Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Montenegro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Montenegro
ريڤوبليك مونتينيݢرو
Crna Gora (Montenegrin)
Црна Гора (Montenegrin)
Bendera Montenegro
Jata Montenegro
BenderaJata
Lagu kebangsaan
"Oj, svijetla majska zoro"
("Wahai Fajar Mei Terang")
Lokasi  Montenegro  (green) di Eropah  (dark grey)  –  [Petunjuk]
Lokasi Montenegro  (green)

diEropah  (dark grey)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraPodgorica
42°47′N19°28′E / 42.783°N 19.467°E /42.783; 19.467
Bandar terbesaribu kota
Bahasa rasmibahasa Montenegro (pgkt kebangsaan)[1]
Serbian, [bahasa Bosnia
Jenis-jenis tulisantulisan Rumi,tulisan Cyril
Kumpulan etnik
(2011[2])
Agama
(2011)
KerajaanRepublik berperlembagaan berparlimenunitariparti dominan
Jakov Milatović
Milojko Spajić
Andrija Mandić
Badan perundanganSkupština
Sejarah
• Pembentukan kerajaanDuklja naunganEmpayar Bizantin
625
• KemerdekaanDuklja
1042
• Kerajaan Duklja ditubuhkan
1077
• Kerajaan Zeta diisytiharkan
1373
1516
1 Januari 1852
28 Ogos 1910
• PembentukanKerajaan Yugoslavia
1 Disember 1918
3 Jun 2006
Keluasan
• Jumlah
13,812 km2 (5,333 bt2) (ke-156)
• Perairan (%)
2.6
Populasi
• Perkiraan January 2020
631,219 (163rd)
45/km2 (116.5/sq mi) (133rd)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
USD13.081 bilion[3]
$20,977[3] (ke-74)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$5.685 bilion[3]
$9,116[3] (ke-72)
Gini (2017)negative increase 36.7[4]
sederhana
HDI (2018) 0.816[5]
sangat tinggi · ke-52
Mata wangEuro ()a
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+382
Kod ISO 3166ME
DPT internet.me
  1. Adopted unilaterally; Montenegro is not a formal member of theEurozone.

Montenegro (bahasa Montenegro: Црна Гора,Crna Gora,/'t͡sr̩na:'ɡɔra/;Jawi: مونتينيݢرو), secara rasminyaRepublik Montenegro ialah saturepublik di rantauBalkan bersebelahanLaut Adriatik. Ia bersempadankanBosnia dan Herzegovina pada sebelah utaranya,Serbia pada timurnya,Albania pada sebelah selatannya, danCroatia di barat. Mengikut definasiperlembagaannya, Montenegro adalah satu "negara demokratik,kebajikan, dannegara ekologikal"[1]Diarkibkan 2006-06-26 diWayback Machine.

Nama negara ini merupakan pinjam terjemah istilahbahasa Venezia "monte negro"Crna Gora yang bermaksud "gunung hitam" yakni hutan belukar hitam yang pernah meliputi bukit-bukauAlp Dinari sebagaimana dilihat daripada persisiran pantai[7].

Selama beberapa kurun lamanya Montenegro adalah prinsipilitide facto merdeka yang diperintah oleh dinasti-dinasi dan pemerintahnya sendiri. Negara ini memperoleh pengiktirafan kemerdekaande jure daripada komuniti dunia selepas Krisis Timur (1875-1878) diKongres Berlin. Pada28Ogos1910, pemerintah MontenegroPutera Nikola Petrović Njegoš mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Pada tahun 1918, perundangan Serb di Podgorica meluluskan pengambilan negara ini oleh Serbia. Rakyat Montenegro yang setia kepada Raja Nicholas I dan kedaulatan Montenegro membantah tetapi disenyapkan pada tahun 1924 oleh Ketenteraan Serbia.

