamaan perlawanan sebelum tendangan penalti kemenangan disudahkan olehNabil Fekir untuk meraih kemenangan 2–1 ke atas Paris Saint-Germain lalu menghasilkan kekalahan pertama dicatatkan oleh pendahulu Ligue 1 itu.[43]
Dembélé merupakan sebahagian daripada skuadbawah-19 Perancis yang mara ke peringkat separuh akhirKejohanan Eropah 2015. Beliau telah menjaringkan gol pada aksi peringkat kumpulan menentangUkraine dan tuan rumah,Greece.[44] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukanbawah-21 Perancis pada Oktober 2016 ketika menentangGeorgia. Beliau beraksi sebagai pemain gantian separuh masa permainan sebelum menjaringkan salah satu jaringan gol Perancis untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan 5-1.[45] Pada 13 November 2017, Dembélé menjaringkan hatrik selama sebelas minit semasa mewakili pasukan bawah-21 Perancis ketika meraih kemenangan 3-1 ke atasSlovenia. Jaringan hatrik beliau ini merupakan jaringan terpantas yang dijaringkan oleh mana-mana pemain Perancis dalam jangka masa 15 tahun.[46]
| Kelab | Musim | Liga | Piala[a] | Piala Liga[b] | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
| 2013–14 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | — | 3 | 0 | ||||
| 2014–15 | 11 | 0 | 3 | 0 | 1 | 2 | 15 | 2 | |||||
| 2015–16 | 43 | 15 | 1 | 1 | 2 | 1 | 46 | 17 | |||||
| Jumlah | 56 | 15 | 5 | 1 | 3 | 3 | — | 64 | 19 | ||||
| 2016–17 | 29 | 17 | 4 | 5 | 4 | 5 | 12[c] | 5 | — | 49 | 32 | ||
| 2017–18 | 25 | 9 | 4 | 3 | 2 | 3 | 8[d] | 1 | 39 | 16 | |||
| 2018–19 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | 4[e] | 2 | 6 | 3 | |||
| Jumlah | 55 | 26 | 8 | 8 | 7 | 9 | 24 | 8 | — | 94 | 51 | ||
| 2018–19 | 33 | 15 | 5 | 3 | 2 | 1 | 6[c] | 1 | — | 46 | 20 | ||
| 2019–20 | 27 | 16 | 5 | 4 | 3 | 2 | 7[c] | 0 | 42 | 22 | |||
| Jumlah | 60 | 31 | 10 | 7 | 5 | 3 | 13 | 1 | — | 88 | 42 | ||
| Jumlah kerjaya | 171 | 72 | 23 | 16 | 15 | 15 | 37 | 9 | — | 247 | 112 | ||
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanMoussa Dembélé (pemain bola sepak Perancis) |
Sifat P4883 gagal dihasilkan: Sifat P4883 tidak dijumpai.
Moussa Dembélé diFrench Football Federation (archived)(dalam bahasa Perancis)