1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai.2Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Mont Saint-Michel (disebut [lə mɔ̃ sɛ̃ miʃɛlterdekat lĕ mong séng mi.syél]) ialahkomun dijabatanManche di barat-lautPerancis berdekatan muarasungai Couesnon,Avranches,Normandy diPerancis. Kawasan terdiri daripada sebuah bukit seluas 7 hektar (17 ekar) yang dikelilingi tanah rendah di mana ia senang digenangiair pasang lalu terbentuk menjadi seakan sebuah pulau. "Pulau" ini menempatkan suatukeabbasan yang menjadi titik tumpuan banyakpenziarah Kristian serata benua Eropah.[2]
Petempatan pada "pulau" ini diduduki seramai 30 orang setakat tahun 2017.[1] Ia dan teluk berdekatan ia tersenarai dalamTapak Warisan DuniaUNESCO.[3]
Pembinaan suatu di pulau ini menurut suatu cerita diabadikan dalamRevelatio ecclesiae sancti michaelis bertarikh 708 di mana diceritakan bahawamalaikatMikail (nama dalamPerancis:Michel) kononnya menampakkan diri kepadaSanto Aubert,uskup pemerintah Avranches, dan mengarahkan membangun sebuah gereja danbiara di pulau tersebut. Dikatakan Aubert beberapa kali mengabaikan arahan ini sampailah malaikat tersebut menebuk lubang di tengkorak Aubert dengan sebatang jarinya.[4][5] Kompleks biara yang siap dibina iniditahbiskan pada 12 Oktober 709.[5]
Pulau ini menyaksikan suatu pertempuran merebut kekuasaan terhadap antara askar-askar pimpinanWilliam Longsword menentangDuci Bretagne pada tahun 933.
Gambaran Harold Godwinson menyelamatkan rakan seperjuangan diperangkappasir jerlus Mont Saint-Michel (tengah) dalam sebahagian rentanganDewangga Bayeux
Pada 1067, para penduduk biara ini menyatakan sokongan kepadaWilliam dari Normandy yang menuntut takhta raja Inggeris. Oleh yang demikian, biara ini turut diberikan tanah termasuk sebuah pulau kecil diPenzance, baratCornwall,England selepas kemenangan baginda di mana senibina biara ini meniru gaya Mount Saint-Michel dan dinamakanGunung St Michael.
SelamaPerang Seratus Tahun, pasukan Inggeris berulang kali melakukan penyerangan terhadap pulau ini tetapi tidak dapat merebutnya kerana pertahanannya yang kuat.Les Michelettes, duameriam besi yang ditinggalkan orang Inggeris dalam penyerangan gagal mereka pada 1423-24 masih terjaga dekat tembok pertahanan luar.