Antara tahun1945 dan2003, Montenegro adalah sebahagian daripadaRepublik Persekutuan Sosialis Yugoslavia danRepublik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya menjadi salah seorang ahli kesatuan negaraPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara ini mengadakan referandum mengenai kemerdekaan untuk menentukan sama ada ia akan terus kekal dalam kesatuan berkenaan. Pada hari seterusnya, keputusan rasmi yang diterima menampakkan pemilihan rakyat Yugoslavia untuk sekali lagi merdeka dan menanggotai komuniti dunia dengan 55.4% daripada undi memilih pilihan itu. Kemerdekaan secara formal diisytiharkan pada 3 Jun 2006

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Montenegro

Puak-puak Slav bercampur aduk dengan bangsa-bangsa Illyria, Avar dan Rom dan berorgansasi menjadi satu daerah dukeDuklja menjelang abad ke-10. Pada tahun1077,Paus Gregorius VII mengiktiraf Duklja sebagai satu negara bebas, dan mengiktiraf juga Raja Mihailo dari dinastiVojisavljević diasaskanStefan Vojislav) sebagairex Doclea (Raja Duklja). Akan tetapi, negara itu menghantar tanda penghormatan kepadaEmpayar Byzantum; ia kemudianya melahirkan kerajaan medievalSerb Zupan Agong (bahasa Serb: župan)Stefan Nemanja yang berasal daripada Duklja.

Prinsipaliti bebas negaraZeta yang lebih dekat dengan negara Montenegro yang awal muncul pada tahun1360.Rumah Balšić (1360 -1421) danRumah Crnojević (1421 -1499) merupakan dinasti yang memerintah Zeta; dan walaupunEmpayar Uthmaniyah mengawal tanah selatan dan timur dari abad ke-15, ia tidak pernah menumpaskan seluruhnya Zeta.

Pada tahun1516, putera berhaluan sekularĐurađ Crnojević turun daripada tahktanya untuk memberi peluang kepada Ketua Bishop Vavil memerintah, dan kemudiannya Montenegro bertukar menjadi negarateokrasidi bawah pemerintahan uskup (vladika) dariCetinje, satu tempat yang dipegang dari tahun1697 oleh keluarga Petrović-Njegoš dari klan Riđani.Petar Petrović Njegoš yang merupakanvladika paling berpengaruh, memerintah dalam bahagian pertama abad ke-19. Pada tahun1851,Danilo II Petrović Njegoš menjadivladika tetapi pada tahun1852 kemudian beliau telah berkahwin, seterusnya membuang sifat keagamaannya dan menjadikan kerajaannya sebagai prinsipaliti sekular semula dengan memakai gelaran baruknjaz (Putera).

Pada tahun 1910, Putera Nikola I menjadi Raja Montenegro. Dua tahun kemudiannya, pada bulan Oktober 1912, Raja Nikola mengistiharkan peperangan keatasEmpayar Uthmaniyyah dengan mencetuskan duaPerang Balkan. Serangan tentera Montenegro keatas kubu pertahanan Utmaniyyah di bandarSkutari memaksa empayar berkenaan menyediakan satu angkatan tentera di Macedonia berhampiran. Angkatan tentera ini pula diserang oleh ketenteraanYunani,Serbia danBulgaria yang telah berpakat untuk memasuki peperangan ini pada sebelumnya. Hasilnya suatu kekalahan teruk kepada Utmaniyyah, yang terpaksa berundur sehingga keIstanbul.

Montenegro kemudian mendapat hadiahnya - sebahagian besar kawasan yang telah diperintah oleh Utmaniyyah dikenali sebagaiSanjak, tetapi tidak mendapatSkutari, iaitu habuan paling besarnya dalam peperangan itu.Persidangan London memberikan Skutari kepada negara bebasAlbania.

Sebagai pihak yang menyokong kuasa perikatan dalamPerang Dunia I, Montenegro diceroboh tenteraAustro-Hungary. Pada tahun1918, satu legislatif yang dikawal Serbia menyetujui kemasukannya kedalam kawasan jajahanSerbia. Kendatipun begitu, golongan pro-merdeka menentang mereka padaHari Krismas tahun1919 dengan melancaran bantahan. Bantahan ini ditumpas pada tahun1924.

Dari tahun1919 ke1941, Montenegro merupakan sebahagian daripadaKerajaan Yugoslavia. SemasaPerang Dunia II, Montenegro diceroboh teterafasis Itali dan kemudiannyaNazi (1941-1944). Dari tahun1945 ke1992, Montenegro adalah satu republik dalamRepublik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Pada masa itu ibu negaranya yang bernamaPodgorica dikenali sebagaiTitograd.

Kesatuan dengan Serbia

[sunting |sunting sumber]

Dalamreferendum kemerdekaan Montenegro 1992, 95.96% undian menyokong untuk terus berada dalam kesatuan dengan Serbia, meskipun kehadiran pengundi hanya di tahap 66% kerana tindakanboikot oleh penduduk Islam dan Katolik serta golongan pro-merdeka. Mereka yang menyokong kemerdekaan mendakwa bahawa referendum ini diadakan dalam situasi yang tidak demokratik, dengan propaganda berterusan daripada media milik kerajaan untuk undian pro-kesatuan.

Pada tahun 1996, kerajaanMilo Đukanović memutuskan perhubungande facto antara Montenegro danSerbia (pada masa itu masih dibawahMilošević. Montenegro kemudiannya mengenakandasar ekonominya sendiri dan bertukar menggunakanDeutsche Mark sebagai mata wangnya yang utama berdasarkan nasihat pakar ekonomi pada masa itu. Ia kini menggunakaneuro meskipun bukan secara rasminya sebahagian daripadaZon Euro.Dinar Serbia tidak diiktiraf di Montenegro dan hanya diterima di sesetengah resort perlancongan sahaja.

Kerajaan Montenegro yang lepas dan kini sedang menjalankan dasar pro-merdeka. Ketengangan dengan Serbia tetap berlaku dengan tidak mengira pertukaran politik di Belgrade.

Pada tahun2002 Serbia dan Montenegro bersetuju untuk menggantikan persekutuan Yugoslav dengan kesatuan lebih renggang yang bernamaSerbia dan Montenegro dan referendum kemerdekaan Montenegro ditangguh selama tiga tahun minima.

Kesatuan dengan Serbia akhirnya musnah pada21hbMei2006 apabilareferendum kemerdekaan Montenegro 2006-nya menunjukkan bahawa 55% daripada pengundi mengundi untuk merdeka. Parlimennya pula telah mengistiharkan kemerdekaan secara formal pada3 Jun2006.

Kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]

Selepas kemansuhanRepublik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1992 Montenegro menganggotai sebuah persekutuan denganSerbia pada mulanya sebagaiRepublik Persekutuan Yugoslavia dan kemudiannya sebagaiSerbia dan Montenegro. Pada21Mei2006 pula, Montenegro mencapai kemerdekaannya melalui satu refurandum dimana 55.3% memilih untuk memansuhkanSerbia dan Montenegro dan berdikari sebagaiMontenegro. Parlimen negara ini telah mengistiharkan kemerdekaannya pada3 Jun2006.

Status kesatuan antara Serbia dan Montenegro telah ditentukan oleh satu referendum pada21 Mei2006. 55.54% daripada pengundi memilih untuk merdeka daripada Montenegro mengatasi keperluan mendapat 55% daripada jumlah pengundian yang ditetapkan untuk mengesahkan referendum dibawah peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah, sebagai dilaporkan oleh 99.80% daripada 1,100 tempat pengundian. Serbia, ahli-ahliKesatuan Eropah dan anggota tetapMajlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berkata akan mengiktiraf kemerdekaan Montenegro, dan ini telah memungkinkan jalan tampa halangan kepada Montenegro menjadi negara berdaulat terbaru dunia.Predrag Popović, suatu pemimpin parti penyokong kesatuan dengan Serbia menuntut pengiraan semula undi, dan berkata sehari selepas pilihanraya bahawa bloknya akan membuat bantahan kepada pengurusi suruhanjaya pilihanraya, diplomatSlovakiaFrantisek Lipka. Mengikut suruhanjaya, tahap 55% diatasi hanya dengan 2,300 undian (55.5% menyokong).

Dengan pengundian disahkan, kerajaan diPodgorica dianggap akan memanggil suatu mesyuarat Parlimen Montenegro untuk menulis semula Perlembagaan. Ini memerlukan majoriti dua per tiga, yang mungkin menjadi masalah jika parti-parti pro-kesatuan terus mengenakan bantahan. Akan tetapi jika ia berhasil, Montenegro kemudiannya boleh mencari pengiktirafan antarabangsa dan satu kerusi diPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tarikh3 Jun2006, Parlimen Montenegro mengistiharkan kemerdekaan Montenegro dan mengesahkan secara rasmi pilihan rakyat Montenegro untuk berdikari sebagai suatu negara bebas dan berdaulat.

Dengan penggunaan semulabendera yang serupa dengan bendara diraja sebelum tahun 1918, terdapat spekulasi bahawa raja terbuang negara Montenegro, PuteraNikola IIPetrović-Njegoš, untuk kembali menjadi raja berpelembagaan. Dia kini hidup dalam buangan diParis. Dimana Nikola II tidak pernah menarik tuntutannya terhadap tahkta dan sememangnya pro-kemerdekaan Montenegro, dia telah baru-baru ini berkata bahawa dia "tidak mahu" ditabalkan sebagai raja.

Kerajaan dan Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Montenegro

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Montenegro
Peta terperinci Montenegro
Perbandaran dalam Montenegro

Bandaraya dan bandar-bandar utama bagi Montenegro adalah:

Secara antarabangsanya, ia bersempadankanCroatia,Bosnia dan Herzegovina,Serbia,Albania dan wilayah Serbia selatan iaitu wilayah Kosovo.

Permukaan bumi Montenegro adalah dari kemuncak-kemuncak tinggi di sepanjang sempadannya denganKosovo dan satu segmenKarst bahagian barat semenanjung Balkan diAlbania, sehingga ke satu tanah rata sempit yang hanya berkeluasan satu sehingga empat batu. Tanah rata berhenti secara tiba-tiba di utara, dimanaGunung Lovcen danGunung Orjen mempunyai lembah curam hingga keTeluk Kotor.

Kawasan luas Karst Montenegro berada pada ketinggian 1,000meter (3,281kaki) atas paras laut akan tetapi sesetengah kawasan meninggi ke 2,000 meter (6,560 kaki) sebagai contohGunung Orjen (1,894 m / 6,214 kaki), masif tertinggi di kawasan batu kapur persisiran pantai. Lembahsungai Zeta adalah kawasan yang terendah pada ketinggian 500 meter (1,640 kaki).

Pergunungan Montenegro yang kasar merangkumi sesetengah kawasan paling tidak rata di Eropah. Secara puratanya mereka mempunyai ketinggian lebih daripada 2,000 meter (6,560 kaki). Satu kemuncak negara ini yang paling terkenal adalahBobotov Kuk di gunungDurmitor, yang mencapai ketinggian 2,522 meter 8,274 kaki). Pergunungan Montenegro merupakan yang paling kehilangan ais semasa waktu zaman ais yang lampau.

Lihat juga:Senarai bandar-bandar Montenegro

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Montenegro

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah demografi Montenegro

Komposisi etnik mengikutbancian pada tahun2003:

Di luar, lebih 270,000 pendudukSerbia mempunyai kewarganegaraan Montenegro. 69,000 daripada mereka adalah berbangsa Montenegro dengan yang selebihnya berbangsa Serb.

Dalam perlembagaan Montenegro yang dikuatkuasakan pada tahun 1992, bahasa rasmi republik ditukar dari Serbo-Croat kebahasa Serb standardIjekavia. Pada tahun 2003, 63.5% daripada penduduk mengistiharkan bahasa Serb sebagai bahasa ibunda mereka, manakala hampir 22% mengistiharkanbahasa Montenegro. Dialek yang digunakan adalah sama, dan hampir serupa kepada yang digunakan oleh Serb, Croat dan Muslim diBosnia dan Herzegovina sertaCroatia dengan sedikit perbezaan.

Lebih 74% daripada bangsa Montenegro adalah penganutKristianOrtodoks Timur, yang mengikuti ajaranGereja Ortodoks Serbia, walaupun terdapat jugaGereja Ortodoks Montenegro. 110,000 orang Islam menjadi 17,74% jumlah penduduk Montenegro. Mereka dibahagikan antara tiga kumpulan: etnikAlbania dan Penganut Islam Slav yang terbahagi antaraBosniak yang bercakapbahasa Bosnia danMuslim Montenegro yang lebih menyukaibahasa Serb.Bangsa Albania adalah berasingan dengan menggunakanbahasa Albania dan merupakan 5.26% daripada jumlah penduduk dan tinggal di kawasan tenggara, terutama diUlcinj, dimana mereka merupakan penduduk majoriti. Bosniaks adalah Penganut Islam Slav yang bertuturbahasa Bosnia yang tinggal kebanyakannya di utara. Terdapat juga sedikitbangsa Croat dan penganutKatolik lain, yang kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai, khususnyaBoka Kotorska.

Simbol

[sunting |sunting sumber]

Satubendera Montenegro baru didukung pada tarikh12hbJulai2004 oleh legislatur Montenegro. Bendera baru ini didasarkan standard peribadiRaja Nikola I Montenegro. Ia berwarna merah secara keseluruhan dengan bersempadankan warna emas serta jata emasRaja Nikola I (huruf НI adalah huruf abjad awal King Nikola I dalam tulisan Cyrillic).

Hari kebangsaan pada13hbJulai menandakan tarikh pada tahun1878 dimanaKongres Berlin mengiktiraf Montenegro sebagai negara bebas ke-27 di dunia dan permulaan penentangan terhadapKuasa Paksi di Eropah pada tarikh sama tahun1941.

Pada tahun 2004, legislatur Montenegro memilih lagu tempatan Montenegro, "Oj, svijetla majska zoro (Oh, Pagi yang Cerah pada Bulan Mei) sebagai lagu kebangsaan. Lagu kebangsaan Montenegro semasa pemerintahan Raja Nicholas lepas adalahUbavoj nam Crnoj Gori (Kepada Montenegro kita yang cantik). Musik lagu itu digubah oleh puteranyaKnjaz Mirko.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Montenegro.

Kerajaan dan politik

[sunting |sunting sumber]

Budaya dan sejarah

[sunting |sunting sumber]

Perlancongan

[sunting |sunting sumber]
Negara berdaulat dan wilayah tanggungan diEropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain
Denmark
Finland
Norway
United Kingdom
  1. ^"Language and alphabet Article 13".Constitution of Montenegro.WIPO. 19 October 2007.The official language in Montenegro shall be Montenegrin. Latin and Cyrillic alphabet shall be equal.
  2. ^"Census of Population, Households and Dwellings in Montenegro 2011"(PDF). Monstat. Dicapai pada12 Julai 2011.
  3. ^abcd"Report for Selected Countries and Subjects".IMF.org.International Monetary Fund. October 2019. Dicapai pada28 January 2020.
  4. ^"Gini coefficient of equivalised disposable income - EU-SILC survey".ec.europa.eu/eurostat.Eurostat. Dicapai pada30 March 2020.
  5. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada10 December 2019.
  6. ^"Language and alphabet Article 13".Constitution of Montenegro.WIPO. 19 October 2007.Serbian, Bosnian, Albanian and Croatian shall also be in the official use.
  7. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-03-16. Dicapai pada2006-05-22.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Montenegro&oldid=6013788"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp